Thursday, September 17, 2015

Zulhijjah

Assalamua'laikum wbt
zulhijjah

Tahniah semua bakal ahli jannah kerana kita berjaya masuk ke bulan Zulhijjah. Dan hari ni hari ke 3 zulhijjah. Dan bersyukurlah kita semua sebab Allah masih bagi peluang bernafas di muka bumi ni and secara tak langsung masih ada ruang untuk kita beramal. Pulun sungguh sementara masih hidup. Sebab bila malaikat maut dah datang, memang xdapat apa lagi kita nak buat. Kalau amal cikit macamana kita nak hadapi alam kubur dan  dimana la tempat kita ..syurga ke neraka. 

Tahniah sesangat pada umat islam yang Allah jemput untuk menunaikan haji. Syukur. Nikmat Allah yang mana hendak kita dustakan. Kalau mati, in sya Allah mati syahid. Dan semoga mendapat haji yang mabrur.

So, pada kita-kita yang belum dapat jemputan dari Allah menunaikan haji, jangan sedih-sedih. Sebab Allah itu Maha Adil, Maha Penyanyang. Allah telah sediakan ganjaran yang terbaik untuk kita. Sesiapa yang beramal di 10 hari awal zulhijjah, Allah akan memberi ganjaran yang terbaik untuk kita. 

“Tidak ada hari-hari yang lebih agung di sisi Allah dan lebih disukaiNya untuk digunakan sebagai tempat beramal sebagaimana 10 hari ini (10 hari pertama bulan Dzulhijjah). Karenanya, perbanyaklah pada hari-hari itu bacaan tahlil, takbir, dan tahmid.” (HR. Ahmad)

Antara amal-amal yang terbaik untuk kita buat:

1. Puasa di hari Arafah. 
Hari Arafah ialah hari ke 9 zulhijjah. Dengan kata lain sehari seblum Hari Raya Haji. So, kalau puasa kita diterima, Allah akan mengampunkan dosa setahun seblum dan setahun selepas ni. Amin. Tapi orang yang mengerjakan haji makruh puasa.

2. Banyakkan bertakbir, tahmid & bertahlil.

3. Berkorban.





No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...