Monday, April 04, 2011

Murid agama dibelasah guru meninggal


Hari ni, semalam dan sehari seblum smlm kita dikejutkan lagi dengan kes seorang GURU mendera seorang PELAJAR sehingga menyebabkan kematian pelajar tersebut. 

SAIFUL SYAZANI SAIFUL SOPFIDEE, pelajar yang berumur 7 tahun dari Sekolah Agama Persendirian ARAU meninggal dunia dibelasah oleh seorang guru setelah koma 3 hari lepas.

Mungkin sudah sampai ajal kanak-kanak tersebut untuk meninggal dengan cara begitu tapi wajarkah seorang guru agama bertindak sedemikian rupa. Hanya kerana kanak-kanak itu dikatakan mencuri duit RM 7 dari kawan kelas dia.

Kalau kite fikir secara waras, apalah kekuatan yang ada seorang budak yang baru berusia 7 tahun. Akal pun baru sejengkal. Masih tak tahu nak bezakan antara baik dan buruk. Dan kita sebagai org dewasa sepatutnya menggunakan otak yang Allah bagi utk menyelesaikan perkara tu. Dan dari pengalaman sy sebagai guru, sy tak nafikan, ada budak-budak skrang mmg nakal tahap super punye super, memang lagi super dari super market. Tapi kita kena bijak utk menangani kemarahan kita sendri dan kesabaran kite sendri

Dan semoga semua guru-guru kat Malaysia ni tak kiralah cikgu tadika ke, cikgu sekolah rendah ke menengah atau cikgu universiti skali pun, berfikir lah sebelum bertindak. Smoga apa yang berlaku menjadi panduan kita dalam mendidik anak-anak murid.

Tapi pape pun, walau sebesar manapun  kesalahan yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut didunia, tapi di akhirat pasti dia berada dalam syurga dengan dilimpahi rahmat Allah. Seorang kanak-kanak yang belum ada dosa seperti kain putih. Nak dibandingkan dengan kita yang dah taktau apa warna kain kite...penuh ngn dosa. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.AMIN

"Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari

No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...