Thursday, April 07, 2011

KISAH BENAR : BERHATI-HATI DENGAN PENYEWA RUMAH


Dalam dok melayan aksi-aksi bosan, tiba-tiba saya teringat satu kisah benar yang saya nak share tuk semua orang. Kisah ni berlaku pada saya dan suami saya lebih dua bulan lepas.

Alkisahnya kami mempunyai sebuah rumah sewa di seremban dan sememang kami beli khas tuk disewakan pada hamba-hamba Allah. Lokasinya adalah di senawang, Negeri Sembilan. Seblum tuh, mmg ada sorang anak muda ni sewa rumah kami tu. Dan setiap bulan mmg dia bayar on time. Tak pernah miss. Dan kalo ikutkan rate sewa yg kami letak tuh mmg murah RM 250. Mane nak dapat dah zaman skrng ! Masuk toilet pun 20 posen. Tu Pun tuk buang air jer. Klo mandi, up lagi 50 sen. Dan akhirnya anak muda ni telah menamatkan zaman bujang nya ujung thn 2010. Klo x salah sblum raya puasa. Dan akhirnya ujung tahun 2010 tu jugak dia nak pindah rumah sbb nya die dapat rumah PPRT. So kami tak kesah la.

Jadinya bermulalah episod kami mencari penyewa lain. So seperti biasa , kami pun tampal la iklan "Rumah utk disewa ...Hubungi...." cam gitulah lebih kurang. Disebabkan area tuh agak hot dan sensasi, tak sampai seminggu dh ada org kol nak sewa rumah. Pergh....dasyat gak. Sbb mase tuh kami baru tampal 3 hari. Pastu dah ada org kol.

so, kami dengan  berbesar jiwa dan raga, setelah appoinment dibuat kami g la tuk berjumpa ngn org yg kol tuh. Masa tuh malam lebih kurang 8 lbh, pas maghrib. Tepat kul 8, diorng sampai. Biase la sebagai manusia, mesti la ada first impression. heheh camtu gak saya nih. Cam tak brape nak berkenan actually dari gaya diorg dressing. Bila sy sebut 'diorng' nih sebenarnya diorng ni sepasang pasangan la...laki dan pompuan. Budak lelaki ni namanya Azuan dan mengaku telah berkahwen dengan perempuan ni! Saya dah lupa nama budak pmpuan ni. Pas sesi interview, kami dapat la cket maklumat pasal budak-budak ni. Yang si Azuan ni bekerja kat stesen minyak dan pompuan ni lak masih belajar kat Kolej Swasta di seremban. Dan rupa-rupanya ahli keluarga laki dan pompuan ni berada di seremban 2. So, xder la jauh sangat. Sebagai tuan rumah yang sedikit peramah macam-macam la saya tanya diorng nih...termasuk la dimana diorg tinggal sblum nih. Diorang kata diorg  tinggal dengan mak. Saya pun just angguk je la. Cuma seperti saya inform td, dr first impression sy, sy kurang berkenan dgn diorg sbb mybe dari pakaian yg diorg pakai.Si azuan pakai baju tangan panjang tetapi berseluar pendek dan die ni kurus dan rendah. Dari rendah dari saya dan lebih rendah dari pasangan die tuh. Yang that girl plak berbadan besar dan tinggi sangat a.k.a besar ragam la banding ngn saya....(perasan kurus lak) dan dia pakai suar jeans yg agk ketat dan baju tshirt lengan pendek. Dan dia tak pakai tudung n rambut die lak kemerah-merahan cket.... dalam hati saya..emm budak-budak zaman skrng !

Lepas kami cerita serba sedikit pasal rumah dan deposit....tanpa banyak songeh diorng setuju utk sewa rumah kami. Takder pun mintak kurang atau diskaun ! so, ok la... so, kami tanya diorng .. bile nak masuk rumah sewa ? Sekali lagi kami terkejut sbb diorng nak masuk malam tuh jugak ! Sbb nye slalu nya org akan dtg tgk n check rumah dulu, pastu baru decide nak sewa atau tak. Tapi kami xkesah la, dh diorng nak masuk malam tuh...kami ok jer...Bak kata omputih...no problems! Cuma nya bile husband sy mintak deposit Rm 600. Memang lumrah rumah sewa la...sblum kite sewa rumah org, kte kena la bayar deposit. Takkan nak duduk free.

Bile husband sy mintak deposit, budak laki tuh kata dia tak bawa duit dan dia xder duit sebab belum dapat gaji. Saya dan husband terdiam. Takkan nak bg diorang dok free. Husband sy ckp ngn diorng, kalo nak masuk kena bayar deposit jugak. Sbb husband sy dah bagitau jumlah deposit awal-awal lg sblum diorng datang tgk rumah. Budak laki ni just diam jer. Tiba-tiba budak pompuan tuh, kuarkan Rm 200 dari dompet dia dan serah pada kami. Budak pompuan ni merayu kat kami supaya bagi diorng masuk malam ni jugak dan diorng berjanji lagi dua minggu diorng akan bayar lagi Rm400.  Bab-bab camni la yang kami tak tahan! Tak Sampai hati!  ....Pas saya berbincang dengan husband, kami bersutuju tuk bagi diorng masuk dulu rumah tuh dengan bayaran Rm200 dan after 2 mingggu diorng kena jelaskan lagi Rm400. Dan sebelum kami balik, kami mintak IC photostat diorng tuk kami simpan.


Masa kami on da way nak balik bahau, tiba-tiba tergerak hati saya tuk tengok ic photostat diorng. Terkejutnya saya bile tengok ic diorng. Sbb budak-budak tuh muda sangat. Budak pompuan tuh lahir 1993 manakala budak laki tuh tua la cket lahir 1988. Dan hati saya tiba-tiba rasa len macam. Betul ke diorng ni dah kahwen? Jangan-jangan kami dah kena tipu ! Husband sy trus kol budak laki tuh tuk tanya kepastian. Tapi diorng tak angkat. Berkali-kali kami kol tapi tak angkat jugak ! Lastly husband saya mesej diorng

" Knape awak tak angkat saya kol? Sy nak tanya, awak ni dah kahwen ke blum? "
Tapi masih diorng x balas!

Akhirnya dengan penuh rasa marah husband sy mesej " Awak keluar dari rumah saya,Saya taak nak org yang   tak kahwen duduk rumah saya"

5 minit pastu kami dapat mesej dari budak tuh dengan penuh innocentnya die jawab " Kami dah kahwen cik, bari kahwen 3 bulan "...
Sejukk cket hati kami. Terselamat rumah kami dari jadi sarang maksiat.

Dua minggu lepas tu, seperti yg diorng janji tuk bayar deposit balance lagi 400 tuh...diorng masih blum bank in duit. Berkali-kali sy dan husband kol tapi diorng xjawab. Jangan kan jawab, mesej pun tak. Dari dua minggu, akhirnya jadi lah 4 minggu. Maksud nya dah sebulan diorng duduk ctu, tp janji nak bayar deposit hanya tinggal janji ! Saya dah geram! Geram sbb org pandai membuat janji tapi tak reti nak tunaikan. Bile kami kol diorng tak angkat.

Last skali husband saya mesej ugut! Kasi gegar cket otak diorng!! husband sy mesej if diorang tak bayar jugak, boleh kemas barang, kuar dari rumah kami ! Kami akan g kunci rumah tuh sbb kami masih ada kunci simpanan, Seperti yang dijangkakan 5 minit pastu si azuan ni kol dan bgtau dia blum dapat gaji. Bos die tak bayar gaji lagi. Die mintak tangguh sampai ujung bulan. Husband saya lak  tak sampai hati ! Kesian ! Mungkin dia tak der duit. So, husband sy ckp ok.

So, bile sampai ujung bulan...diorng masih x bayar. Masa ni dah hampir sebulan setengah. Tapi bile kami kol, masuk voicemail. Hati sape yang tak panas! Sbb takkan kami nak sara diorng. Rumah tu pun kami masih kena bayar dekat bank. Klo deposit diorng bayar penuh rm600, ok la jugak. Xder la kami marah sangat. Nie dah masuk sewa rumah skali. So total hutang diorng Rm400 + Rm 250 (sewa rumah) = Rm650.

Seminggu lepas tuh, kami g terjah rumah budak laki ni dalam jam 6 ptg. Kirenya after org habis kerja.  Kiranya die ni bernasib baik sbb dia xder kat rumah. Rumah kosong ! Tapi kami terjumpa makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tinggal depan rumah sewa kami tuh. Kami tanya makcik-makcik tuh pasal si Azuan ni dan kami ceritakan psal kisah Azuan ni kat makcik tuh.
Makcik tuh mintak kami kesian kan dekat Azuan ni. Dan makcik tuh mintak kami bertimbang rasa dengan Azuan ni sbb Azuan ni baru tukar kerja! Bos lama dia kat stesyen minyak tuh tak bayar gaji dia. SO si Azuan ni mmg xder duit. Sampai lunch pun dia makan rumah makcik depan rumah sewa dia tuh. Kemudian ada sorang lagi makcik ni pula ckp ...." Kita sama-sama la tolong dia, azuan ni susah...bertimbang rasa ".... Bersungguh-sungguh diorng memuji azuan ni. Baik! Peramah! Berbudi bahasa!....macam-macam la....dan mintak kami bertimbang rasa, supaya kami tak mintak duit rumah dekat azuan. Sekrang Azuan baru kerja kat kilang proses ayam.Belum dpt gaji!

Dalam hati saya sangat marah dan tak boleh dipujuk walaupun makcik-makcik tuh puji si azuan ni setinggi langit. Tapi sbb menghormati makcik-makcik yg dah tua, saya dah husband tak ckp paper. Dengar je la apa makcik-makcik tuh ckp...masuk telinga kanan..kuar telinga kiri.
Sbbnye klo setakat bg dia makan tengahari, semua org boleh bukan banyak sangat si azuan ni makan. Tapi macam kami ni larat ker nak bg dia duduk free. Bulan-bulan kami still kena bayar duit kat bank. Bukan nya dia adikberadik kami.  Seblum balik, saya mintak makcik tuh supaya bgtau Azuan supaya menghubungi kami. Kami pun bukan kejam, klo dia tak mampu bayar sekaligus, dia boleh bayar ansur-ansur. No Hal punya. Kita sesama Islam. tak salah pun saling tolong menolong.

Tapi sampai ke sudah dia masih tak telefon kami ! Dah masuk dua bulan pun dia masih tak telefon ! Sekali lagi kami pergi terjah rumah tuh. Dan kami masuk rumah sewa tu walaupun dia takde. Mula-mula kami nampak rumah tu macam kosong dari luar. Kami ingat dia dah lari . Bile kami masuk...rupa-rupanya dia masih belum pindah. Dalam rumah tuh cuma ada....sebiji tilam bujang, dua biji bantal dan meggi. Yang lain sume takder ! Klo orng dh kahwen mesti at least ada almari !....
Saya yang agak sedikit kejam..suh husband sy kunci je rumah tuh. Tapi husband saya tak sampai hati. Lastly kami bagtau makcik depan tuh supaya bagitau azuan agar diaa boleh kosong kan rumah. Lagi seminggu kami akan datang amek kunci.

Seminggu lepas tu kami datang utk amek kunci. Dan kebetulan kami terjumpa makcik tuh. Makcik tuh bgtau azuan dah pindah kuar dari rumah kami. Alhamdulillah. Tapi saya nampak dari gaya makcik tuh ckp, dia seperti marah dengan azuan. Tiada lagi pujian mengenai azuan yang kuar dr mulut die. Sy dengan selamba tanya kenape ?
Makcik tu bagitau azuan tu dah tipu dia. Tilam dan bantal azuan, ada kat rumah makcik tu. Azuan tinggalkan dekat ctu. Makcik tu kata Azuan janji nak tumpang letak kejap je pastu nak amek balik. Tpi skrng dah berhari-hari masih si azuan tak datang amek. Rungut makcik tuh marah-marah. Yang makcik tuh marah bile dia kata Azuan dah tipu dia. Azuan dah tipu semua org kat cni. Minggu lepas mak azuan ada datang cni. Bile makcik tuth tanya mengenai isteri Azuan, mak azuan dengan sellamba kata " Anak saya belum kahwen !!" Jadi selama ni die menipu semua orang! Bukan setakat makcik tuh dan jiran-jiran ctu...dia dah tipu kami jugak... Geramnya hanya Allah je yg tau. Bukan geram sbb die tipu kami...geram sbb dia dh wat maksiat dlm rumah kami !!!

Mungkin silap kami sbb kami hanya minta salinan ic tapi tak minta salinan sijil nikah. Sepatutnya kami mintak bukti sijil nikah. Bukan setakat tanya dengan lisan! Azuan, semoga Allah bagi petunjuk kat dia.
Kisah ni berlaku 2 bulan lepas. Baru lagi. Tapi keterkilanan masih terasa lagi.
Dan sampai sekrang rumah sewa kami masih kosong. Blum disewakan. Bukan kami dah serik cuma kami lebih berhati-hati agar pisang tidak berbuah dua kali.

Dan kepada semua yang ada menyewakan rumah pada org-org luar...hati-hatilah dan siasat betul-betul kepada siapa anda nak sewakan rumah. Nasibbaik dia tak buat or letak dadah dalam rumah kami. Kalo tak, hanya Allah je tau. Nauzubillah.

6 comments:

  1. Ishk.. kesiannya akak.. Sampai hati diorang kan.. Lepas ni kene berhati-hati lah ye. Hmm, penyewa rumah mak saya tu dekat 7 bulan tak bayar sewa.. Geram je..

    ReplyDelete
  2. 7 bulan lagi lama tu..slamber je duduk free...
    tapi tu la manusia zaman skrng susah nak dijangka ;)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum. kak...rumah sewa akak stil available ke? senawang kat mana ye? boleh email detail rumah kat saya?
    adevo_cefiro@yahoo.com
    tqvm :)

    ReplyDelete
  4. Kami ingatkan penyewa rumah je yg susah nak cari tuan rumah yang baik dan betul2 nak sewakan rumah sewa.rupanya tuan rumah pun susah nk cr penyewa rumah yg baik. Kami ni sbg penyewa rumah sgtla susah nk cr rumah sewa. Ramai yg menipu dan memang pernah tertipu. Konon nk sewakan rumah tp hakikatnya menipu.bila dpt deposit terus lenyap. Haish dunia zaman sekarang. Hope awk dpt cr penyewa yang baik.

    ReplyDelete
  5. Saya pun ada masalh ngan penyewa rumah saya..saya ni bukan main baik..bagi kunci walauoun diorang xbyr depo..n sbg balasan sy xbasuh umah sy bagi duduk free hampir sebulan..tp bab nak bayr duit depo n bulanan bukan main ssh..alàsan aoutstaionla....hadoi...

    ReplyDelete

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...