Kita semua akan Mati....Semua orang pun tahu...dan aku pun akan mati>cumanya kita tidak tahu bila akan mati...mungkin esok, luse, minggu depan atau 10 tahun lagi...
Cumenya klo mati esok sudah terampun ke dosa-dosa kite yang betimbun dan berlonggok-longgok tu...
Yang pastinya, klo aku mati esok...sudah semestinya banyak dosa-dosa aku yang menggunung, bersepah merata-rata tempat ! tu belum dikira dosa kering dan dosa basah ....Nauzubillah!!!
semoga Allah mengampunkan dosa kita semua. dan aku mengharapkan Allah mengampunkan dosa aku jugak !!
Knape tiba-tiba aku bercakap pasal mati. Aku pun tak tahu !!! Tapi bukankah mengingati MATI tu adalah sunat . Banyak rupanya amalan sunat ni....huhuhu
3 Hari lepas, aku diuji Allah dengan DEMAM. DEMAM yang tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. hehe...aku sendri pun tak tahu macammana nak describe. Cuma aku rasa badan aku tidak seperti demam biasa, terasa seperti ada getaran. Sedikit rasa seram sejuk. Kadang-kadang seperti nak pitam. tapi tak pitam la...huhuhu....dan sampai hari ni masih terasa seperti badan mengeletar...mungkin menggigil...dan aku cepat berdebar. Cepat sangat berdebar!!! Gigi rasa macam nak terkancing !!!
(susah kan tuk describe)
Pelik!! tapi satu menda yang trlintas...aku ni nak mati ker ? Bile bgtau kat husband...marah lak sbb aku slalu ckp pasal mati.... Mungkin sbb dalam ubat yang di ambik dari klinik banyak dadah kot ....
tak mustahil gak...esok aku try stop makan ubat ni....
** Tanda-tanda kematian**
Tanda 100 hari sebelum hari mati.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 hari sebelum hari mati
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.
Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
Tanda 7 hari
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
Tanda 3 hari
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Tanda 1 hari
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
No comments:
Post a Comment