<span class="fullpost">
Apa itu BPA ?
Bisphenol-A (BPA) adalah monomer yang digunakan untuk menghasilkan plastik polikarbonat yang banyak digunakan untuk pembuatan botol susu.
BPA ini yang membuat botol susu menjadi tahan lama dan berkilat.
BPA juga digunakan sebagai campuran plastik untuk membuat gelas (sippy cup), botol minum polikarbonat, dan tin makanan dan minuman, termasuk tin susu formula.
BPA dapat berpindah ke dalam minuman atau makanan jika suhunya dinaikkan kerana pemanasan. Ironisnya botol susu sangat mungkin mengalami proses pemanasan, entah itu untuk tujuan sterilisasi dengan cara merebus, dipanaskan dengan microwave, atau dituangi air mendidih atau air panas.
Kajian dari Universiti of Cincinnati mendpati bahawa apabila botol susu didedahkan kepada air panas menyebabkan botol plastik polikarbonat mengeluarkan BPA hingga 55 kali lebih cepat dari air sejuk atau suhu normal.
Menurut Sun C.L dari Departement of Chemistry, Faculty of Science, National University of Singapore, BPA termasuk dalam kelompok bahan kimia yang dikenali sebagai endokrin pengganggu yang menghalang aktiviti hormal semulajadi dalam tubuh manusia terutama estrogen.
Hormon diperlukan oleh tubuh manusia untuk setiap proses biologi sperti immunisasi, reproduksi dan pertumbuhan.
Kesan BPA
1. Boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekali gus mengganggu sistem fungsi tubuh.
2. Penemuan Sun yang terbaru, menunjukkan bahawa terhadapan kolerasi antara BPA dengan penurunan penghasilan sperma, penambahan berat prostat, dan kanser testis pada lelaki. S
3. Penemuan Sun kesan BPA pada perempuan, BPA berpotensi mengakibatkan ketidaknormalan perkembangan endometrium yang dapat menyebabkan infertilitas serta meningkatkan risiko terkena kanser payudara. Bpa turut memberi kesan pada bayi yang masih dalam kandungan dan bayi yang baru lahir.
</span>
</span>
No comments:
Post a Comment