Monday, March 07, 2011

Basuh Baju



Ajoi dan isterinya baru berpindah ke sebuah rumah baru. Esok pagi ketika sedang breakfast, isteri Ajoi melihat jiran barunya sedang menjemur pakaian di halamannya.

“Eh, jiran sebelah tu basuh baju pun masih kotor lagi…” katanya “mesti jiran kita tu tak tahu cara membasuh baju yang betul, sepatutnya dia hantar dobi jer atau kalau perlu ganti sabun basuh yang lain..” sambungnya.

Ajoi mendengar ngomelan isterinya, tapi dia diam saja. Setiap kali jirannya mencuci dan menjemur pakaiannya, isteri Ajoi memberi komen yang sama.

Sebulan kemudian, tiba-tiba isteri Ajoi teruja kerana melihat baju yang disidai jiran sebelahnya sangat sangat bersih sekali. Dia memanggil Ajoi “Tengok bang!, dia dah pandai basuh baju dengan betul! Siapa lah yang dah mengajarnya?”

Ajoi menjawab “kebetulan hari ini abang bangun pagi dan membersihkan kaca tingkap rumah kita la sayang…”

No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...