Friday, February 11, 2011

NASI TOMATO vs AyAM MaSak MeRah Vs JeLatah

Lunch kat bahau semalam tuk dua orang RM 14.00....

pergh terasa mahal sangat... x berbaloi pun ngn makan nasi n ikan n air kosong...
hubby lak amek nasi separuh, ikan ngn hati n air teo ais....
tiba-tiba rasa membazir lak makan kat luar....
semalam makan kat luar Rm 14...
sehari seblum semalam makan kat luar gak RM 13.60...
emm...kalo beli ayam sekor dalam RM 13.00 boleh makan tuk seminggu....
dan sekor ayam tuh leh belanja kawan-kawan makan kat rumah...
setakat  5 , 6 tu lepas la...

Bincang-bincang ngn hubby...lebih elok masak klo xder hal....
boleh jimat....n jimat....
lagipun kami berdua sentiasa berpoket kosong....
jadinya seperti dirancang tghari ni kami akan balik masak...
dalam dok fikir nak masak per...
 tiba-tiba terasa nak makan nasi tomato...
fikir-fikir balik...susah gak nak wat nasi tomato nie
banyak kejer.....

dalam dok fikir tu...sempat gak belek-belek resipi kat tenet
last2...nk wat nasi tomato gak
dh lama x masak special


ni la resipi yang di cedok dari 

 http://periuktanah.blogspot.com
resipi nasi tomato 

Bahan-bahan: (hidangan untuk 2  orang x 2 kali makan)
2 cawan cuci dan toskan
1 labu bawang besar didadu kecil
2 ulas bawang putih diketuk
sekuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga, 1 inci kulit kayu manis
1/2 cawan tomato puri
1/2 cawan susu cair
air - sukat ikut sukatan nasi (** jgn sampai lembik)
sedikit garam
1/2 biji tomato didadu kecil
2 sudu besar minyak sapi
Cara memasaknya:
1. Gunakan periuk nasi biasa. Letakkan di atas dapur gas dahulu. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumis, bawang besar, bawang putih dan rempah ratus hingga wangi.
2. Masukkan beras dan goreng seketika- (anggaran 1 minit). Masukkan tomato puri, susu cair, air, buah tomato dan garam. Kacau sebati. Matikan api dan alihkan periuk ke punca elektrik.
3. Masak nasi seperti biasa. Apabila nasi masak, kacau dengan senduk atau garpu agar nasi peroi. 
**nak lagi best ..tambah kismis, gajus dan daun sup/ bawang jika suka. (tapi sbb tak der bahan2 ni..so sy xbuh pun)

Ayam Masak Merah (hidangan untuk 2 orang)
Bahan-bahan:
6 ketul ayam yang telah dipotong
1 labu bawang besar holland dikisar
3 ulas bawang merah dikisar
  2 ulas bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
5 biji cili merah di kisar
7-10 biji cawan cili kering dikisar
1/2 cawan tomato puri
1 biji tomato
1/2 cawan sos cili
2 batang serai dikisar
1/4 cawan santan
Cara-cara:
1. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng separa garing. Ketepikan.
2. Panaskan lebih kurang 5 sudu besar minyak di dalam periuk.Tumiskan bahan-bahan yang dikisar sehingga pecah minyak
3. Tambah 1/2 cawan air. Masukkan sos cilidan tomato puri. masak seketika. Masukkan  santan, tomato, garam dan gula secukup rasa.
4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sebati dan biar mendidih. Tutup api dan sedia dinikmati bersama nasi briyani.

 

Jelatah (Acar timun dan Nanas)- hidangan untuk 10 orang
1/3 biji timun dikupas kulit dan dihiris nipis
1/3 carrot dihiris panjang dan nipis
1 biji cili merah dihiris serong
1/ labu bawang besar dihiris nipis-nipis -melintang
1 1/2 sudu besar cuka
garam dan gula secukup rasa
Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata.
walaupun sangat penat memasak...hampir sejam lebih...tetapi bile makan....rasa sangat berbaloi ;)
n sangat seronok bile husband makan dengan sangat berselera ;)

No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...