Friday, January 21, 2011

fasa-fasa dalam peerkahwinan

baru-baru saya terbaca dalam sebuah buku yang bertajuk 'Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah SAW' yang ditulis oleh Zamri Mohamad dan Imran Yusof......
Menurutnya dalam kajian yang dilakukan oleh kajian Dr Harviller fasa-fasa dalam perkahwinan

1) Fasa pertama
 fasa ini adalah fasa permulaan atau awalan dalam perkahwinan kita. Dalam fasa ini kehidupan kita sebagai suami isteri penuh dengan janji manis dan fantasi cinta. Terasa sangat indah hidup ini., semuanya lengkap dan unik kerana mempunyai pasangan hidup yang sempurna....Ye la...masa dah kahwen la kite boleh buat macam-macam perkara baru bersama org tersayang terutama perkara-perkara yang dilarang ketika belum berkahwen.....
Malah saya pernah terdengar seorang sahabat saya yang baru seminggu mendirikan rumahtangga berkata ..... " kalo aku tahu seronoknya berkahwin, dari 10 tahun lepas aku dah kahwen".....begitulah gambaran bertapa indahnya perkahwinan pada fasa pertama.

2) Fasa Kedua
Apabila masuk fasa kedua, pasangan suami isteri akan mula mengenali dan melihat realiti pada diri pasangan masing....Klo fasa pertama kita nampak semuanya indah belaka....tetapi dalam fasa kedua ni baru kite nampak tabiat-tabiat buruk pasangan kita.....Jangan terkejut klo pasangan kita jenis suke kentut bersepah, tidak pengemas, dan macam-macam lagi....Ketika inilah sebenarnya cinta kite teruji...samaada kita sanggup terima segala tabiat buruk pasangan.... Malah ramaii yang kecundang kerana melihat cacat cela pada pasangan. Tetapi mereka yang dapat melalui fasa ini dengan baik akan menemui keindahan dalam alam berumah tangga yang berassaskan realiti bukan fantasi.

3) Fasa Ketiga
Menurut kajian, fasa ketiga adalah berkaitan dengan permasalahan seks bersama pasangan....pasangan akan mula rasa ketidakpuasan bersama, bosan bersama serta macam-macam lagi....tidak berkeingginan utk bersama pasangan.

4) fASA keempat
Fasa keempat adalah fasa menuai iaitu berlakunya jalinan semula cinta. Dalam fasa ini, wujud la cinta sejati setelah melalui pelbagai onak dan duri  bersama....




No comments:

Post a Comment

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...