Wednesday, February 14, 2018

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa?

klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga...
tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah bagi syurga.

tapi susahnya nak berbakti pada suami kn. Allah je yang tau. sbb tu bagi seseorang isteri nak masuk syurga cukup senang..hanya berbakti pada suami.

dulu aku rasa benda ni senang. macam minum air kosong je. tapi bila berhadapan dengan 8 tahun tempoh menjadi isteri, aku rs memang susah. dan aku rasa aku bukan seorang isteri yang baik dan taat. kata-kata kita kasar. suami suruh buat A.. kita buat B. suami cakap No.. tapi kite nak YEs... tapi Allah dah suruh kite taat pada suami ..tp kenapa susah untuk kita laksana...  

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan – saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. 

mudah-mudahan Allah jadikan aku orng bertaqwa. 

dah si lelaki wajib taat pada mak die. Jangan sebab kita dah tak taat pada suami.. kita larang die taat pada mak die. Allah...takut Allah laknat kita. Nauzubillah. bila die tak taat pada mak dia disebabkan kita... kita dh jadi penghalang die masuk syurga. dengan kata lain...kita bawak die masuk neraka. kita humban dia masuk neraka...
jadi layakkah kita ke syurga? 

Rezeki dari Allah

assalamualaikum dan selamat tahun baru semua..

alhamdulillah Allah masih panjang kan umur untuk aku menulis kembali blog yang dh lama aku tinggal kan. Tahun ni aku bakal menjejakkan kaki ke angka 36.. wow makin tua dah aku. dah makin jelas proses penuaan aku ni,. Dulu masa zaman sekolah..bila dr mahathir sebut wawasan 2020, aku fikir...lambat lagi tu...dan mustahil aku nk capai umur tu... tp skrng 2018..2 tahun lagi. dan memang xmustahil akan sampai peringkt umur tu.

Dan ujung taun lepas Allah hadiahkan aku izzat. My third baby. Sayang izzat.

Muhammad Izzat bin Mohd Fahmi
1 hari (20 oktober2017)

ni masa dh 47 days...

alhamdulillah atas nikmat Allah. and dh 3 anak syurga aku. dan 2 dari 3 adalah czer. so that means if ada rezeki yg ke 4..or course czer...   and after bersalin , sorang dr ni dtg jumpa aku..

   " puan.. di hospital pilah ni if dah 2x czer..so yg ketiga wajib czer dan peraturan kt sini lepas 3x czer..wajib ikat"

aku terdiam. bukan sebab takut czer or ikat.tapi teringat kata-kata aku dlu masa mula2 kawen. Aku nk anak 4 org je. Allah dh hmpir nak makbulkn.. huhuhu rasa sedih. sbb mintak yg bukan2 dr Allah. sbb anak tu kan rezki. Skrng aku rasa nak anak ramai. sepasukan bola ye. tp tu la.. rezki Allah yg bagi.
so after this klo nak ckp ..berhati2..sebab kata2 kita adalah doa. 

dan aku pernah dlu ada best friend yang aku anggap kawan sejati..sahabat dunia akhirt. so tetiba masa taun2 akhir aku belajar kt u..kami ada selisih faham. (ala zaman hingusan.). dlu zaman hingusan benda kecik pun terasa. turun makan kat kafe pun..if die x ajak.. terasa.. ape la... huhu padahal xder paper pun.. so dari situ aku tekad n ckp..xnak ada kawan baik dah pasni n now Allah makbulkan kata2 ku.. aku xder kawan rapat or baik pun di sini. since aku keja kt sini even ramai pompuan. huhu klo baru nk rapat sekejap..pastu mesti org tu pindah or die dapat geng baru and tinggalkan aku terkontang kanting.. sedih kn... maybe aku ni tak cukup baik tuk dijadikan kawan.. huhu hehhe and now aku mula rindukan ada kawan2 baik n rapat. 

bukan tu je..ada satu hal lagi. dlu masa kt kampung aku selalu ckp nk keje jauh dr kampung. nk keluar kawasan. now Allah dh hantar aku jauh dr kampung. dh 10 tahun aku berkampung di sini. n rasa rindu sangat nk balik kg berbakti dengan mak. berjasa dengan mak. jaga mak. aku rasa untung sangat orang2 yg boleh jaga mak. hari2 dapat tengok mak. tp Allah dh tetapkan rezki aku kt sini. ini yg aku mintk dlu.

jadi..kawan-kawan... if sesiapa yg baca corat coret ni..doalah yang baik2..nak cakap pun.. cakap la baik2. sbb allah dah cakap.. Dia akan kabulkan segala apa yang kita doakan. 

Moga Allah jadikan aku dan zuriat keturunan ku orang yang baik2. yang boleh masuk syurga dari mana2 pintu. 

Friday, April 21, 2017

unggas hitam

assalamua'laikum
hari terasa nak menulis kembali setelah sekian lama menyepi...

hidup ini ibarat roda, kadang kat atas dan kadang kat bawah. Even di mana pun kita, kita tetap hamba Allah. Dan kekadang kita tak boleh lari dari menyakiti hati orng lain dan juga disakiti. Tapi rasa disakiti lebih pedih dan meninggalkan kesan sbb kesan nya pada kita. Walaupun hakikatnya, menyakiti hati org len lebih berdosa dari disakiti.

Aku tau aku bukan seorang kawan atau sahabat yang baik. Mybe aku lebih banyak menyakiti dari membahagiakan org. Tapi serius, sebagai manusia, kita punya hati yang lebih mudah terkesan apabila disakiti. Kadang2 aku terasa seolah olah, aku ni dijauhi dari org. Apabila seorang yg aku anggap sahabat cuba menjauhkan diri or bersikap dingin, aku jadi keliru mungkinkah ada kekasaran aku kepada nya atau tanpa sengaja kita telah menyakiti die? Makin hari makin terasa ketidak akraban... Sehinggakan akhirnya aku pun turut mendiamkan diri dan menjauhkan diri. Allahuakbar. Hanya Allah sahaja yg tahu. Aku ini tidak punya apa2. tiada nama untuk org hormati atau sanjung. tiada kepentingan di sini. dan kalau aku takder.. takder siapa yg kisah. sungguh itu la yang sebenar-benarnya. Aku hanya ibarat unggas malam yang kalau xder... xder siapa pun kisah. Tu la aku.. tanpa nama dan pangkat. Juga takder harta. Yang aku harapkan Allah ada untuk aku. dan malaikat-malaikatnya mendoakan aku. Jadi aku memilih untuk mendiamkan diri di satu sudut dari aku terus menyakiti atau aku terasa dijauhi. 

-----------------------------------------------------------------





Tuesday, May 17, 2016

Ramadhan

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyanyang...

Xlama lagi ramadhan bakal menjelma... Bulan yang penuh rahmat dari Allah
Bulan yang mana Allah bagi peluang untuk kita raih pahala sebanyak-banyaknya...

Umpama Allah menabur bumi ini dengan emas... batu permata dan intan berlian...
terserah pada diri kita sama ada ingin berebut-berebut emas, batu permata dan intan berlian tersebut... atau kita hanya memandang membiarkan ia semua berlalu.. atau kita sibuk mengejar kekayaan dunia yang tiada harganya disisi Allah

Monday, March 21, 2016

Terima ksih atas pinjaman Mu

Bismillahirahmanirahhim
Ya Allah, bila aku mula melabuhkan tudung yang menutup dada, melabuhkan baju dan kain serta menutupi lengan dengan sempurna… aku rasa satu ketenangan dalam hidupku.
Aku rasa setiap detik seperti rahmatMu mengiringi aku. Setiap langkahku dipermudahkan. Setiap kata-kataku Kau penuhi dengan hikmah. Dan setiap mata yang memandangku penuh dengan hormat.

Indahnya agama Mu Ya Allah..Terima kasih Ya Allah kerana meminjamkan rasa ini... 



Niqab

Akhir-akhir ni Allah ilhamkan aku satu rasa yang cukup indah... 
AKu suka sangat tengok orang pakai niqab... rasa sejuk sangat hari. 
Terlintas kat hati aku nak pakai niqab suatu hari nnti. Moga Allah permudahkan... Aku rasa Allah turunkan rahmat pada orang yang pakai niqab ni. 




Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...