Friday, April 21, 2017

unggas hitam

assalamua'laikum
hari terasa nak menulis kembali setelah sekian lama menyepi...

hidup ini ibarat roda, kadang kat atas dan kadang kat bawah. Even di mana pun kita, kita tetap hamba Allah. Dan kekadang kita tak boleh lari dari menyakiti hati orng lain dan juga disakiti. Tapi rasa disakiti lebih pedih dan meninggalkan kesan sbb kesan nya pada kita. Walaupun hakikatnya, menyakiti hati org len lebih berdosa dari disakiti.

Aku tau aku bukan seorang kawan atau sahabat yang baik. Mybe aku lebih banyak menyakiti dari membahagiakan org. Tapi serius, sebagai manusia, kita punya hati yang lebih mudah terkesan apabila disakiti. Kadang2 aku terasa seolah olah, aku ni dijauhi dari org. Apabila seorang yg aku anggap sahabat cuba menjauhkan diri or bersikap dingin, aku jadi keliru mungkinkah ada kekasaran aku kepada nya atau tanpa sengaja kita telah menyakiti die? Makin hari makin terasa ketidak akraban... Sehinggakan akhirnya aku pun turut mendiamkan diri dan menjauhkan diri. Allahuakbar. Hanya Allah sahaja yg tahu. Aku ini tidak punya apa2. tiada nama untuk org hormati atau sanjung. tiada kepentingan di sini. dan kalau aku takder.. takder siapa yg kisah. sungguh itu la yang sebenar-benarnya. Aku hanya ibarat unggas malam yang kalau xder... xder siapa pun kisah. Tu la aku.. tanpa nama dan pangkat. Juga takder harta. Yang aku harapkan Allah ada untuk aku. dan malaikat-malaikatnya mendoakan aku. Jadi aku memilih untuk mendiamkan diri di satu sudut dari aku terus menyakiti atau aku terasa dijauhi. 

-----------------------------------------------------------------





Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...