Friday, October 30, 2015

Cari masa untuk Allah

assalamua'laikum wbt

Perasan atau tak, masa sekrang cepat sangat berlaku. Sedar-sedar dah jummat. Memang tak terasa sangat masa berlalu. Dan hari-hari kita buzy. Sampai terkeja-kejar. Kalau cikgu, sibuk mengajar. Kalau cikgu dulu-dulu mengajar pagi sampai tengahari je. Cikgu sekarang sampai petang. Balik rumah dah petang. Jam 7.00 dah magrib. Terkejar nak masak, nak mandikan anak, nak mandi kkan diri sendri lagi. Akhirnya solat pun dihujung-hujung waktu. 

Kalau anda seorang suri rumah, pun tetap sibuk. Mengemas, memasak. Jaga anak. Sebenarnya kerja rumah lagi banyak sebab ia kerja yang tak habis-habis. 

Apa saja kerja yang kita lakukan, memang kita sentiasa sibuk. Dan dalam kesibukkan kita, kita tetap kena cari masa untuk ALLAH. Setiap hari kita peruntukkan 8 jam untuk berkhidmat untuk bos, untuk manusia. Tapi berapa jam kita peruntukkan untuk Allah?

Kalau hanya solat 5 waktu sehari semalam, maka boleh dianggarkan masa kita hanya kurang lebih 1 jam. 

Tapi sebagai hamba Allah, kita memang kena cari masa untuk Allah. Walau sesibuk mana pun kita, cari masa untuk sekurang-kurangnya 30 minit lepas solat untuk baca Al-Qur'an dan zikir. Kalau nak tunggu masa lapang baru nak baca Al-Quran, mmg takkan ada masa lapang. Percayalah. Tapi bila kita sibukkan diri dengan Allah, percayalah..kita akan rasa sentiasa lapang. Segala kerja jadi mudah. 

Bila siang, kita selalu target.." malam nanti lah aku baca Al-Quransebab siang aku sibuk nak kerja"...
Tapi bila dah malam, kita sibuk dengan anak, layan suami/isteri, nak mengemas rumah lagi. Last-last tengok jam dan 10 lbh. Badan dah penat. Mata plak ngantuk. Lastly tak baca jugak AL-Qur'an. 

Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi...

Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia..

.
Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak 


Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan.

 
Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta. 


Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...Alangkah 

ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan..

Yang menakutkan kta ialah tatkala sedang sibuk dengan urusan dunia, Allah menjemput kita. Sebab ada ayat dalam Al-QUr'an yang menyatakan, semua manusia yang telah mati akan meminta kepada Allah untuk kembali ke dunia walaupun sesaat, semata-mata untuk beribadah kepada Allah. Oleh itu, sementara kita masih hidup ni, cuba-cubalah banyakkan berzikir, solat, ngaji Qur'an dan berbuat baik. 

Friday, October 09, 2015

Tolong saya!

Pernah satu hari, suatu ketika ramai sangat orang mintak tolong dengan kita.

Di ofis,  
Si A.. mintak tlg angkat barang.  
Kemudian
Si B... mintak tlg jaga exam sebab ada meting
Kemudian
Si C.. mintak tlg masuk kelas sebab bercuti
Kemudian 
Si D..mintak tlg lg...
Kemudian 
Si E..pula mintak tlg... 

Balik rumah...
Si anak minta susu...
kemudian
Si anak nak makan
Kemudian 
Si anak nak mandi...

Dalam seminggu semua jadi bertimpa-timpa. semua mintak tlg....kemudian terkeluar di mulut... 

" Kenapa asyik aku je yang orang mintak tlg?" 

Dan kita ada dua pilihan, sama ada menolak atau in sya Allah sy tlg. Tahu tak kenapa diorng mintak tlg kita? Sebenarnya setiap detik, setiap yang berlaku semua dalam kawalan Allah. Dan Allah merancang yg terbaik tuk kita. 

Dan Allah yang gerakkan hati mereka-mereka itu untuk meminta pertolongan dari kita. Sebab setiap pertolongan yang kita hulurkan pada mereka adalah satu kebaikan. Satu sedekah. 

Dengan kita menolong mereka, mungkin Allah menghapus sebahagaian dosa-dosa kita. dan mungkin Allah sedang meningkatkan darjat kita di syurga. Dan percayalah selagi mana kita memudahkan segala urusan orang, satu hari nanti Allah akan memudahkan urusan kita. In sya Allah.

"Jangan sesekali rasa orang mengambil kesempatan pada kita. Tapi rasalah ia hadiah dari Allah untuk kita meraih pahala percuma"




Siapa yang sudi baca blog aku?

Assalamualaikum...

Aku berharap satu hari nanti akan ada orang yang sudi baca coretan di blog aku ni... Mungkin bukan sekrang tapi mungkin selepas aku meninggalkan dunia ini.  Bukan ku pinta glemer. tapi aku berharap penulisan yang tak seberapa ni mampu menolong aku di hari kiamat kelak. Aku tak mampu berdakwah secara lisan tapi aku berharap agar Allah mengira penulisan blog ni sebagai satu ibadah yang mengajak umat islam kembali pada Allah.  Kewajipan Muslim melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagai tugas dakwah juga disebut dalam hadis yang bermaksud:
"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Jangan sesekali meremehkan sebarang kebaikan. Buatlah benda baik walaupun kecil. Yang penting istiqamah. Walaupun hanya sekadar senyum dengan sesama umat islam atau sekadar mengutip sampah ditepi jalan. Jangan sesekali buat benda buruk walaupun kecil. Walaupun sekadar berwajah masam dengan orang lain. 

dakwah


Thursday, October 01, 2015

Bukti Allah Maha Berkuasa

Kenapa Allah cipta Nabi Isa tanpa seorang bapa? Hanya dari seorang ibu.
Kenapa Allah cipta Nabi Adam tanpa ibu dan bapa? Adam hanya dicipta dari tanah. 
Kenapa Allah cipta Hawa tanpa ibu dan bapa? Allah cipta Hawa dari seorang lelaki,iaitu tulung rusuk Nabi Adam. 

Semua ciptaan itu menunjukkan ALLAH MAHA BESAR. kita sedar atau tidak ALLAH boleh cipta apa saja. Hanya dengan Kun Fa Yakun. Allah Maha Besar. Klo Allah kata jadi, maka semua akan jadi. Tanpa bapa, Allah boleh cipta Nabi Isa. Malah tanpa ibu dan bapa, hanya dari tanah, Allah boleh cipta Nabi Adam. 

Kenapa kita masih nak ingkar? Masih nak derhaka dengan Allah. 

Dr Zakir Naik

Semalam, for the first time aku berkesempatan mendengar sesi soal jawab bersama Dr Zakir Naik. Macam-macam orang tanya soalan. dan kebanyakkan soalan ditanya adalah berkaitan islam dan orang yang bertanya adalah non-muslim. 

And each of questions yang ditanya mmg boleh memesongkan akidah bagi orang islam yang tidak cukup ilmu. Dan audience yang paling banyak tanya adalah mengenai agama kristien. Tapi setiap jawapan yang diberikan oleh Dr Zakir semua ada dalam Al-Quran. Dr Zakir menjawab semua soalan dengan petikan ayat-ayat dalam Al-Qur'an. Ya Allah baru aku tau, betapa besarnya Al-Qur'an. Selama ni kta cuma tau baca Al-Qur'an. Even kita baca tafsir tp kita masih xtau nak nak relate dengan kehidupan. Tapi dr Zakir boleh jawab semua soalan dengan menggunakan ayat Al-Quran. Bertapa hebatnya Al-Quran yang Allah trun kn untuk kita. Petunjukkan untuk semua manusia. 

Dalam agama kristien, Nabi Isa di anggap tuhan. Tapi dalam Islam Nabi Isa adalah seorang manusia biasa yang diutuskan oleh Allah sebagai seorang Nabi untuk membawa semua orang  ke jalan Allah. 

Ada seorang lelaki bertanya " antara Nabi Muhammad SAW dan Nabis Isa AS, siapa yang lahir dengan cara lebih baik ? 

So... apa jawapan kita? Of Course aku xtau nak jawab.

Tapi dr Zakir jawab berdasarkan ayat Al-Quran. Nabi Muhammad SAW dilahirkan seperti manusia biasa. Lahir dengan mempunyai ayah dan ibu. Tapi Nabi Isa As dilahirkan tanpa bapa. Nabi Isa hanya mempunyai ibu. Adakah sebab Nabi ISa lahir tanpa bapa, dia dianggap sebagai tuhan. Nabi Adam lahir tanpa bapa dan ibu. Tapi kenapa Nabi Adam tidak dianggap Tuhan. Siti Hawa lahir dari tulung rusuk seorang lelaki iaitu Nabi Adam. Kenapa tidak dianggap Tuhan. 

Kenapa Allah cipta Nabi Isa tanpa seorang bapa? Hanya seorang ibu.
Kenapa Allah cipta Nabi Adam tanpa ibu dan bapa? Adam hanya dicipta dari tanah. 
Kenapa Allah cipta Hawa tanpa ibu dan bapa? Allah cipta Hawa dari seorang lelaki,iaitu tulung rusuk Nabi Adam. 

Semua ciptaan itu menunjukkan ALLAH MAHA BESAR. kita sedar atau tidak ALLAH boleh cipta apa saja. Hanya dengan Kun Fa Yakun. Allah Maha Besar. Kenapa kita masih nak ingkar? Masih nak derhaka dengan Allah. 





Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...