Tuesday, March 31, 2015

Bila Hati Malas Beribadah



Dua tiga hari lepas, termasuk harini... aku rasa sangat lemau. Segalanya lemau dan malas. Malas mengemas... malas memasak.. dan juga paling tak best.. malas nak beribadah. Ya Allah ampunilah hamba Mu yang hina ini. Berat sungguh nak bukak Al-Qur'an. Tapi bila bukak facebook or instagram.. 3jam pun rasa cam 3 minit je. 

Huhuhu... teringat ceramah us Jufri. 
" Bila kita rasa malas beribadah, itu adalah tanda hati kita ditutupi & dipenuhi dengan dosa. "

Ye...aku rasa betul sesangat apa yang ustaz tu cakap. Hati, diri dan jiwa penuh dengan dosa. Tak pernah rasa berdosa dengan dosa. Solat wajib rasa berat nak buat, solat sunah apetah lagi. Ya Allah..ampuni kami.



Walaupun, hati mengatakan menyesal dengan dosa, tapi air mata susah untuk menitis kerana menyesali dosa. Tapi bila tengok citer hindustan...eh..eh airmata boleh mengalir tanpa dipinta. Huhu walaupun ditahan..disekat..ia tetap mengalir...huhu 

Adakah itu tandanya...diri masih belum menyesal dengan dosa ?
atau..
diri ini terlampau banyak dosa.. 
atau 
diri ini takbur dengan diri..tak merasa kerdil dengan sang pencipta...



Nabi bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat,
Subhanallah 33 kali, 
Alhamdulillah 33 kali, 
Allahu Akbar 33 kali, 
lalu, untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir"

Maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." 
(Hadis Riwayat Sahih Muslim)


Rasul saw bersabda, “Sesungguhnya ucapkan kalimat ‘Subhanallahu walhamdulillahi wa laa ilaaha illallaahu wallaahu akbar’   itu  menggugurkan kesalahan-kesalahan seperti pepohonan menggugurkan dedaunan.” 

(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Ahmad)


Tuesday, March 24, 2015

munafikkah kita?

Assalamua'laikum wbt


Dodulu aku dok menanam azam manis untuk update blog setiap hari. Tapi nampaknya manis di bibir tapi pahit tinggal dijari. Sebab tu tak ter update huhuhu.

Dodulu masa zaman sekolah, ustaz aku slalu cerita apa itu orang munafik? Bila sebut orang munafik, aku dah berimaginasi iaitu seseorang manusia yang sangat jahat dan hampeh.  Memang tak nak kawan la ngn die!

Suatu hari aku pernah dengar ceramah agama dari seorang ustaz ni.... Masa akhir zaman nanti, ketika dajjal dah keluar, semua orang munafik akan menjadi pengikut dajjal. Mereka akan datang dari segenap sudut dan penjuru.  

Korang agak-agak adakah kita ni termasuk dalam golongan munafik ? Ya Allah mintak dijauhkan. Nauzubillah. Tapi korang tau tak apa ciri-ciri orang munafik ? 

Ciri-ciri orang munafik ni ialah bila berjanji ia mungkir, bila bercakap ia menipu dan bila diberi amanah ia khianat. Korang agak-agak adakah kita ni termasuk dalam golongan munafik ? 

Jom kita check @ muhasabah diri sendiri...adakah kita ada salah satu dari ciri-ciri di atas...

Aku amat perasan beberapa kejadian yang sering berlaku pada aku dan aku rasa pada semua orang... Kadang-kadang kita ni termasuk dalam golongan yang menipu! Agak kejam bahasa aku. Tp itu lah hakikatnya. Tipu dan tipu dan bohong dan kelentong jadi makan minum dalam hidup kita. Rasa tak sempurna kalau tak tipu. Kadang-kadang terpaksa menipu dalam hal kerja. Menipu bos, menipu orang bawah, menipu claim, menipu anak dirumah. 

Macamane ek. Kadang-kadang kita terpaksa menipu. Tapi tipu itu berdosa. Bercakap benarlah walaupun pahit. 

situasi 1: Kes tipu yang kadang-kadang kita tak sedar. Bila bercakap kita berbohong.

Penjual : dik.. ada 50 sen tak..
Aku      : Tak der la kak....

(walhal dalam beg duit berlambak-lambak duit syiling. tapi disebabkan malas nak cari, kita tanpa segan silu cakap xder).. 


Situasi 2:

telefon berbunyi ....
Pemanggil :" abu ada tak ?'"
si pengangkat telefon pandang abu... tetiba abu berbisik... "cakap aku xder"

(dengan kawan-kawan kita sekali terbabit menipu)


Bila disentuh bab amanah...lagi banyak. Dulu aku ingat amanah ni bekaitan dengan menteri-menteri je. tapi sebenarnya amanah ni bermula dari sekecil-kecil benda dan melibatkan semua makhluk Allah termasuk kita yang kerdil ni. Kita semua memegang amanah. Kalau kita seorang guru, kita memegang amanah untuk mengajar murid2. Kalau kita seorang akauntan, kita kena amanah bab-bab duit. 

Ok ..iitu bab-bab or kes-kes besar. Tapi jgn lupa banyak kes-kes kecik yg slalu kite terlepas pandang.

situasi 1 :
kita bekerja dari jam 8.00 hingga 5.00 ptg. Kerja ofis! Kerja yng menggunakan elektrik, air, komputer dan alat tulis pejabat. So, kita memegang amanah 8 jam tu buat kerja ofis je. Tapi kita arini, time keja ofis buat kerja part time. Promote baju..promote tudung. Pastu guna printer ofis, kertas ofis ..print iklan kerja part kita. Amanah kah kita ? 

dan lagi..lagi... kita terbawak balik pen...pensel...pemadam ke rumah. Tu ofis punye. bukan hak kita. lepas anak pakai tuk belajar...huhuh 

di mana amanah kita ? 
kita selalu berkira bila banyak kerja di pejabat... 
kita selalu merungut bila kena buat macam-macam...
tapi bila bab gaji lambat masuk, kita marah
bila gaji tak naik kita melenting...
macamana duit kita tak cepat habis...sebab dalam rezeki kita kurangnya keberkatan. 

Carilah keberkatan Allah. 

Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Aku mendengar RasuIullah s.a.w. bersabda: "Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu". Sahabat bertanya, "Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?" Nabi s.a.w. menjawab, "Penyakit-penyakit itu ialah (1) terlalu banyak seronok, (2) terlalu mewah, (3) menghimpun harta sebanyak mungkin, (4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, (5) saling memarahi, (6) hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi". (Hadith Riwayat Hakim).

Thursday, March 19, 2015

Aku Inginkan Syurga

Aku banyak kecewa dengan kehidupan. Kadang-kadang rasa bosan dengan perjalanan hidup yang compang camping. Hampess kan hidup ni. Ada je masalah dan dugaan. Huhhh... Ape je kita buat semua tak dapat nak puaskan hati orang. Ade je komen. Kadang-kadang klo salah buat keputusan, ramai yang tak puas hati.  Dalam hati memang nak adil tapi sejauh mana keadilan boleh tercapai. Bila semua org asyik tak puas hati. Kadang-kadang aku rasa teruk sangat ke aku ni..? 

Bila aku baca tafsir al Quran.. tapi tak ingat surah ape...huuhuh.. Allah berfirman.. semua yang dalam syurga adalah kecantikan dan keindahan yang tak terfikir dan terbayang oleh manusia.  Dalam dalam syurga tiada lagi kesedihan, masalah... Semua orang hidup dalam gembira. Aman damai. Kekal abadi selama lamanya... Aku inginkan syurga...

Rasa tak sabar nak masuk syurga. Nak tinggalkan dunia yang fana penuh penca roba ni. Tapi soalnya.. layakkah aku nak masuk syurga. Bangun tahajjud pun susah nk wat. Huhu

Aku sendiri tak tau mana yg terbaik utk aku buat. Huhuh utk kepuasan semua org.... 
Allah help me.......

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...