Friday, January 23, 2015

Sudahkah anda bersedekah?

Antara kelebihan lain hari Jumaat ialah hari yang paling bagus bersedekah.
Sedekah pada hari Jumaat lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.

Ibnu Qayyim berkata: “Sedekah pada hari itu lebih utama dengan sedekah pada enam hari lainnya seumpama di sedekah pada bulan Ramadhan dibanding bulan-bulan lainnya.” 

Persoalannya : Sudahkah kita bersedekah ?


Thursday, January 22, 2015

Bila ajal dah datang

Assalamua'laikum wbt

Alhamdulillah..dengan umur yang masih Allah pinjamkan...aku masih bernafas meniti hari-hari bersama suami, anak-anak dan orang-orang sekeliling yang amat aku sayang. 

Terkesima sekejap aku. Speechless. No words to describe. Terkejut pun ada. Allah Maha Besar. Sangat terkejut! Baru dapat mesej dari adik aku.... "abang yazid depan rumah aku dah meninggal". 
Masya Allah. Rasanya macam baru jumpa dia beberapa bulan yang lepas. Sihat Walafiat. Masih bergurau senda. 

Kalau orang yang baik-baik ni memang cepat je Allah ambil. AKhir-akhir ni aku banyak terima khabar kawan-kawan terdekat aku yang meninggal. Meninggal ketika masih muda. Masih sihat walafiat. Allahuakbar. Rasa insaf. Allahuakbar. 

Kesian plak bila teringat kak zah (istri abg yazid) dan anak anak dia yang maish kecil (6 orang). Semua dah jadi anak yatim. Allahuakbar. Kesiannya. Kak zah pulak, suri rumah sepenuh masa. Semua anak anak dia sekolah lagi. Macam mana la nnti. Allah je tau. Moga Allah murahkan rezki kak zah dan anak-anak. 

bila mati...hanya amalan je yang kita bawa. Sedangkan kita yang masih hidup ni leka cari duit. Leka gelak ngn kawan. Leka main fb. Update blog. Nak cari glemer sana sini. Allahuakbar. Patutnya kita kumpulkan amalan tuk dibawa ke sana. 

Moga Allah bagi kesempatan untuk kta bertaubat.
Pertemuan terakhir aku dengan abang yazid...aku tak sempat nak minta maaf selama aku kenal dia. Allahuakbar....

Friday, January 09, 2015

KISAH LELAKI TUA DAN SELAWAT NABI S.A.W.


Seorang LELAKI TUA mengayuh basikal setiap pagi dari kampungnya ke sebuah pekan, sejauh kira-kira 15km, untuk menjual ulam-ulaman dan sayur-sayuan, buat menyara hidupnya.... Itulah kerja hariannya... 

Selesai berjual, DIA AKAN SINGGAH DAHULU KE sebuah MASJID di pekan itu, untuk bersolat zuhur.  Sebelum pulang ke rumah... Selepas berdoa dan berwirid sekadarnya, lelaki itu akan MEMBERSIHKAN DEDAUN YANG BERSELERAK DI HALAMAN MASJID... Ini dilakukannya setiap hari selepas solat zuhur, sejak beberapa bulan lalu... Setelah semua dedaun itu dibersihkan barulah beliau pulang kekampungnya.

JEMAAH DAN JAWATANKUASA MASJID KASIHAN melihat keadaan lelaki tua itu.... Mereka lalu mengupah seorang pekerja untuk membersihkan daun-daun itu setiap pagi. Tujuan mereka, semata-mata untuk membantu lelaki tua tadi, agar tidak perlu bersusah payah membersihkan halaman masjid itu. 

Rupa-rupanya, niat baik mereka itu telah membuatkan LELAKI TUA TERSEBUT MENANGIS SEDIH.... Dia mohon supaya dia terus diberi kesempatan membersihkan halaman masjid seperti biasa... Itulah sahaja SUMBANGAN YANG DIA MAMPU lakukan, untuk masjid tersebut, katanya.
Akhirnya, pihak jawatankuasa masjid mengambil keputusan agar membiarkan situasi berjalan seperti biasa supaya lelaki tua itu tidak lagi merasa sedih.

Satu ketika, sedang dia sedang menyapu daun-daun, Imam masjid datang kepadanya, dan bertanya, mengapa dia perlu melakukan hal itu, lelaki tua tersebut menjawab: 

“SAYA INI ORANG BODOH, TUAN.... Saya tahu amal saya ini kecil sahaja.... Saya tidak mungkin selamat pada hari kiamat, TANPA SYAFA’AT RASULULLAH SOLLALLAHU `ALAIHI WASALLAM.

 Setiap kali saya menyapu sehelai daun, saya ucapkan satu selawat kepada Rasulullah sollallahu `alaihi wasallam. Kelak jika saya mati, SAYA INGIN RASULULLAH MENJEMPUT SAYA... Biarlah dedaun ini menjadi saksi bahawa saya telah membacakan selawat kepada Junjungan Nabi sollallahu `alaihi wasallam..”.. Kata lelaki tua itu dengan hiba... Air matanya mengalir turun melalui pipinya yang sudah berkedut-kedut itu.... Pak Imam itu juga turut merasa sebak, kerana terharu.... 

ALLAHU AKBAR....Subhanallah...Subhanallah.

Allah SWT berfirman :

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيما
Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya BERSELAWAT KEPADA NABI... Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah, dan berilah salam kepadanya.. “.(Surah Al-Ahzab 33: 56)

Rasulullah SAW bersabda : “Tidak seorang pun yang memberi salam kepadaku, kecuali Allah akan menyampaikan kepada ruhku, sehingga aku menjawab salam itu”.
(HR Abu Dawud dari Abu Hurairah... Ada di kitab Imam an-Nawawi, dan sanadnya shahih)

Sumber : http://cintarindurasul.blogspot.com/2012/11/kisah-lelaki-tua-dan-selawat-nabi-saw.html

Kerana Seekor Lalat


Pada satu ketika sedang Imam Al-Ghazali menulis kitab, tiba-tiba datang seekor lalat lalu hinggap di mangkuk dakwat pen ulama tersebut. Lalat tersebut kemudian menghisapnya. Imam Al-Ghazali membiarkan sahaja lalat yang kehausan itu. Lalat juga makhluk Allah yang harus diberikan kasih-sayang, fikir Al-Ghazali.


Beberapa hari selepas imam Al-Ghazali meninggal dunia, sahabatnya telah bermimpi berjumpa dengan beliau. Dalam mimpi itu sahabatnya bertanya, “Wajah Hujattul Islam, apa yang telah diperbuat Allah kepadamu?

Al-Ghazali menjawab, “Allah telah menempatkan ku ditempat yang paling baik.” Lantas sahabat itu bertanya “Mengapa engkau ditempatkan Allah di tempat yang paling baik? Adakah kerana kealiman mu dan banyaknya kitab yang engkau tulis?

Al-Ghazali menjawab, “Tidak… Allah memberi ku tempat yang baik kerana semasa aku menulis, aku pernah memberikan kesempatan kepada seekor lalat yang sedang kehausan untuk meminum tinta ku. Aku lakukan itu kerana aku sayangkan makhluk Allah.”

Oleh itu, jangan remehkan sebuah kebaikan walaupun kecil. 

Thursday, January 08, 2015

Apa sumbangan kita untuk agama


Pagi ni ada orang share di fb mengenai kisah seorang budak kecil yang menyusun kasut di sebuah masjid. Nampak macam usaha yang kecil tapi kebaikan dan ganjarannya amat besar di sisi Allah. 

Untuk masuk syurga Allah, syarat utama adalah mendapat rahmat Allah. Bukan amal kita kerana amal kita tak cukup untuk bawa kita ke syurga. Sebab itu jangan remehkan kebaikan-kebaikan kecil kerana mungkin ia adalah salah satu sebab atau punca kita mendapat rahmat Allah dah menjadi sebab & asbab kita masuk syurga. 

Ada orang yang masuk syurga kerana memberi minum pada seekor anjing.

Sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah radhiallahu 'anh bahawa baginda bersabda:

''Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu. "
[Shahih al-Bukhari – no:3467]

Dan disebabkan kesalahan atau dosa yang kita anggap remeh juga boleh menyebabkan kita masuk neraka. Nauzubillah

Rasulullah S.A.W. bersabda, ''Seorang wanita memasuki neraka disebabkan seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan mahupun membebaskannya untuk makan serangga di tanah."
[Shahih al-Bukhari – no:3318]

Wednesday, January 07, 2015

Resepi Ayam Kampung Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan

ayam
Gambar dari internet. 
Assalamua'laikum wbt
Ok untuk hari ni aku nak share satu resepi yang memang marvellous. Sedap angat sehingga menggigit jari jemari. Wahh dapat imagine tak. Dulu aku tak suka sangat pun, lepas try yang version negeri sembilan..wahh memang sedap la. Walaupun high kolestrol. Dan jadi makanan feveret aku la ni. 
Bahan-bahannya:
Ayam kampung
Santan pekat
Cili Padi (mengikut tahap kesukaan pedas)
Kunyit hidup 
Daun kunyit
Serai
Asam keping
Garam

Cara memasak:
1. Blend cili padi, kunyit hidup dan serai sehingga hancur.
2. Gaulkan bahan yang telah diblend bersama ayam dan masak di atas api sehingga air ayam kering. (jangan masukkan santan). 
3. Bila ayam dah kering, masukkan santan cair. Biarkan sehingga ayam masak. Masukkan asam keping dan garam. 
4. Masukkan santan pekat dan daun kunyit.  Bila agak-agak kuah mendidih, tutup api. 
***Kuah perlu di kacau sentiasa agar tidak berketul. 

Malaikai bersama orang-orang yang sabar

Assalamua'laikum wbt


Ha...cakap memang senang. Tapi untuk laksana belum tentu semua orang mampu. Dan percayalah setiap yang berlaku pada diri kita, Allah dah tetapkan. Dan setiap ketetapan Allah, itu adalah yang terbaik. 

Kadang-kadang di organisasi kita, ada yang lebih layak dilantik menjadi ketua, tapi peliks bos pilih si fulan si fulan yang jadi ketua. Di pandangan mata kasar kita, ada org lain lagi layak.

Tapi itulah ketentuan Ilahi. Allah sebaik-baik perancang. Mungkin ada kebaikan si fulan yang kita tak tahu. 

Dalam meting, memang ramai yang suka bersuara. Alhamdulillah sebab ramai suka bagi pendapat. Tapi sayangnya, kadang-kadang kata-kata kita seakan-akan rasa kita yang terbaik. Tuding jari pada orang atau kadangkala tanpa sedar ayat-ayat manis kita menjatuhkan kengkawan sendiri. 

Em...bukankah lebih baik diam. Bercakap bila perlu. Masa zaman Rasulullah SAW, ada satu kisah dimana ada seorang lelaki mencaci orang lain...

...............................

Dari Abu Hurairah r.a. .meriwayatkan bahawa, satu ketika seorang lelaki sedang mencerca Saidina Abu Bakar r.a. sedang Nabi saw duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Saidina Abu Bakar r.a. dan Nabi saw terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi saw tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a. menjawab cacian itu. Mendengarkan akan jawapan itu, Nabi saw bangun, lalu meninggalkannya. Abu Bakar r.a. menyusul Nabi saw di belakang dan berkata, “Ya Rasulullah saw, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampak marah dan bangun”.
Nabi saw menjawab, “Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihak kamu, tetapi apabila kamu menjawab semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan, oleh kerana itu aku meninggalkan kamu”. (Hadis Riwayat Ahmad)

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar”. 
(Surah Al-Anfal, ayat : 46)

Monday, January 05, 2015

Husnuzon

Assalamua'laikum wbt


Husnuzon adalah bersangka baik. Iaitu bersangka baik kepada orang lain. Atau dalam erti kata lain think positif. Nampak mudah tapi hakikatnya sangat susah dipraktiskan. 

Saidina Umar bin Al-Khattab r.a.telah berkata : “Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik.”

Beberapa bulan lepas, aku & husband serta anak-anak on da way balik kampung terchinta di perak nun. Hajat untuk menjenguk mak di kampung. Masa on da way, kami singgah di sebuah bank Islam di Senawang. 

Masa kami berenti nak amek duit, tetiba ada seseorang hamba Allah (lelaki) sedang duduk di depan bank. Lelaki ni berkopiah. So, macam biasa walaupun aku dah tertengok dia, aku buat-buat tak nampak. Sebab kalau ikutkan gaya dia, nampak macam dia sedang menjual sesuatu. Selalunya time dapat gaji memang ramai penjual tunggu depan bank. Then akan promote supaya beli barang macam buku-buku agama atau orang mintak sumbangan rumah anak yatim atau pembinaan masjid. 

Dalam buat-buat tak nampak, aku tertengok dia. Dan dia senyum ikhlas kat aku. Haa...aku pun senyum nipis je. Dalam hati dah agak..mesti pas ni dia akan datang promote suh aku beli barang. Waduh...camne nk wat ni. Susah nak larik ni. 

Pas selesai urusan aku, aku kuar dari bank. Dia cuma senyum memandang orang-orang di sekeliling. Langsung tidak memaksa sesiapa pun beli. Peliks jugak tuh. Selalunya mesti di promosi. So aku wat taktau je. Dari apa yang aku nampak die jual keropok goreng. Adala dalam 3 ke 4 bungkus. 

Bila aku dah masuk kereta, husband aku tanya " nampak tak budak lelaki yang duk depan bank tu"
Aku cakap " nampak... dia jual keropok".
"Perasan tak kat tangan dia pegang apa"
Aku pun tengok kat tangan dia. Rupa-rupanya disebalik tangan dia...die sedang pegang tasbih. Dan mulut die terkumat-kamit baca zikir. Allahuakbar. Patut la sejuk je muka dia. 

Dalam pada kiteorang duk perhati dia, ramai je orang yang datang beli keropok dengan dia walaupun dia tak promosi or paksa orang beli. Dia just duduk di depan bank. 

Rasa insaf. Hanya berzikir. Rezeki tu milik Allah. Dan bersangka baik lah dengan semua manusia. 

Saturday, January 03, 2015

Bila Malaikat Maut Menjemput

Assalamua'laikum wbt

Bila ajal datang menjemput, tidak akan lewat walau sesaat dan tidak akan cepat walau sedetik. 

Baru-baru ni aku dapat berita kawan kepada adik ipar aku koma. Koma yang tiba-tiba.  Bermula ceritanya dia tengah happy tengok tv dgn suami & anaknya. Kemudian die pergi ke toilet. Apabila keluar tandas, tiba-tiba dia sakit kepala dan terus pengsan. Kemudian suami beliau menghantar dia ke hospital. Dan doktor mengesah beliau koma dan mengalami pendarahan dalam otak. Salur darah otak beliau pecah. Nauzubillah. Hanya Allah je tau. Besarnya kuasa Allah. 

Dan beberapa hari selepas tu beliau telah meninggal dunia. Allahuakbar!

Apa yang menginsafkan kita adalah beliau meninggal dunia tanpa sebarang sakit. Kematian yang mengejut tanpa sakit dan tanda-tanda.Dan di usia yang muda iaitu 26 tahun. Dan yang paling menyedihkan beliau tinggalkan seorang anak berusia 3 bulan. Benarlah kata Rasulullah SAW, apabila matinya anak adam hanya amal yang akan kita bawa. Segala harta benda dan anak pinak semua akan tinggal. 

Aku tak dapat bayangkan bagaimana klo Allah menjemput aku sekrang. Macamana nak jawab soalan mungkar dan nangkir. Bagaimana rasanya di dalam kubur? Bagaimana nak menghadapi siksaan kubur? Bolehkah kita terlepas dari siksa kubur? 

Kalau nak kira amalan memang tak cukup. Solat wajib pun ala kadar. Kadang-kadang dihujung waktu. Solat sunat boleh kira. Sedekah jarang-jarang sekali. Zikir pun kadang-kadang bila rajin. Tapi banyak yang tak rajin. huhuhu Layak ke nak masuk syurga. CUma mengharapkan belas ihsan dan kasih sayang serta rahmat Allah untuk membawa kita ke syurgaNya. Amin. 

Kadang-kadang yang menakutkan kita bila dosa melebih pahala. Takut-takut walau sebanyak mana pun pahala kita buat, tapi akhirnya hilang sebab dosa mengumpat, menghina orang atau buka aib orang. Nauzubillah. 

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka.
  • Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
  • Membaca al-Quran sehingga menitis air mata.
  • Memandang wajah ibu yang sedar tidur atau sedar sehingga berlinang air mata.
Adakah kita ada salah satu ciri di atas? Kalau tak de...musahabah la diri... 

Friday, January 02, 2015

Di sebalik Kisah Ultraman & Raksasa


Seminggu aku ngn suami bercuti di rumah. Menghabiskan masa bersama ilham dan irdina. Melayan kerenah dan bergusti ngn anak-anak. Dan hari ni kembali bekerja. Malasnya rasa nak memulakan hari pertama bekerja. Nak set kan semula jadual dan masa. Masa bangun pagi, iron baju dan mengepam.

Semenjak dua menjak ni ilham suka sangat menjadikan aku raksasa. So dia jadi ultraman. So, apa lagi mama menjadi mangsa gigitan dan gustinya. Haa bayangkan digusti dan digigit oleh seorang anak lelaki yang seberat 13 kg. Dulu aku memang kuat melenting. Marah. Tapi akhirnya aku tak dapat apa pun. Hanya dapat kepuasan lepas tu menyesal sebab marah anak. 

Bila ilham kena marah, dia akan diam. Termenung. Sedih. Air mata bergenang. Menangis diam-diam. Dia akan duduk diam terbaring. Tak bergerak-gerak. Sedih gile tengok!

Aku akhirnya yang sedih balik. Akhirnya aku g pujuk dia. G peluk dan cium dia...then baru dia ok. Lepas tu selepas beberapa kali menyesali perbuatan aku, baru aku berubah. Tapi tak sepenuhnya. kadang-kadang termarah jugak. bila fikir-fikir balik, baru aku tersedar. Dah la 9 jam kat rumah pengasuh. Pastu bila balik rumah kena marah dengan mama & papa. Kesiannya. Dia baru je nak bermanja dengan kami. Ntah-ntah kat rumah pengasuh pun kena marah. Akhirnya aku insaf. 

Sekrang ilham masih meneruskan kerjayanya sebagai ultraman. Dan aku menjadi raksasa. Tapi sekrang aku ada cara lain. Bila ilham mula nak jadi ultraman dan mula meneruskan misi menggigit dan bergusti, aku akan peluk dia kuat-kuat. Biar ultraman rasakan penangan pelukan dan ciuman seorang raksasa. Aku peluk sampai dia gelak dan lama-lama. Lepas tu ilham gelak dan dia cool. Dan yang bestnya dia dah tak gigit dan gusti aku lagi. Wah... idea yang berjaya. Alhamdulillah. Tapi kadang-kadang termarah jugak. Sabarlah dalam mendidik anak, sesungguhnya anak adalah amanah Allah. 


Mana ada mak ayah yang tak sayang anak. Cuma kadang-kadang kita selalu termarah. Kalau husband aku marah, aku selalu cakap "abang jangan marah anak. Dia tak faham pape pun". Padahal aku pun selalu marah anak.huhu 
Dan bila aku marah, husband aku akan cakap " Tak yah la marah...sian dia"... Mungkin Itulah guna suami dan isteri. Bila suami marah..isteri akan pujuk suami . Bila isteri marah..suami akan pujuk isteri. Barulah lengkap melengkapi. Mana boleh dua-dua marah...nanti anak-anak akan jadi mangsa. 


Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28):

Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan

 dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.

Disebalik Musibah Banjir

Assalamua'laikum wbt


Alhamdulillah banjir makin surut. Matahari sudah makin menampakkan cahayanya. Kalau dulu musim panas, kita reramai solat hajat agar Allah menurunkan hujan. Kini Allah turunkan hujan. Kini jugak kita reramai solat hajat mohon Allah hentikan hujan. Kita manusia memang tak pernah bersyukur.

Tapi turunnya hujan bersama rahmat Allah. Dan datang banjir juga bersama rahmat Allah. Macam-macam rahmat Allah disebalik musibah. 

Disebabkan banjir, berapa ramai umat islam kat malaysia keluarkan duit bersedekah. Ada yang sumbangkan duit, baju-baju, susu, beras dan macam-macam lagi. Dan yang paling bagus ada yang sumbangkan tenaga. Tengok..bertapa besarnya rahmat Allah. Malah ada yang tak mampu nak sumbangkan harta dan tenaga, boleh sumbangkan dengan share kat fb atau forward mesej pada kengkawan. Rupa-rupanya disebalik musibah, Allah ingin anugerahkan kita pahala. Pahala bersedekah.. Selagimana kita memudahkan urusan orang lain..maka Allah memudahkan urusan kita. Amin

Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat. 
Dan Allah mendatangkan musibah adalah untuk menguji keimanan kita. So, sesiapa yang sabar dan redha dengan ujian tersebut..in sya Allah pahala & rahmat Allah menantinya di akhirat kelak. 
Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabut : “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja hidup senang-lenang) mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka belum lagi diuji ?” (Al-Ankabut : 2)
Musibah banjir ni, adalah ujian untuk semua orang. semua umat Islam. Bukan sahaja orang yang ditimpa bajir. Allah uji yang ditimpa banjir dengan kerosakan rumah, kehilangan harta benda. Dan Allah juga kita sama ada kita sanggup membantu mereka atau tidak. Adakah kita sanggup keluarkan harta benda kita untuk mereka. Tapi sayangnya, ada yang mengambil kesempatan atas musibah banjir ni. Ada yang curi kereta, curi peti ais, pecah masuk rumah orang. Aduh... 

Thursday, January 01, 2015

Layakkah Kita Ke Syurga Nya

Assalamua'laikum wbt
Alhamdulillah kita diberi kesempatan untuk hidup dan bernafas dibumi Allah. Masih mampu untuk solat, berzikir dan bersedekah untuk bekalan akhirat.

Tapi cukupkah amalan yang kita lakukan untuk membawa kita ke syurga.

Allah dah bagi kita 24jam sehari. Tapi berapa jam yang kita guna untuk mengingatti Dia? Berapa jam yang kita guna untuk beribadat kepada DIA?

Sehari kita cuma solat 5 waktu sehari semalam. Andaikan kita solat cuma 10 minit setiap waktu,
So, 5 solat x 10 minit = 50 minit.

Ya Allah,hanya 50 minit saja yang kita guna untuk mengingati Allah, Lagi 23 jam kita guna untuk dunia. Untuk diri sendiri.Untuk hiburan. Untuk manusia lain. Kejamnya kita. Tapi Allah sentiasa bagi nikmat pada kita.Nikmat bahagia..gembira..kesihatan...kerja yang bagus

Berapa umur kita sekarang? Andai umur kita 32 tahun ...dah berapa banyak dah kita beribadah pada Allah... dah berapa banyak dosa kita? huhu adakah dosa melebihi amal ibadat kita?

start umur berapa kita start solat penuh? Alhamdulillah kalau kita start solat since sekolah rendah. Tapi macamana kalau kita baru start solat ..tu pun yang wajib selalu tertinggal.. belum kira ,kita yang solat diujung waktu...

Katakan lah kita start solat umur 12 tahun (darjah 6). So tempoh solat kita adalah (32 tahun - 12 tahun = 20 tahun). 20 taun adalah anggaran waktu solat penuh kita.

20 tahun x 5solat x 10 minit = 1000 minit
1000minit = 16.7 jam. ~ 17 jam

Ha... bayangkan dari kta lahir sampai umr kita32 tahun,hanya17 jam kita memperhambakan diri pada Allah. Allah bagi kita 32 tahun hidup.. 

1 tahun = 365 hari = 8760 jam  = 525600 minit

32 tahun =11680 hari = 280320 jam = 16819200 minit

Allah telah bagi masa pada kita selama 280320 jam di dunia, tapi hanya 17 jam kita guna untuk ingat pada Dia. untuk sujud pada Dia.

Layakkah kita masuk syurga? Tepuk dada...tanya diri sendri....Hnya rahmat Allah yang membawa kita ke syurga. 

Pernah saya terbaca satu perkongsian yang dishare oleh seseorang di fb : mudahnya menjemput rezeki ,die memperuntukkan setiapsolat selama1jam untuk beribadat pada Allah (solat,zikir,doa & membaca al-qur'an)

5 solat fardhu (1 jam x 5 = 5 jam) + 1 jam Dhuha + 1 jam tahajud x 1 jam = 7 jam

Dia peruntukkan 7 jam untk Allah. Bgus sesangat. 
Kita boleh bekerja untukmanusia selama 8jam sehari,so kenapa kita tak boleh bekerja untuk Allah 7 jam sehari.Kita adalah hamba Allah. Bukan Hamba manusia. 

So kesempatan yang ada,jom perbaiki amal.moga dengan rahmat Allah kita dapat masuk syurga.

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...