Wednesday, December 24, 2014

Tanam pokok di Syurga


Sayyidina Abdullah bin Abbas berkata Rasulullah SAW bersabda, sesiapa yang membaca "Subhanallah walhamdulillah walailahaillah wallahuakhbar" akan ditanam baginya 1 pokok di syurga sebagai ganjaran bagi setiap kalimah tersebut

Monday, December 22, 2014

Fatin Liyana terima Anugerah Tokoh Srikandi GPMS


Assalamua'laikum wbt

Tahniah sesangat pada Fatin Liyana...sebab di usia yang masih muda telah berjaya menerima Anugerah Khas Tokoh Srikadin GPMS. Sangat kagum dengan beliau. Nikmat Allah yang mana hendak didustakan. Semoga beliau sentiasa berjaya dan menjadi inspirasi semua umat islam dalam mengejar kejayaan di akhirat. Amin. 

Dan berita terkini yang dapat tau, fatin liyana dah bertunang dengan Dr anwar Fazal.... Wish u Luck.



gambar-gambar ni adalah dari blog hazanis... thanks.. 


Jom Amalkan...

Assalamua'laikum wbt


Di kesempatan yang ada jom amalkan..

1.(لاَ إِلَهَ إِلَّاالله) 50)  Kalimah tauhid -50x 
2. Surah al-ikhlas 20 x sehari
3. Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 50x sehari
3. Istigfar 100x sehari
4. "Subhanallah,wabihamdihi"  100 x sehari
5. "subhaanallaahil ‘azhiim "100 x sehari 
6. laa haula wa laa quwwata illa billah" 20 x sehari
7. Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar  


Wednesday, December 17, 2014

Amalan Mencari Redha Allah


1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan - Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk. 


2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya. 



3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya. 



4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran. 



5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu. 



6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan. 



7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu. 



8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad. 



9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain. 



10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi 



11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain. 



12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan 



13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh PARA nabi 



14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh 



15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud. 



16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah 



17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum 



18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu 



19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman 



20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana 



21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung 



22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari 



23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah 



24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan - Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah 



25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA 



26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) - Bukhari 



27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH 



28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur 



29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan 



30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) - Bukhari 



31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW 



32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) - Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh 



33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari 



34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali - Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari 



35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) - bukhari 



36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang 



37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) - Abu Dawud 



38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya 



39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Abu Naim 



40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya - Bukhari 



41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya 



42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya - Muttafaq Alaih 



43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih 



44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain 



45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH - Abu dawud 



46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya 



47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali - Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar 



48. Menurut PARA ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib 



49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami 



50. PARA ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

7 Pesanan Rasulullah SAW

Assalamua'laikum wbt



1. Sayangi & cintai orang-orang miskin. Rasulullah Saw berpesan supaya mengambil tahu hal orang miskin, makan bersama-sama orang miskin. Belanja mereka makan. Apabila duduk bersama orang-orang miskin, rendahkan diri. 


2. Sentiasa melihat orang-orang dibawah dan tidak melihat orang di atas. Maka hati kita akan lebih tenang. Jika kita sentiasa memerhati orang yang lebih atas dari kita, hati kita tidak akan tenang. Jiwa akan resah. 
Bila kita melihat orang kaya, kita susah hati. Bila kita melihat orang shopping, kita susah hati sebab takde duit. Tapi bila kita tengok orang ya


3. Jangan belajar meminta dari manusia.  Walaupun perkara-perkara kecil. Percayalah dengan rezeki Allah pada kita. Percaya dengan pertolongan Allah. Saidina Ali tidak pernah meminta. Nabi Muhammad SAW sangat melarang kita dari meminta minta. 

4. Sentiasa menghubungkan silaturrahim sesama manusia. Dengan adik beradik, mak ayah, keluarga mertua dan kawan-kawan. 

5. Sentiasa dan mesti bercakap benar walaupun pahit. Walaupun akan membinasakan diri. 

6. Lakukan & laksanakan apa yang Islam suruh. Jangan takut dengan apa yang manusia kata. Jangan takut dengan hinaan manusia. Yang penting lakukan apa yang Allah suruh. 

7. Banyakkan berzikir لا حول ولا قوة إلا بالله . Zikir sebanyak yang boleh, setiap masa dan setiap saat. Zikir ini boleh mengubati 99 jenis penyakit. Penyakit yang paling ringan adalah susah hati atau gelisah atau risau. 

Tuesday, December 16, 2014

Hari ini...

Assalamua'laikum wbt


Hari ni, ramai yang solat, tapi masih melakukan dosa & maksiat...
Hari ni, ramai yang pakai tudung, tapi masih membuka aurat...
Hari ni, ramai yang berqiamullail, tapi masih mengumpat, mengadu domba, & menceritakan aib orang
Hari ni, ramai yang lidahnya berzikir, tapi lidahnya masih fasih lancar menyakiti hati suami, ibu, adik beradik dan jiran-jiran...
Hari ni, ramai yang bersedekah, tapi masih heboh bercerita di facebook
Hari ni, ramai yang nak masuk syurga, tapi masih leka mengejar dunia... 

janganlah kita disibukkan dengan dunia. Janganlah kita muflis di akhirat... Ya Allah terimalah amal kami. Amin.

khutbah terakhir Rasulullah SAW






Friday, December 12, 2014

Tips Membina Rumah di Syurga

Assalamua'laikum wbt


Sejak akhir akhir ni, ramai orang disekeliling aku bercerita pasal emas. Beli emas, lepas tu simpan. Aset! Kata diorang la. Aku yang jahil ni pun tanya 
"Simpan untuk apa?" 
Lepas tu diorng jawab " Simpan lepas tu bila harga dah naik...jual"...Untung berganda-ganda..
oooo camtu ek... AKu yang tak mampu ni cuma tersengih-sengih je la. 

Beberapa hari sebelum ni, ada beberapa orang berbincang pasal nak beli rumah.  Beli rumah sewa. Sebagai aset. Kalau ikutkan setahu aku, dia dah ada rumah. Tapi sekrang beli lagi. Dah hampir 2,3 biji rumah agaknya. Bukan tu sahaja, tanah pun beli. Simpan sebagai aset untuk masa depan. Kagumnya aku.

Tetiba aku pun rasa susah hati. Aku tak der aset pun nak simpan. Rumah, tanah... semua tak de. Duit simpanan lagi la takde. Huhu... fikir punya fikir..memang rasa susah hati plak. Mana nak cari duit lebih ni. Huhuhu

Pujuk diri sendiri. Hehehe Sebagai manusia memang kita dicipta dengan fitrah nafsu untuk jadi kaya. Nak rumah besar. Selalu impikan rumah besar, kereta besar. Lepas tu duduk goyang kaki, duit masuk setiap bulan. Best angat kan. Tapi realitinya itu bukanlah hakikat sebenar. untuk hidup senang kena berusaha. Tapi bila simpan duit banyak, kereta banyak, rumah banyak...last-last mati awal.... tinggallah semua. Yang jadi bekalan bersama-sama kita yang akan kita bawa masuk dalam liang lahad cuma amalan & kebaikan. 

Jadi, dalam sibuk mengejar kebahagian dunia, jangan lupa bina aset di syurga. Bina rumah banyak-banyak disyurga. Agar hidup kita disana kaya raya. Mudah dan senang. Hati pun tenang. Hanya bermodalkan telekung dan sejadah sahaja. 

Tips/ Teknik bina rumah disyurga. 

1. Solat sunat 12 rakaat setiap hari.h. 

2. Membaca surah Al-Ikhlas 10 kali. 

3. Banyakkan berzikir.

4. Membina masjid. 

5. Mengunjungi orang sakit


Wednesday, December 10, 2014

KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW



Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."


Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-Lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi."

Tuesday, December 09, 2014

AMALAN SELEPAS SOLAT




Dari Tsauban, "Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selesai solat, baginda beristighfar tiga kali." (HR Muslim, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmidz, Nasa’i). 
Al-Walid radhiallahu’anh berkata, aku bertanya kepada al-Auza’i: Bagaimana lafaz istighfar baginda ? Dia menjawab: اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُالله، اَسْتَغْفِرُاللهَ. "Astaghfirullah, Astaghfirullah, Astaghfirullah." (HR. Muslim, Tirmidzi, Abu Daud)

 Tsauban r.a meriwayatkan: “Biasanya Rasulullah apabila telah selesai solat akan mengucapkan أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ"astaghfirullah" tiga kali, kemudian mengucapkan "اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ. "Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.”- (HR Muslim)

Uqbah bin Amir meriwayatkan: “Rasulullah telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) selepas setiap solat fardu.” (HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Siapa yang membaca selepas habis solat,Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahu Akbar 33 kali, lalu untuk mencukupkan bilangan seratus dengan membaca "Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariika lahu, lahul-mulku walahul-hamdu wahuwa 'alaa kulli syai'in qadir" maka akan diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih air laut." (HR Muslim)

Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Sesiapa membaca ayat kursi selepas setiap solat fardu, tidak ada yang menghalangnya dari masuk syurga selain kematian.” (HR Thabrani no.7532)

1000 Kebajikan Setiap Hari


Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam pernah bersabda, "Sanggupkah kalian mengerjakan seribu kebajikan setiap hari ?" Maka bertanya salah seorang, "Bagaimana caranya kami mengerjakan seribu kebajikan setiap hari itu ?" Baginda menjawab, "Bacalah tasbih (menyebut Subhanallah) seratus kali, nescaya Allah Taala mencatat bagi kamu seribu kebajikan atau dihapus daripadanya seribu kesalahan." (HR. Muslim)

Monday, December 08, 2014

Tanda Hidup Penuh Dosa

Assalamua'laikum wbt

Nak share untuk kengkawan. Semoga dapat muhasabah diri.

Dua tanda hidup kita penuh dosa..
1. Rasa berat untuk puasa sunat
2. Susah nak bangun tahajjud. SOlat malam..

Kalau ada kedua-dua tanda tu..jom sama sama bersih kan dri. Perbanyakkan amal ibadah. Banyakkan puasa sunat & solat tahajjud.

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...