Friday, October 31, 2014

Kisah Pertolongan Dari Allah


Assalamua'laikum wbt


Tadi kite orang buat majlis perpisahan untuk shahrul dan daus. Ofismate yang bakal meninggalkan kolej dan berhijrah ke tempat baru. Sebenarnya majlis ni idea husband aku. Aku pun rasa ia satu idea baik. Lagipun team elektrik dah lama tak buat makan-makan. Kadang-kadang PROGRAM camni sangat bagus untuk eratkan silaturrahim... 

Petang semalam aku bincang ngn kmas, liaw n mimi. tanya pendapat diorng. Semua setuju dan terima kasih sebab atas sumbangan idea.. Ha...aku ni tak bijak..pastu pelupa pastu memang sangat tak yakin dengan diri sendiri. So setiap apa yang aku buat memang aku sangat perlukan sokongan dan pendapat kengkawan. Tapi peliks kan kenapa aku dipilih tuk jadi ketua.. huhuh mungkin ada hikmah disebalikknya. Allah sebaik-baik perancang.

Asalnya aku nak guna duit kelab je. Tapi dah namanya rezeki, memang dapat free (ada orang sponsor....siapa yang sponsor ..biarlah rahsia..biar Allah je tau). KFC dan Dominos pizza free untuk 20 orang. Allah je dapat balas budi baik kalian. Memang kalau Allah nak permudahkan, memang urusan kita akan jadi sangat mudah kan. Terima Kasih Allah. Dan kalau Allah murahkan rezeki...memang senang sesangat.

Pagi tadi baru nak beli semua barang. Hadiah pun tak beli lagi. Sebenarnya aku agak cuak jugak..takut kelam kabut dan tak jadi lak majlis. Dalam hati aku berdoa sesangat moga Allah tolong dan permudahkan. 

Selalu pagi-pagi lepas breakfast, aku akan pergi surau pam susu. Kat surau ramai staf pompuan akan solat dhuha dan ada yang sambung baca Qur'an. Ha...aku pun lama-lama join solat dhuha. So, pagi tadi kelam kabut. Rasa macam tak nak solat dhuha. Sebab nak uruskan majlis. Tapi teringat tazkirah dari ustaz sabri pagi tadi. Lepas baca Yasin ada tazkirah ringkas. Ustaz kata, bila kita dahulukan urusan agama, In sya Allah , Allah akan permudahkan segala urusan. Yang susah jadi senang. Ustaz kata, majlis yassin dan tazkirah ambil masa sejam. Mungkin ada yang pilih untuk duduk di pejabat buat kerja-kerja ofis. Dan ada yang pilih masa sejam tu untuk hadir majlis bacaan yassin dan tazkirah. Dengan keberkatan bacaan yassin dan tazkirah tu...in sya Allah, Allah akan permudahkan segala urusan sesiapa yang pilih majlis agama. Apa yang dia buat jadi berkat. Percayalah...

Bile teringat kata-kata ustaz tu...aku trus  g  solat dhuha. Mana tau dengan berkat dhuha..yang susah jadi mudah... Allah tolong kita. Lepas dhuha tu, aku ingat nak trus kuar je g beli hadiah dan makanan... Malas nak pam susu dan baca al-mathurat. Tibe-tibe hidayah Allah datang..teringat tazkirah ustaz pagi tadi. Maybe dengan bacaan Al-mathurat ..Allah tolong aku. Percaya dan yakin dengan kuasa Allah. So aku sambung baca Al-Mathurat sambil pam susu.

10 lbh baru aku kuar dari surau. Kelam kabut sikit. Aku cari kmas ngn mimi. Kmas kelam kabut nak g meting. mimi pulak takde. Last-last aku kol husband ajak dia g beli hadiah. 1030 dah time tu... majlis kul 1130. Lagi sejam! Hadiah tak beli lagi. Kfc pun tak beli lagi...

Kami berdesut kereta g kedai buku kat serting. Sampai je tengok pintu kedai tu bukak sikit jek. Dalam hati..kedai ni tak bukak lagi ke. Tapi tanpa rasa malu aku ngn husband masuk tanya owner kedai tu..." abg..kedai dah bukak ke"
Abg tu jawab... " Nak beli buku ke..masuk la"...
Masa kami dok pilih buku...abg tu cakap..." sebenarnya kedai saya tutup hari ni... tapi saya datang kejap sebab ada keje nak buat"...

Ya Allah....nampak sangat Allah permudahkan urusan kami. Imagine kalau kedai tu tutup . Kat mana saya nak cari kedai buku. Kat bahau ni...situlah satu-satunya kedai buku yang jual buku islamik.

Lepas bayar..kami berdesup g bahau nak beli kfc. Masa on da way tu...ada sorang kawan saya kol..tanya saya kat mana. 

saya tanya "kenapa?"
tau tak dia jawab ape.. " Azah...beli domino pizza..4 keping extra large..saya sponsor"...
dalam hati saya..."alhamdulillah..."
Bertalu-talu Allah permudahkan urusan saya. Hasil solat dhuha dan al-mathurat.

Bukan tu je...ada sorang kawan saya pun call bagitau....ada orang sponsor KFC dengan harga RM100. 
Ha...amek... KFC disponsor.... Then kawan saya kata..."kalau lebih dari rm100 kena tambah duit"...
Bagi saya RM100 tu dah cukup banyak. 

Dalam hati sesangat bersyukur. Kemudian kami sampai kat bahau. Bahau ni pekan kecik je. Dan bahau ni ada satu selekoh yang berbentuk u, kalau nak pergi kfc dan dominos...Dan macam biasa saya ngn husband memang selalu tak pakai sit-belt. Memang jarang sesangat kalau setakat jalan dekat-dekat ni. Masa kami sampai kt selekoh..tiba-tiba ada JPJ tengah buat ro-blok. Ya Allah..kelam kabut pakai tali pinggang.  Time tu la nak tarik sit -belt dan time tu jugak sit-belt tersangkut. Jarak kami ngn JPJ tu lebih kurang 2 meter je. Hah memang dekat. Kalau dia tengok ..memang nampak kami tak pakai sit-belt. Tapi memang Allah tolong kami, JPJ tak tahan pun kami. Malah tak tengok pun. Kami lalu seolah-olah tanpa ada sekatan jalan raya. 

Masa on da way nak balik ofis... saya risau sebab meja , kerusi semua tak susun... Tak setup pun. Akhirnya dapat mesej bertubi-tubi dari kengkawan yang nak menghulurkan pertolongan. Saya just taip... tolong susunkan pape yang patut. Dan alhamdulillah..bila sampai je..semua dah settle. Ramai kengkawan yang hadir walaupun diberitahu last minute... Tau tak..tetiba lak time tu pengarah duduk kat depan bilik yang kami nak buat majlis. So.. mase tu jugak kami invite pengarah. Pengarah kami ni sangat la baik..sampai tak tau nak describe camne,.. Memang rezki kan..Allah dah rancang sebaik-baiknye untuk kami... 

Tak tau nak describe macamana..betapa Allah permudahkan urusan kami. Mungkin hikmahnya mendulukan urusan agama dari urusan dunia. Dan juga hikmahnya solat Dhuha dan Al-mathurat. Dan juga bacaan Yassin. 

Terima kasih sesangat untuk ustaz Sabri di atas tazkirah ringkas yang penuh bermakna. Allah je yg dapat bls jasa ustaz. Pertolongan Allah boleh datang bila-bila dan dimana-mana dalam apa jua bentuk. Yang penting kita dahulukan Allah dalam semua urusan. Bila masuk waktu..terus solat. Tinggalkan segala urusan dunia. Bila kita kejar dunia, dunia akan trus lari tinggalkan kita. Tapi bila kita kejar akhirat, in sya Allah dunia kejar kita. 

Tak rugi pergi majlis bacaan Yassin pagi tadi...

Air tulang belakang

Assalamualaikum wbt

Baru dapat call dari adik. Perkhabaran yang sedih! Baru rasanya beberapa hari lepas dpt berita gembira. Kak ani baru dapat baby. Baby boy. Alhamdulillah. bersalin normal...

Cuma masa memula kak ani bagitau anak dia tak menangis..aku rasa masih cool lagi sebab ilham dulu kuar pun tak menangis. Sebab aku dulu sakit lama sangat..ilham dah lemas sekejap dalam perut. Tapi alhamdulillah ilham sihat walafiat. Cergas & Cerdas sesangat... 

Cumanya hati aku macam risau bila kak ani bagi tau, anak dia 'tarik' dua kali. Istilah tarik ni kalau dalam bahasa sains dia macam sawan la...

Malam tadi aku tepon kak ani berborak tanya khabar dengan dia. Dia kata hari ni die tak tengok lagi baby dia, sebab husband dia tak datang. Die memang tak larat nak naik sorang-sorang. Memang aku faham. Lepas bersalin, kita akan hilang tenaga banyak. Sampai nak bergerak pun tak larat. Ilham dulu pun masa lepas bersalin tak menangis.. So memang kena tahan kat wad baby. So, dua hari lepas tu baru aku dapat tengok baby. Semalam bila die cerita tak da orang datang melawat dia. Aku rasa sedih sangat. Time sakit-sakit camni dok hospital memang kita mengharapkan orang datang melawat. Terumata orang terdekat dengan kta. Mak memang tak dapat nak datang sebab tak de orang nak bawak. Sian kat kak ani. Sedihnya.

Tadi adik call, bagitau perkhabaran sedih. Anak kak ani kena sawan. Then doktor decide nak ambik air tulang belakang. Setau aku, doktor akan ambil air tulang belakang untuk kesan penyakit or kuman or virus. Tapi ibu mana yang tak risau bila doktor nak ambil air tulang belakang. Dah la anak baru berumur 3 hari. Sedihnye...Ya Allah...selamatkanlah anak sedara aku. Panjangkanlah umur dia. Berilah ia kesihatan yang baik. Amin....

Wednesday, October 29, 2014

Ibadah paling mudah

Assalamua'laikum wbt
senyum

Di petang yang hening ni, bertemani titisan-titisan air hujan, aku mengagahi jari jemari untuk menaip sedikit entry utk dipost dalam blog. Dedulu berazam nak post sehari satu entry. Tapi nampaknya azam tinggal azam je. Makin hari, makin kurang post dan makin lama makin kurang update. 

Minggu ni memang agak buzy sesangat...sehinggakan nak minum segelas air pun tak sempat. Hahaha... (poyos je lebih). Minggu depan dah nak start sesi baru untuk pelajar-pelajar. So, tadi berlangsungnya sesi pendaftaran. makanya, semua orang sibuk membuzykan diri sendri melayan para ibu bapa dan juga pelajar-pelajar baru. Dan semangat nak mengajar pun berkobar-kobar...

Haa... sebenarnya ada satu persoalan dibenak aku... Yang meronta-ronta untuk luahkan a.k.a bertanya kepada sesiapa yang sudi membaca coretan diblog ni. 

Susah kah untuk kita melontarkan senyuman pada seseorang? 
atau ayat mudahnya...
Senyum lah sikit bila jumpa orang...

Senyum tu mudah sangat kan. Dan senyum tu lah sedekah yang paling mudah. Jumpa makcik tepi jalan, senyum! Jumpa keng kawan, senyum! Even jumpa orang tak kenal pun kita boleh senyum. Senang-senang dapat pahala free.

Tapi, itulah yang selalu kita tak buat. Walaupun senyum tu mudah, tapi berapa ramai yang mengaplikasikan senyum tu. Asal jumpa je, muka masam. Asal jumpa je, muka serius! Kita yang tengok pun rasa peliks.

Kadang-kadang selisih dengan kawan ofis pun tak senyum. Pastu buat-buat pandang tempat lain. Atau buat-buat tengok handset! Yang paling best, pusing trus jalan lain. 

Pernah tak dalam hidup kita, kita tertanya-tanya ....
kenapalah duit gaji cepat habis ?
Atau
kenapa aku banyak masalah? Masalah tempat kerja...masalah keluarga
atau
Kenapa semua benda yang aku buat asyik tak menjadi?
atau
kenapa aku susah nak naik pangkat ? padahal orang yang tak aktif...pasif..cepat je naik

Jawapannya....
Ada pada diri sendiri....

Allah SWT berfirman..
“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar dari dosa-dosamu.” 
(QS. As Syura, 42 : 30)

Oleh itu, muhasabah la diri sendiri. Jangan rasa diri kita tak pernah buat dosa. Kadang-kadang banyak dosa yang kita buat tanpa kita sedar. 

Pernah suatu hari, seorang kawan saya ditimpa masalah. Masalah yang berat. Kena marah dengan bos. Sebab ada kawan lain mengadu mengenai dia pada bos. Kemudian dia tanya pada kami... 
" kenapa orang buat dia macam ni?..apa salah dia"
Kami cuma diam.... 
Teringat kisah dia 6 tahun lepas. Ada seorang staf bagitau, kawan saya ni pernah bercerita kepada pihak lain mengenai aib dia. 7 tahun lepas... 

Dan sekarang apa yang jadi... benda tu berulang pada kawan saya tu...

Nauzubilllah.... Semoga Allah jauhkan kta dari setiap yang buruk. Ambiklah iktibar. Bukan nak memburukkan sesiapa. 




Tuesday, October 28, 2014

Segmen Pencarian Bloglist November Truly Love


Bacalah Al-Qur'an Setiap Hari

Assalamua'laikum wbt


Bacalah Al-Qur'an satu juzuk setiap hari. Sekiranya tidak mampu, bacalah separuh juzuk. Sekiranya tidak mampu juga, bacalah sekadar sehelai muka surat sahaja. Kalau tak mampu juga, MENANGISLAH, pandanglah dan ciumlah al-Quran dan tanyalah kepada diri sendiri

"Ya Allah, apakah dosaku sehingga aku tidak dapat membaca ayat Mu?"

Biar susah sedikit kerana Allah, kerana kekuatan itu bermula apabila kita mula menjaga hubungan dengan Allah.

“Jagalah Allah, niscaya Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, nescaya engkau akan mendapati-Nya ada di depanmu”
(HR. Tirmidzi, beliau menilai hadits ini hasan á¹£ahih) 

Friday, October 24, 2014

Bila ditegur...

Assalamua'laikum wbt

wanita solehah

Dalam kehidupan seharian, kita memang tak lepas dari membuat kesilapan. Tapi manusia mana yang sanggup menerima kesilapan sendiri?

Siapa yang sanggup mengaku "itu adalah salah saya.."

Bila di herdik, kita senang, tuding jari pada orang..

"Huhh..ni salah dia!"
" Dia yang buat"
" Alaa..dia saja cari salah aku"

Why not dalam sekali dalam hidup kita, kita kata;
" Minta maaf, memang salah saya..."
" Memang kesilapan saya"
Atau
" Terima kasih sebab menegur saya"

Kita memang takkan nampak salah silap diri sendiri. Kita memang akan rasa diri bagus! Perfect! Tapi buruk, baik kita orang sekeliling yang tau..Bila kita ditegur oleh seseorang, tandanya kita perlu berubah. Bukan melenting! Terima dengan hati terbuka. Teguran seseorang bermakna teguran dari Allah. Muhasabah la diri. 

--------------------
Suatu hari, seorang peminum arak menegur sesuatu kepada Sayidina Umar r.a. Beliau dengan berlapang dada menerima teguran tersebut. Orang yang melihat keadaan tersebut berasa agak pelik. Lalu mereka bertanya, “Wahai Amirul Mukminin, kenapa kamu menerima teguran dia, sedangkan dia seorang peminum arak?”

Sayidina Umar menjawab, “Ya, dia berdosa kerana meminum arak, tetapi tegurannya kepadaku adalah benar.”
------------------------

Malah Rasulullah SAW pun pernah ditegur oleh Allah SWT.....


Pada satu hari Abdullah Ibnu Maktum yang cacat perlihatannya telah datang kepada Rasulullah dan berkata, “Berikan pertunjuk kepadaku ya Rasulullah”.
 Pada waktu itu, Rasulullah saw sedang sibuk untuk berdakwah kepada para pemuka Quraisy yang terdiri daripada Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, ‘Amr bin Hisyam (Abu Jahal), Umayyah bin Khalaf dan Al Walid bin Mughirah (ayah Saiyidina Khalid bin Al Walid).
 Rasulullah saw berpaling kepada Abdullah namun tidak memperdulikan pertanyaan Abdullah Ibnu Maktum kerana kesungguhan baginda ingin memberi dakwah kepada lima pemuka Quraisy tersebut.
 Abdullah ibnu Maktum menyedari hal itu lantas bertanya Rasulullah saw, “Adakah ia menggangu tuan?” Rasulullah saw menjawab, “Tidak”.
 Maka, turunlah wahyu ke dalam hati Rasulullah saw saat itu juga bagi memberi peringatan dan teguran Rasulullah berhubung kelakuan baginda terhadap sahabatnya yang bernama Abdullah ibnu Maktum. Selepas saat itu, Rasulullah saw sentiasa mendahulukan Abdullah ibnu Maktum dalam segala hal. Abdullah ibnu Maktum sendiri pernah dilantik menjadi pemangku setelah Rasulullah keluar  berjihad di jalan Allah. Abdullah ibnu Maktum juga dilantik menjadi muazzin selain Bilal bin Rabah. Abdullah ibnu Maktum meninggal dunia setelah syahid di medan peperangan. Moga Allah swt merahmati roh beliau.

Kelebihan Bulan Muharram


Assalamua'laikum wbt

muharram

Bulan Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar hijriah dan juga salah satu dari pada bulan-bulan Haram.Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab.

Nabi shollallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Satu tahun itu ada dua belas bulan. Di antaranya ada empat bulan suci. Tiga bulan berturut-turut iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram. Dan satu bulan lagi adalah Rejab yang terletak antara Jamadil Akhir dan Sya’ban.” (HR Muslim no. 1679)

Umat Islam dilarang berperang dan berbunuhan dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam". (Sahih Muslim) 

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;"Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yangg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun." Riwayat Albazzar 

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim) 

Abdullah Ibnu Abbas ra. mengatakan maksiat yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar dosanya dan amal baik yang dilakukan di bulan haram adalah lebih besar pahalanya. (Tafsir At-Thabari)

Menurut Imam al-Razi RH: Maksud al-haram (samada bulan haram atau tempat haram) ialah maksiat padanya dibalas dengan balasan yang lebih berat, dan ketaatan dibalas dengan pahala yang lebih besar. (al-Razi, jil.16, ms. 53).


Wallahu 'alam.

Thursday, October 23, 2014

Bumi Menjadi Saksi

zikir

Diriwayatkan dari Omar Khadam Gufarah r.a katanya:

"Apabila amal perbuatan manusia diganjari pada hari kiamat maka sebahagian besar dari manusia akan menyesal sambil berkata:

"Alangkah bagusnya jika dahulunya kita memperbanyakkan amalan yang ringan dan mudah sekali iaitu zikir."


Barangsiapa yang mengingati Allah sebanyak-banyaknya di tengah-tengah jalan, di rumah, di dalam safar dan ketika berada di dalam kampung, maka ia akan mempunyai pembela-pembela yang ramai sekali di hari hisab kelak.

Di dalam menerangkan keadaan hari kiamat, Allah S.W.T berfirman:

“Pada hari itu (yakni hari kiamat) bumi menceritakan berita-beritanya."

Baginda Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat:

Mereka menjawab:

"Tidak. Kami tidak tahu, ya Rasulullah s.a.w."

Baginda Rasulullah s.a.w bersabda:

"Pekerjaan-pekerjaan yang dibuat oleh lelaki dan wanita (sama ada pekerjaan yang baik ataupun yang buruk) di permukaan bumi ini, maka bumi akan menceritakan bahawa si fulan pernah melakukan sekian perbuatan di sekian tempat di permukaannya pada sekian masa.

Oleh itu, orang-orang yang berzikir sebanyak-banyaknya di tempat-tempat yang berlainan maka dia akan mempunyai saksi yang banyak di hari hisab nanti." 

Tuesday, October 21, 2014

RESPOND USTAZ KAZIM MENGENAI KEMPEN " I WANT TO TOUCH A DOG"

assalamua'laikum wbt

Isu " i want to touch a dog" makin hangat & panas terutama apabila makin banyak gambar yang dimuat naik adalah wanita-wanita islam yang bertudung. Ada yang siap dukung bawak anak. Kalau ikutkan hati memang nak upload gambar diorng, tapi takut dikatakan membuka aib si pemilik. Biar Allah je yang menentukan. 

i want to touch a dog

Penghuni Syurga Yang Menyesal

Assalamua'laikum wbt

zikir

Muaz Bin Jabal r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: 
"Penghuni syurga tidak akan menyesal (dan tidak akan berdukacita mengenai sesuatu apapun) kecuali masa di dunia yang telah berlalu tanpa zikrullah"

Setelah memasuki syurga apabila ahli-ahli syurga menyaksikan ganjaran yang banyak seumpama gunung yang diperoleh oleh seseorang kerana sebutan nama Tuhan Yang Maha Suci maka jelas terbayang penyesalan yang tidak terhingga kerana kerugian yang ditanggung akibat kurang berusaha untuk berzikrullah. Namun demikian, terdapat juga hamba-hamba Allah yang bertuah yang tidak suka menghabiskan masa di dunia ini tanpa zikrullah.

Hafiz Ibnu Hajar rah. menulis dalam kitabnya al-Munabbihat bahawa Yahya bin Mu'az ar-razi rah. sering berkata dalam munajatnya,

Ya Allah, malam hari tidak enak kecuali dengan bermunajat denganMu.
Dan siang hari tidak enak kecuali dengan mentaatiMu.
Dan dunia ini tidak enak kecuali dengan menyebut namaMu.
Dan akhirat tidak enak kecuali dengan mendapat keampunanMu.
Dan syurga tidak enak kecuali dengan dapat menyaksikanMu.

Monday, October 20, 2014

KEMPEN SENTUH ANJING

Assalamua'laikum wbt


Sedih bila ada penganjur yang menganjurkan "Kempen Sentuh Anjing" @ "I want to touch a dog". Yang Paling menyedihkan ramai orang islam yang hadir dan memeriahkan program tersebut. Saya bukan yang arif pasal agama dan ilmu pun tak cukup untuk berkata apatah lagi bersuara. Tapi pada pendapat saya " apa tujuan buat program macam tu?" Apa faedah untuk agama & diri sendiri.

Acara yang bermula pada jam 8 hingga 10 pagi di Central Park, Bandar Utama itu turut memberi peluang kepada orang ramai yang beragama Islam untuk menyentuh anjing sambil diperhatikan oleh pemilik haiwan berkenaan. Sebelum acara menyentuh anjing bermula, sebuah forum mini oleh penceramah antaranya seorang ustaz, seorang pemandu teksi berbangsa Melayu yang berpengalaman mengendalikan anjing serta doktor haiwan diadakan. Dalam forum tersebut, hadirin diberi peluang untuk bertanyakan pelbagai soalan dan kemusykilan berhubung haiwan tersebut.

Nabi Muhammad saw bersabda, maksudnya: “Sucinya bejana (bekas) salah seorang daripada kamu yang dijilati anjing adalah dengan dibasuh bejana itu tujuh kali dengan air dan pada basuhan pertama dicampur dengan tanah.” (Hadis Riwayat. Muslim, Abu Daud dan Ahmad).


Dalil menunjukkan bahawa anjing dan babi adalah najis berat [Najis Mughallazah]. Oleh itu tidak memadai membasuhnya sebanyak sekali air seperti mana najis-najis yang lain. Bahkan mestilah dibasuh dengan tujuh kali. salah satu basuhannya ialah dengan air tanah. Sebagaimana dalam hadis yang lalu iaitu hadis berkenaan dengan anjing yang menjilat bekas air. Babi diqiaskan kepada anjing (dari segi najisnya) kerana babi lebih buruk keadaannya daripada anjing.

Keadaan yang membolehkan kita sentuh anjing tanpa samak ialah ketika mana dua-dua dalam keadaan kering tapi jika mana salah satu nya basah wajib samak tapi kalau boleh elakkan la sentuh walaupun dalam keadaan kering ini kerana dikhuatiri timbul was-was betulkah ianya betul-betul kering.tapi ini khas utk anjing sahaja kalau khinzir samada basah atau kering wajib samak.


Menurut Prof Dr Yusof al-Qaradhawi dalam bukunya Halal wa Haram fi al-Islam, termasuk yang dilarang oleh Nabi ialah memelihara anjing di dalam rumah tanpa ada sesuatu keperluan. 

Nabi bersabda: "Barangsiapa memelihara anjing tidak untuk keperluan berburu atau penjagaan, maka pahalanya akan berkurang sebanyak satu qiroth bagi setiap hari" (Muttafaq 'Alaih)

Pemeliharaan anjing tanpa sebarang keperluan dilarang kerana malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang terdapat di dalamnya anjing. 

Sabda nabi: "Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar" (Muttafaq 'alaih). 

Daripada Ibn Umar r.a.meriwayatkan bahawa malaikat Jibril as berjanji akan datang menemui Rasulullah s.a.w. Setelah sekian lama menanti, Jibril as tidak juga muncul. Lalu Rasulullah saw pun keluar, dan baginda menemui Jibril di luar. Rasulullah mengadu akan kelewatan tibanya. 

Jibril menjelaskan dengan berkata: "Sesungguhnya kami tidak memasuki rumah yang ada anjing dan gambar" (Hadis riwayat al-Bukhari). 

Abu Hurairah r.a mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : “Malaikat tidak akan menemani kelompok manusia yang di tengah-tengah mereka terdapat anjing". (Hadis Riwayat Muslim).


So, kesimpulannya banyak lagi perkara-perkara baik yang boleh kita anjurkan selain dari kempen memegang anjing seperti kempen berzikir, kempen mengimarahkan masjid... 

Wallahu'alam... 

Thursday, October 16, 2014

Ramai Perempuan Masuk Neraka

Assalamua'laikum wbt

wanita

Dari Imran bin Husain dia berkata, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Sesungguhnya penduduk Syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (HR Muslim dan Ahmad)

Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (HR Bukhari dan Muslim)

“Allah tidak akan melihat kepada wanita yang tidak mensyukuri apa yang ada pada suaminya dan tidak merasa cukup dengannya.” (HR Nasa’i)

“Wanita yang meminta cerai pada suaminya tanpa sebab (yang syar’ie) maka haram baginya mencium wangi Syurga.” (HR Abu Daud dan At-Tirmizi )

Dalam hadis yang lain, Rasulullah menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda: “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (HR Muslim dan Ahmad)

Di dalam kisah solat gerhana matahari, Rasulullah dan para sahabatnya melakukan solat gerhana padanya dengan solat yang panjang , Rasulullah melihat Syurga dan Neraka. Ketika beginda melihat Neraka beginda bersabda kepada para sahabatnya: “ … dan aku melihat Neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penghuninya adalah kaum wanita. Para sahabat pun bertanya : “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kekufuran mereka.” Kemudian ditanya lagi : “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Baginda menjawab : “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata : ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” (HR Bukhari)

Ketika beginda selesai berkhutbah hari raya yang berisikan perintah untuk bertakwa kepada Allah dan anjuran untuk mentaatiNya. Baginda pun bangkit mendatangi kaum wanita, baginda menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian baginda bersabda : “Bersedekahlah kamu semua. Kerana kebanyakan kamu adalah kayu api Neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia pun bertanya : “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Baginda menjawab : “Kerana kamu banyak mengeluh dan kamu tidak taat terhadap suami.” (HR Bukhari)

Wallahu a'lam.

Tuesday, October 14, 2014

Pekerjaan yang paling mulia di sisi Allah


Assalamua'laikum wbt
masjid

Pada zaman Rasulullah ada seorang wanita kulit hitam yang bernama Ummu Mahjan. Dia selalu melapangkan masa untuk kerja membersihkan masjid.

Ummu Mahjan kemudiannya meninggal dunia dan dikebumikan. Selang beberapa hari, apabila Rasulullah lalu di kuburnya, barulah dikhabarkan bahawa kubur tersebut ialah kubur Ummu Mahjan. Rasulullah menegur para sahabat yang tidak memaklumkan kepadanya tentang kematian Ummu Mahjan. Lalu Rasulullah berdiri dan solat jenazah di atas kuburnya. Sesudah itu Rasulullah menyeru Ummu Mahjan dari atas kuburnya. Sabdanya "Assalaamu'alaikum, ya Ummu Mahjan! Pekerjaan apakah yang paling bernilai dalam amalanmu?"

Rasulullah diam sejenak. Kemudian baginda bersabda, "Dia menjawab bahawa pekerjaan membersihkan masjid adalah pekerjaan yang paling bernilai di sisi Allah. Allah berkenan mendirikan rumah untuknya di syurga dan dia kini beristirehat di dalamnya."

*********************
Kita semua bercita-cita tinggi seperti doktor, peguam, cikgu dan macam-macam lagi. Tapi ketahuilah bahawasanya pekerjaan yang paling mulia di sisi Allah ialah membersihkan masjid. Sesungguhnya pekerjaan membersih, mengemas, mengurus dan mengimarah masjid adalah suatu pekerjaan mulia dan mempunyai jaminan ganjaran yang tinggi di sisi Allah. Dikesempatan hidup yang masih ada, hulurkanlah budi & jasa membersihkan rumah Allah. Semoga setiap ibadah & pekerjaan kita pada hari ni dapat membantu kita diakhirat kelak. 

Sumber : http://kisahkehidupan.webs.com/kisahteladan.htm

Kisah Sebiji Kurma

Assalamua'laikum wbt

kurma

Kisah ini berlaku di zaman Rasulullah S.A.W. Di sebuah kampung, terdapat seorang si fulan yang sedang nazak. Sahabat pun memanggil Rasulullah S.A.W untuk menziarahi beliau.
Setiba Rasulullah S.A.W di rumah si-fulan, ternyata keadaan beliau semakin nazak dan di saat sakaratul maut. Maka Rasulullah pun mengajar beliau mengucap dua kalimah shahadah. Ternyata si-fulan yang dalam keadaan nazak dapat menyebut dua kalimah shahadah dengan lancar.

Walau bagaimanapun, selepas si-fulan menyebut dua kalimah shahadah dengan keadaan nyawa-nyawa ikan, beliau sempat menyebut sesuatu yang berbunyi “ Sebiji kurma, Ambillah semua!, Sebiji kurma, Ambillah semua!” dan diulang perkataan itu, sehinggalah si-fulan itu menemui ajal.

Sahabat-sahabat di sekeliling yang melihat kejadian ini berasa hairan dan persoalan bermain dalam fikiran sahabat, apakah maksud yang diungkapkan si fulan yang nazak sebentar tadi? adakah sebiji kurma itu sangat penting baginya sehinggakan dalam nazak pun berusaha menyebut nya? adakah beliau ingin mewasiatkan sebiji kurma?? Atau adakah si fulan ingin memakan sebiji kurma sebagai hidangan terakhir? Lantaran lumrah manusia dalam keadan nazak dan menyebut-nyebut sesuatu, barangkali itu pekara yang sangat penting baginya,persoalan ini terus berlegar-legar di fikiran sahabat Rasulullah.

Selepas urusan memandikan, kafan dan pengkebumian mayat si fulan selesai, maka para-para sahabat menghampiri Rasulullah dan bertanya kepada Rasul mengapa sifulan yang sedang nazak tadi menyebut “Sebiji kurma, Ambillah semua!”?..

Maka Rasulullah pun memberi penjelasan dan terlebih dahulu baginda menyampaikan pesanan kepada para sahabat bahawa semua manusia akan dikalungkan dilehernya semua amalan-amalan yang dikerjakan semasa hidup, tidak kira samada amalan itu baik ataupun buruk, kecil ataupun besar, amalan itu akan dikalungkan dileher dan akan dibawa sebagai bekalan di akhirat kelak.

Kemudian Rasulullah pun terus menyambung, semasa waktu hidup si fulan ini, pada waktu bulan Ramadan, dan itu ketika hampir tiba waktu berbuka puasa, si-fulan itu hanya mempunyai sebiji kurma untuk berbuka puasa, apabila masuk sahaja waktu berbuka, tiba-tiba datang seorang fakir miskin yang yang tak mempunyai makanan untuk berbuka, maka fakir miskin itu meminta sedikit makanan daripada si-fulan, oleh kerana kasihan, maka dikerat kurma yang sebiji itu kepada dua bahagian dan diberikan separuh daripada bahagian kurma itu kepada fakir miskin tadi.
Bagaimanapun, dengan ketetapan Allah, umur si fulan itu singkat, dan pemberian separuh kurma kepada fakir miskin itu merupakan amalan sedekah si fulan yang terakhir dan apabila saat-saat diambang sikaratul maut si fulan, dengan izin Allah, beliau dapat melihat semua amalan kebajikan semasa hidupnya dikalungkan ke lehernya, dan tidak terkecuali amalan terakhir beliau iaitu bersedekah separuh dari sebiji kurma kepada fakir miskin untuk berbuka puasa.

Menyedari itulah amalan terakhir si-fulan yang dikalungkan di leher, maka timbullah rasa kesal yang amat sangat!!!. Sehinggakan si-fulan menyebut dengan nada kesal “sebiji kurma, ambillah semua!”, “Sebiji kurma, ambillah semua! di ambang sakaratul maut si fulan,,.. maka fahamlah semua sahabat-sahabat Rasulullah yang bermaksud, kalaulah sifulan itu tahu itu adalah amalan sedekah ( yang akan dikalongkan di leher) beliau yang terakhir, maka akan disedekahkan sebiji kurma itu, dan tak perlu dikerat dua.


*** Kita yang masih hidup & bernyawa, ambillah kesempatan yang masih ada untuk berzikir, beribadat, bersedekah & berzakat selagi boleh & selagi termampu. Selagi malaikat maut belum menjemput kita. 

Friday, October 10, 2014

Cara meningkatkan trafik ke blog

Assalamua'laikum wbt

idea menulis blog

Ada sesetengah blogger kata, untuk meningkatkan traffik ke blog, kita kena update blog setiap hari. Sekurang-kurangnya 3 entry sehari. Then, buat entry yang menarik dan bombastik. Bila entry menarik, ping la entry dekat mana-mana website macam di pingbusuk, kakiping, pingje, blogr dan macam-macam lagi. Boleh try google. Kalau sekadar buat entry, then publish kat blog sendiri dan duduk diam-diam, memang susah untuk tingkatkan trafik blog. Sebab kita bukan selebriti terkenal yang memang orang akan google cari pasal kita. So nak tak nak, kita kena ada usaha lebih sikit iaitu rerajin ping blog. Memang trafik akan meningkat secara mendadak. Keempat-empat website ping tersebut (pingbusuk, kakiping, pingje & blogr) adalah yang paling mudah digunakan. Tapi yang paling banyak menyumbangkan traffik ke blog " Sebuah perjalanan ke syurgaNya" adalah pingbusuk. Thank you ping busuk. 

Selain itu, kita boleh menggunakan khidmat 'Google+ '. Google+ akan automatik share setiap entry yang kita published. Sebelum tu kita kena setting dlu macam kat bawah ni. 

google

Kita juga boleh tingkatkan traffik ke blog menggunakan imej yang kita upload dalam setiap entry. Imej bukan sahaja dapat menjadikan entry nampak menarik dan gojes tetapi juga salah satu cara untuk tingkatkan trafik. Sebab kebanyakkan pengguna internet terutamanya blogger macam kita ni akan search imej di website. Jadi ambilah kesempatan ini untuk tingkatkan traffik ke blog. 

Caranya ialah Klik pada gambar yang diupload dalam entry dan pilih properties. 


di imej properties, masukkan title text dan alt text yang dikehendaki. Image properties adalah satu cara di mana untuk membolehkan entry/blog kita berada dihalaman pertama  Google Search Image. 



Selain dari cara di atas, terdapat banyak lagi cara atau teknik lain untuk meningkatkan traffik ke blog. Salah satunya ialah rerajin blog walking ke blog-blog blogger lain. Kita mengharap ada orang yang akan masuk dan baca setiap entry yang kita post. Tapi kita malas nak jenguk blog blogger-blogger lain. Macam mana tuh? Adil ke? What you give, you'll get back. So rerajin la blog walking dan jangan lupa tinggalkan jejak seperti komen post dan follow blog blogger lain. Selalunya apabila kita tinggalkan jejak, in sya Allah empunya blog akan kembali menjenguk blog kita. 

Cara lain untuk tingkatkan traffik blog ialah join giveaway yang blogger lain anjurkan.  Selain tu, anda boleh share post/entry di laman sosial macam facebook, twitter dan lain-lain. Facebook merupakan laman sosial yang paling ramai orang gunakan. So, kalau nak cepat traffik naik mendadak, boleh share di facebook anda. Sekiranya entry anda menarik dan berfaedah, pengguna-pengguna fb lain pun akan share post anda. Silap-silap boleh meletop blog anda. Tapi kalau anda malu untuk share post anda, boleh mintak tolong kawan sharekn. =) So, takdelah nampak macam syok sendri. 

Walau apapun caranya untuk tingkatkan traffik ke blog, yang paling penting ialah "Entry mesti menarik & bombastik"Sekian, terima kasih. Semoga perkongsian ini dapat diguna pakai oleh semua blogger. 

Thursday, October 09, 2014

Cara Mengembalikan 'Add gadjet' di Header Blog yang telah Ter-remove

Assalamua'laikum wbt

Entry kali ini adalah mengenai bagaimana untuk menambahkan gadjet di blog header. Haa... lebih kurang macam tu la. Nak letak tajuk entry pun susah sebab nak memahamkan pengguna yang akan membacanya. 
Perasan tak, sebelum ni blog saya ni takder header blog. Opss bukan sesaje tak letak. Tapi telah ter-remove tanpa disengajakan. Puas jugak mengoogle bagaimana nak create 'add gadjet' di header supaya boleh letak header blog. Akhirnya setelah bersusah payah, dapat jugak menyelesaikan masalah ni. Lets check it out...Moga jadi panduan untuk semua.

inilah blog asal yang tiada header blog


Langkah 1 : Pergi ke Blogger dashboard, klik Template > Edit Html

Langkah 2 : Klik di dalam code area dan buka search box dengan CTRL +F




Langkah 3 : Masukkan code dibawah ke dalam ruangan search dan enter


 class='header' id='header' maxwidgets=

Langkah 4 : Tukarkan 'no' kepada 'yes'


Langkah 4 : save template dan view dashboard. Anda dah boleh add header blog...


terima kasih.... 

"Semua penulis akan mati, hanya karyanya yang akan trus abadi. maka tulislah sesuatu yang dapat membahagiakan mu di akhirat nanti" 
Sayyidina Ali Bin Abi Talib


Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...