Tuesday, September 30, 2014

Asal Mengumpat Jadi Fitnah...

Assalamua'laikum wbt

pelajar

Di kala minum petang dengan kawan-kawan ofis, kadang-kadang kita sesenang dan sesemudah tercerita pasal orang lain. Niat hati cuma nak bercerita. Tapi sebenarnya kita dh termengumpat si kawan kita tu. Kadang-kadang, kita tecakap benda yang tak betul.. 

M : " Eh kau tau tak si alia tu cuti semalam"
A : "A'ah, tau..tau.. aku dengar dia g bercuti kat Jepun"
M :" Hahh (dengan nada terkejut dan mulut terlopong)... banyaknye duit die..mana die dapat duit"
A: "Ntah...aku pun tak tau"

Si A cuma bagitau informasi yang die belum tau kesahihannya. Manakala si M mendengar dan mula mencurigai. So, si A dan si M dua-dua dapat dosa mengumpat. Kemudian si M pula menjaja cerita pada org lain, pasal si Alia g bercuti. Huhh bermulalah hikayat dongeng sang-sang pengumpat. Tapi bila disoal selidik, rupa-rupanya maklumat yang disampai si A salah. Alia bukan pergi bercuti tapi cuti sakit. Oh... bertambah dosa menfitnah orang. Jadi semua dapat dosa kering. Asal mengumpat..dah jadi fitnah. huhuh 

Salah seorang sahabat Nabi (saw) bertanya: “Apakah itu mengumpat?” 
Rasulullah (saw) menjawab: “Menyebut sesuatu mengenai saudaramu di belakangnya yang dia tidak suka.” 
Selanjutnya Sahabat itu bertanya: “Dan masihkah dikatakan mengumpat sekiranya apa yang disebutkan mengenainya itu benar terdapat padanya?” Rasulullah (saw) menjawab: “Dalam hal demikian (iaitu jika yang disebutkan itu memang benar) maka sebenarnya itulah mengumpat; tetapi jika apa yang disebutkan itu palsu, maka kamu telah memfitnahnya. 


Jauhilah kamu daripada mengumpat kerana dosa mengumpat itu lebih besar bahayanya daripada zina. Sesungguhnya seseorang lelaki itu terkadang dia berzina lalu bertaubat maka Allah menerima akan taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang mengumpat itu tidak diampuni baginya sehingga dimaafkan oleh orang yang diumpatnya. (Diriwayatkan oleh Abu Asy-Syeikh dari Jabir r.a.)

Kita rasa dan tengok bila seseorang tu berzina, kita akan terus rasa " jahatnya dia! berdosa!"
Tapi sebenarnya bila kta mengumpat seseorang, dosa kita lebih besar dari berzina. Cuba kira berapa kali dalam sehari kita mengumpat seseorang? Maksudnya dah berapa banyak dosa yang besar dari berzina yg kta dah buat. Nauzubillah

Kawan-kawan yg membaca post ini, maafkan aku andai aku pernah mengumpat kalian ! Maafkan aku dunia akhirat.

Review Blog : http://ilhamdatangdarihati.blogspot.com

Assalamua'laikum wbt

Seperti yang dijanjikan, saya akan review follower blog http://akusukatulisblog.blogspot.com yang ke-100. Tahniah. Memang rezekikan. Rezki yang tidak disangka-sangka. 

blogspot

Nama blog beliau : Na -Liena

Saya dh review blog Na-Liena ni. Memang rugi kalau sesiapa blum review blog beliau. Penulisan yang simple & sempoi tapi padat dengan motivasi dan inspirasi. Ada sesetengah tu cam lawak-lawak gitu. Banyak kisah motivasi dan teladan yang boleh dijadikan panduan & pedoman hidup.... Pada yang dah rasa terumbang ambing dalam dunia fana ni, mmg elok baca & follow Na-liena ni. Tak rugi.In sya Allah. 
Na-liena punya bakat yang besar dalam dunia penulisan.  Adik mmg boleh berjaya. Yang penting work hard & jangan give. Keep Up a good work. Heheh... Ops lagi satu si Na-liena ni rasanya suka membaca thats why penulisan beliau ke arah ilmiah.... 

“Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: “Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis.” (HR at-Tabrani)

[Cabaran 30 Hari] Hari 30 - Perkara Menarik Yang Membanggakan Sepanjang Tahun Ini

Assalamua'laikum wbt

Perkara yang menarik & sangat membanggakan aku tahun ni, melahirkan seorang anak perempuan 15 Mei 2014. Nama diberi Nur Irdina Binti Mohd Fahmi. Yang membawa maksud Cahaya Keberkatan Kami. Semoga kehadiran Nur Irdina membawa keberkatan kepada kami sekeluarga dan seluruh umat islam. Besarlah anakku, besar menjadi johan. Johan hafizah Al-Quran & Johan dalam berjihad ke jalan Allah. Amin
irdina

Cabaran 30 Hari | Hari 29 - Bunga Kegemaran Dan Ertinya Pada Aku

Assalamualaikum wbt

Bunga kegemaran aku... 


Cabaran 30 Hari | Hari 27 : Mood Anda Hari Ini

Assalamua'laikum wbt
Alhamdulillah, bangun subuh dengan mood yang ceria. Toleh kanan ada anak perempuan, toleh kiri ada anak lelaki. Atas kerusi sedang berdengkur dengan nyenyaknye, sang suami =).  Syukur atas nikmat dan rahmat Allah. 
motivasi


rindu


Cabaran 30 Hari - Hari 28 : 5 perkara yang bermula dengan andainya


Assalamua'laikum wbt

5 perkara yang bermula dengan andainya...

1. Andainya aku dapat putar ke masa lepas,aku takkan buat apa-apa kesilapan dulu. 
2. Andainya aku dapat jejakkan kaki ke Mekah lagi, aku akan guna setiap saat & waktu dengan sebaik-baiknya.
3. Andainya aku dapat jaga mak&ayah, in sya Allah aku akan jaga dengan sebaik-baiknya.
4. Andainya aku banyak duit, aku akan travel satu dunia,,
5. Andainya aku banyak duit, aku akan.... (apa ya..) 


Cabaran 30 Hari - Day26 : Gajet Kepunyaan Anda

Assalamua'laikum wbt

Gajet kepunyaan anda... 

Cabaran 30 Hari - Day 25 : Berita Terkini Hari Ini yang anda baca?

Assalamua'laikum wbt

Berita terkini yang saya baca..."Tiga rakan didakwa tipu lelaki babikan wang tunai RM747,000.."
Dunia akhir zaman, semua manusia akan menjadi hamba duit& harta. 

Dari Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: Kami mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Barangsiapa yang (menjadikan) dunia tujuan utamanya maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan/tidak pernah merasa cukup (selalu ada) di hadapannya, padahal dia tidak akan mendapatkan (harta benda) duniawi melebihi dari apa yang Allah tetapkan baginya. Dan barangsiapa yang (menjadikan) akhirat niat (tujuan utama)nya maka Allah akan menghimpunkan urusannya, menjadikan kekayaan/selalu merasa cukup (ada) dalam hatinya, dan (harta benda) duniawi datang kepadanya dalam keadaan rendah (tidak bernilai di hadapannya)

Cabaran 30 Hari | Hari 24 : Rumah Impian Anda

Assalamua'laikum wbt

Rumah impian aku 
Rumahku syurgaku...
Saat pulang ke rumah dalam keadaan penat & lesu bekerja...
rumah akan menenangkan jiwa dan raga..
rumah menghilangkan stress, tenang, aman & damai
Kepulangan yang disambut dengan penuh penuh dengan kasih sayang
Penuh dengan gurauan, penuh dengan kemanjaan...  

1st GIVEAWAY RM400 ++ BY ASYA AMIN !

Assalamua'laikum wbt

Giveaway

HADIAH? here goes,
1. RM 100 x 1
2. Dress labuh x 2 - By 7teencollection
3. Beats MP3 Player x 6
4. Gelang Mutiara x 1- By Blogger Miss Boo
5. 1 Shirt ( Short/Long sleeves) x 1

Monday, September 29, 2014

Mana lagi penting...JUJUR atau TIDAK

Assalamua'laikum wbt

Baru-baru ni, kt ofis aku ada audit dokumen. Huhh bila sebut 'audit'...mesti semua orang cuak. Risau..Takut...Tapi sebenarnya audit ni bukan untuk mencari salah, tapi lebih kepada untuk membetulkan apa yang tak betul. Kita sebagai pekerja, perlu la terima dan tak perlu takut dengan audit, sekiranya kita menjalankan tugas dengan betul dan jujur. Yang jadi masalah bila kita tidak menjalankan tugas dengan tak betul. Tak ikut prosedur. Jujurlah dengan diri sendiri, dengan Allah dan dengan tugas yang di amanahkan. Tak perlu nak lari sana sini. 

Thursday, September 25, 2014

Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love


Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
Assalamua'laikum wbt

Tujuan segmen ini diadakan adalah untuk mencari 15 blog yang akan menjadi penyeri di sidebar blog ini.. 

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Follow blog Truly Love;
  2. Add To Circle Google Plus +Maria Firdz ;
  3. Buat entry bertajuk Segmen Pencarian Bloglist Oktober Truly Love
  4. Copy coding yang disediakan dan pastekan di ruangan HTML entry dan Publish!
  5. Tinggalkan URL entry penyertaan di ruangan komen entry
  6. Penyertaan terbuka untuk semua blogger.
  7. 15 Blog akan dipilih menggunakan Random.org. dan akan dimasukkan dalam senarai bloglist di Sidebar Blog Truly Love.
  8. Lain-lain penyertaan yang tidak terpilih akan dimasukkan ke dalam Maria Firdz Bloglist.
  9. Tarikh Penyertaan : 25 September 2014 hingga 30 September 2014 (11.59PM)


Resepi Kek Coklat Moist Anis

Assalamua'laikum wbt 

Sedar tak sedar, hari ni dah masuk hari khamis. Esok dah jumaat. Masa berlalu sangat pantas. Allahuakbar. Umur pun makin meningkat. Sedar tak sedar, kubur dah kata mari, rumah dah kata pergi. Dalam dok busy dengan hal-hal dunia ni, aku amek masa sikit untuk update entry untuk hari ni. 

Nak share resepi kek coklat Moist yang sangat Marvellous. Honestly saya dah try banyak resepi. Dari resepi kek coklat kukus, best moist chocolate kek dan macam-macam la. Ada je yang tak puas hati. Dan kalau ada yang memuas hati, ada je pengkritik yang masih tak puas hati. Heheh Macam tu la manusia. Hidup tak pernah puas. Tapi resepi kali ni memang lain. Memang sedap & gojes angat. Saya sangat puas hati & pengkritik pun memuji sesangat. Let's Check It Out. Ok before tu nak bgtau ini adalah resepi dari anis chocolate kek. Thanks atas perkongsian ilmu yang sungguh bermakna.  

kek coklat

KEK COKLAT MOIST ANIS

Bahan A
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
2 biji telur

Bahan B
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C ( Topping )
1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat

Cara-caranya :
1. Masak bahan A (kecuali telur) dengan api sederhana sehingga gula larut dalam air. 
2. Pukul telur sehingga kembang.
3. Masukkan bahan A yang telah dimasak ke dalam telur. Mix hingga sebati. 
4. Masukkan bahan B dan mix hingga sebati. 
5. Kukus atau bakar kek. 


Cara-cara membuat topping :

Masukkan bahan C dalam periuk dan masak atas api yang sederhana. Kacau hingga sebati. Bila dah siap, boleh sapu atas kek. 


# Sapu topping apabila kek telah sejuk.
# Resepi asal adlah kukus. Tapi saya bakar =)


Wednesday, September 24, 2014

CABARAN 30 HARI : DAY 23 | PEKERJAAN YANG ANDA INGIN SELAIN KERJA ANDA SEKARANG! Fat

Assalamua'laikum & Salam hari Rabu

Pekerjaan yang aku inginkan selain kerja aku sekarang! 

Pekerjaan yang pernah aku cita-citakan masa aku kecik dulu. Iaitu ingin menjadi seorang doktor. Cita-cita yang sangat tulus, suci & murni. Tapi sayang hanya tinggal impian. Heheh Mungkin sebab kurang kepandaian kot. =)

Tapi kerjaya seorang doktor memang sangat mulia. Bekerja tanpa mengira masa, pangkat, darjat, harta mahupun keturunan. Yang pasti pahala orang yang menjawat jawatan sebagai doktor ni adalah pahala yang berterusan. Sangat impressed dengan seorang doktor wanita yang berjaya. Dah la pandai, wajah cantik, sangat solehah pulak tu pastu baik sesangat. Omei angat.  Hanya Allah yang boleh membalas kebaikan doktor macam ni. 

Imagine kalau kita jadi doktor. Kena cuci luka orang, nak-nak orang yang ada kencing manis tahap kritikal. Kau sanggup? Belum sempat cuci dah pengsan!

dr fatin liyana

"Ya Allah, rasanya sudah tidak ada apa lagi yang aku mahu kejarkan di dunia ini, jadi, panggillah aku kembali kepadaMu. Jika Engkau mahu memanjangkan umurku, berilah aku rezeki yang baik dan jalan untuk memperbaiki amalanku dan jalan untuk berbakti kepada manusia."



CABARAN 30 HARI : HARI 22 | DESTINASI PERCUTIAN IMPIAN : MAKKAH


Assalamualaikum

Hai semua...cabaran yang ke 22. Kejap je masa berlalu. Dah nak tamat pun cabaran ni. Hanya tinggal 8 hari je lagi. Harap-harap dapat bertahan sehingga cabaran ke 30 =). Cabaran ke 22 adalah Destinasi percutian impian. Sebenarnya kalau diikutkan banyak percutian impian yang sentiasa aku impikan antaranya naik cruise, bercuti di bali, istanbul dan macam-macam lagi. Tapi satu yang betul-betul nak sesangat... iaitu...

Percutian ke Makkah

 Alhamdulillah sesangat kalau ada yang nak sponsor pakej percutian ke Makkah. Tambahan lagi dapat duduk di hotel Menara Jam yang betul-betul depan Masjidil Haram. First time menjejak kaki kat mekah last year 2013. Suasana kat Mekah memang sangat berbeza dengan mana-mana tempat lain. Jiwa & hati sangat berbeza. Susah nak describe. Cuma orang yang pernah sampai kat citu je boleh rasa. Allahuakbar. Hati langsung tak ingat pape hal dunia. Kat sana, pakai tudung saiz XL pun rasa kecik sangat. Walhal kat Malaysia, pakai tudung saiz M pun dah rasa besar. 

Di Mekah, ketika azan berkumandang semua orang akan bergegas pergi solat berjemaah di Masjidil Haram. Segala jenis pekerjaan akan ditinggalkan. Closed. Imagine, peniaga-peniaga akan tinggalkan kedai-kedai diorng macam tu je.  Tak tak tutup kedai dan tak kunci pun. Kalau kita kat Malaysia, mesti risau & takut. Silap-silap lesap habis barang-barang. Tapi itulah tandanya tawakal kepada Allah. Percaya kuasa Allah mengatasi segalanya. Selesai habis solat, semua orang kembali bekerja macam biasa. 

 Lagi satu, kebanyakkan tetamu Allah di Mekah akan duduk memandang Kaabah. Nampak peliks kan. Tapi itu adalah sumber pahala free. Ada 3 benda yang apabila kita tengok kita akan dapat pahala iaitu wajah mak kita, kaabah dan lautan biru. Mungkin bagi yang duduk jauh dengan mak, susah nak tengok wajah mak kan. Tapi dunia canggih ni macam-macam boleh. Dari dok layan gambar boyfrenz, baik layan gambar mak & gambar mekah. Dapat jugak pahala free. Allah tambah sayang lagi adalah. Hidup berkat, rezeki melimpah ruah. 


 Mekah

Tuesday, September 23, 2014

"Giveaway Santai Bersama Azwar, Huda dan Mamaniza"


Assalamua'laikum wbt

Entry ini adalah khas untuk "Giveaway Santai Bersama Azwar, Huda dan Mamaniza"
Kalau ada yang berminat nak join, boleh klik pada gambar di atas sana. 

Apa pendapat anda atau berikan sedikit comment tentang blog Huda dan Azwar Syuhada?

Blog Azwar Syuhada... 
Blog azwar syuhada simple tapi menarik. Sangat kemas dan teratur. Suka sangat dengan header blog. (Rasa cam nak tiru je). Kesimpulannya, saya sangat suka.Sebab saya memang impressed sesangat dengan blog yang berwarna pink . Best baca gaya penulisan blog azwar syuhada sebab simple dan straight to the point. Tak melalut ke laut china selatan :D

Blog Huda...
Blog huda pun best. Suka sesangat dengan wallpaper dan susunan blog. Nampak kemas dan comel. Blog Huda ni dari first saya bukak & follow, terus tersenarai dalam blog list saya. Sebabnya, entry menarik dan gaya penulisan pun simple tapi gojes. 

Apa yang korang dapat dengan berblogging ni? Dan apa faedahnya? 
Banyak faedah berblogging. 
1. Dapat sama-sama berkongsi ilmu tanpa mengira sempadan daratan mahupun lautan. 
2. Menjadi sumber pahala yang berterusan walaupun kita sudah kembali ke rahmatullah
3. Menambah kenalan baru. Rasulullah SAW kan suka kita saling berkasih sayang. 
4. Hobi. Daripada berborak kosong yang mungkin menambah saham ke neraka, baik kita berblogging sambil menyebarkan ilmu. Dapat gak pahala. 


Blog Mamaniza menjadi pilihan saya kerana blog mamaniza penuh dengan luahan hati, suara, minda & perasaan  seorang blogger yang berjiwa keibuaan. Penulisan beliau yang sarat dengan motivasi secara santai mampu menaikkan semangat berblogging blogger-blogger baru.

Monday, September 22, 2014

Wakaf Sejuta Al-Qur'an

Assalamua'laikum wbt

Wakaf Al-Qur'an Sejuta Al-Qur'an

Wakaf adalah ibadah sunnah yang dicontohkan oleh Nabi SAW dan para sahabat beliau. Wakaf memiliki kelebihan dibandingkan ibadah sunnah lainnya, yakni pahala yang mengalir terus menerus sekalipun yang berwakaf (wakif) sudah meninggal dunia. 
Rasulullah SAW bersabda:
"Jika meninggal anak Adam, maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal. Shadaqah Jariyah, Ilmu yang bermanfaat, dan anak sholeh yang mendoakan orang tuanya" 
(H.R. Muslim)
Program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2014 merupakan program bersifat kebajikan yang dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Yayasan Restu bagi tahun ke-2 sebagai usaha mengumpul dana bagi membiayai penerbitan Al-Quran Wakaf. Mushaf Al-Quran akan disumbangkan kepada pihak yang memerlukannya baik di Malaysia mahupun dunia khususnya negera minoriti Islam yang dihimpit kemiskinan.
Ada 4 cara @ mekanisma bagaimana kita hendak mewakaf Al-Quran iaitu:

1. Deposit terus ke bank Islam (M) Sdn BHD (1403-201002-1452)
2. Wakaf tunai ke semua cawangan Yayasan Restu
3. Wakaf melalui CIMB Clicks atau CIMB Clicks Shoppe. 
4. Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Taip Wakaf10 dan hantar ke 33080. (Untuk RM10). 

Dan bagi yang memerlukan borang wakaf, korang boleh download disini : Borang Wakaf. Semuanya dihujung jari. Cuma klik je. Sambil berinternet sambil mengumpul pahala. Tiada syarat untuk mewakaf, yang penting ikhlas. Tak kesah berapa RM. 


Hayati video Wakaf Al-Qur'an


“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah) sesiapa yang  melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Dan belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada kamu sebelum seseorang dari kamu sampai ajal maut kepadanya. (Kalau tidak) ia pada saat itu akan merayu dengan berkata " Wahai tuhanku! Alangkah baiknya kalau Engkau melambatkan (kedatangan ajal mautku) ke suatu masa yang sedikit sahaja lagi, supaya aku dapat bersedekah dan dapat pula menjadi orang-orang yang salih. Dan (Ingatlah!) Allah tidak akan sekali-kali akan melambatkan kematian seseorang (atau sesuatu yang bernyawa) apabila sampai ajalnya, Dan Allah amat mendalam pengetahuan-Nya mengenai segala yang kamu kerjakan".  (Al-Munafiqun : 9-11)

Sumber : http://new.restu-art.com

Jika tidak mampu bersedekah, share lah maklumat ini. Mudah-mudahan ia menjadi sumber pahala untuk kita. Amin

7 Kalimah Agung


Assalamua'laikum wbt

Allah

Sabda Rasulullah S.A.W: 
“Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah s.w.t dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan"

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM : Pada setiap kali hendak melakukan sesuatu.

ALHAMDULILLAH : Pada setiap kali habis melakukan sesuatu.

ASTAQHFIRRULLAH HAL A’ZIM : Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.

INSYA ALLAH : Jika berjanji atau ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang.

LAHAULAWALA QUATAILLABILLAH : Bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.

INNALILLAHI WA INNAA ILAIHI RAAJI’UDN : Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.

LAAILAAHAILLALLAH : Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya, 

Cabaran 30 hari -21 : Tempat yang ingin anda pergi dan tak pernah pergi

Assalamua'laikum wbt

Sampai ke cabaran yang ke 21. Haa walaupun aku selalu tertinggal keretapi. Tapi takpelah. Yang penting masih sempat nak kejar. Cabaran kali ni adalah tempat yang ingin aku nak pergi dan tak pernah pergi. Tempat itu adalah KOREA. Korea merupakan negara yang terkenal dengan KPOP serta terkenal dengan penduduk yang memiliki wajah-wajah yang sangat jelita lagi gebu dan mulus. Sebab tu kalau perasan skrang ni, hampr semua produk kecantikan Malaysia adalah dari korea seperti BB cream, CC cream, masker... dan macam-macam lagi...Malah ada website yang membolehkan kita membeli produk dari korea dengan hujung jari iaitu http://hansaegee.com/shop/

Cabaran 30 Hari - Day20 : Quote Kegemaran Anda

Assalamualaikum wbt

Quote kegemaran saya dan menjadi inspirasi kepada saya untuk terus berblogging. 

Cabaran 30 Hari : Day19 : 1 Resepi Kegemaran Anda

Assalamua'laikum wbt

Oh...kalau bab resepi kegemaran, memang banyak. Sebab aku memang sejak azali suka makan. Semua suka asalkan halal. Tolak kayu dan batu je. Tapi yang aku rasa paling best adalah tomyam. Sebabnya tomyam ni sangat-sangat mudah nak masak. Kalau balik dari kerja, rasa kelam kabut dan tak sempat nak masak yang gempak-gempak, tomyam lah yang jadi pilihan. Mudah, simple & sedap. Pastu yang tak tahan tu, kalau g makan kat kedai pun...mesti order tomyam gak. Huhuhu Oleh sebab terlampau suka akan tomyam, dah banyak resepi yang saya try. Dan sini saya nak share resepi tomyam yang sedap. Hasil gabungan semua resepi tomyam yang saya try. Sangat sedap. Yang penting seimbangkan semua rasa. baru terangkat. 

resepi tomyam

Resepi tomyam (untuk 2 orang makan) 

Bahan-bahan:
Dua sudu perencah tomyam thai
10 batang serai diketuk
1 inci lengkuas (dipotong nipis @ketuk)
Daun limau purut (dicarik-carik)
3 biji buah tomato (sebiji di blend dan 2 biji dipotong)
sebatang carrot (dipotong ikut suka)
cili padi (ikut kepedasan)
Air limau nipis
Daun ketumbar
Bunga kubis
ayam
sotong
udang

Cara-cara: 
1. Panaskan dua sudu minyak masak. Tumis bawang putih dan serai.
2. Apabila dah naik bau, masukkan air, lengkuas ,daun limau purut dan perencah.
3. Blend sebiji tomato sehingga hancur. Dan masukkan ke dalam tomyam.
4. Masukkan ayam, carrot, bunga kobis dan sayur-sayur lain yang anda suka. Biarkan hingga mendidih.
5. Bila dah hampir masak baru, masukkan garam, cili padi yang diketuk, air limau nipis, buah tomato, sotong dan udang.
6. Bila dah masak, hidangkan dan taburkan daun ketumbar...

# Untuk rasa tomyam yang sedap, perlu guna serai yang banyak.
# Lengkuas terpulang pada kesukaan. Tapi dikedai memang diorng akan letak lengkuas. Memang sedap.
#cili padi ikut kehendak pedas masing-masing
# tomato diblend dan dicampur dengan kuah bertujuan untuk memekatkan kuah dan memberi rasa yang umph. 
# daun ketumbar akan memberi bau yang wangi pada tomyam. 
# sotong & udang dimasukkan last sekali supaya sotong dan udang tidak kecut dan ia dapat mengekalkan rasa udang & sotong. 

Cabaran 30 Hari: Day 18 : Siri TV kegemaran anda

Assalamua'laikum wbt

Ok baru masuk ke cabaran 30 -hari ke 18. Siri TV kegemaran anda. 
Siri tv kegemaran yang memang suke saya tengok... 
Full house..
Drama ni dah lama, tapi sekarang masih tengok kt youtube even dah boleh hafal apa yang akan terjadi next episode.

full house

Saturday, September 20, 2014

Giveaway Saya Nak Vitamin Shaklee RM500

Assalamua'laikum wbt

vitamin shaklee

Bersempena petang jumaat yang indah nan syahdu ni, tetiba dapat ilham tuk join Giveaway Saya Nak Vitamin Shaklee RM500. Giveaway ni sedang berlangsung dan akan tamat pada 10 oktober 2014. Moh la kita join reramai. Just klik  kat gambar kat atas nun.

Kenapa Saya Nak Vitamin Shaklee?
Ok... bermulanya cerita hikayat si ilham irdina ni jatuh cinta pandang pertama dengan shaklee ialah apabila saya mengambil set shaklee ketika mengandungkan anak kedua hari tu. Dari mula-mula disahkan mengandung, kemudian diteruskan sehingga berpantang dan sekrang masih meneruskan perjuangan bersama vitamin-vitamin shaklee untuk menyusukan anak tersayang yang baru berusia 4 bulan. 

Vitamin shaklee ternyata amat begitu berbeza & amat berkesan dengan saya. Sebabnya...jom kita terjah... 

1. Set shaklee ketika mengandung. Ohh... sangat sangat best sebab walaupun dikala perut sarat menggunung, saya masih berjalan ke sana ke sini,ke hulu ke hilir. Badan saya sangat cergas. No more letih, penat, lelah dan seangkatan dengannya. Dan kala itu juga tugas sebagai seorang pendidik, isteri dan ibu dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Super mom la katakan.Seharian di pejabat,kemudian meneruskan perjuangan di rumah pulak. Begitulah saban hari tugas seorang super duper mom.

2. Set shaklee ketika berpantang. Sangat super duper best. Badan & tenaga saya macam dienergize semula. Badan saya Extravaganza cergas & cerdas.  Masa berpantang anak sulung, badan saya super duper lemah sesangat. Saya ditakdirkan bersalin secara pembedahan. Jadi saya memang tak ambil set-set jamu lain,hanya shaklee je yang saya ambil. Alhamdulillah,luka saya cepat kering, badan cergas, otak pun cerdas dan susu meriah ya amat.

3. Set shaklee ketika menyusu. Alhamdulillah memang double triple best. Saya masih menyusukan anak saya secara eksklusif. Di tempat kerja, walau dibebani tugas-tugas mengajar,tapi saya masih sempat untuk mengempam susu. Dan balik kerja pula, gigih untuk memasak dan mengemas rumah.Layan anak & suami lagi. Memang supermoms. Alhamdulillah,badan memang double triple cergas dan cerdas.Bila badan cergas & cerdas, susu pun in sya Allah banyak .


Sekian perkongsian seikhlas hati dan setulus kasih dari saya.... 

“Ya Allah, bantulah aku untuk berzikir kepada-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan baik.” (Diucapkan di penghujung solat setelah tahiyat akhir sebelum salam – Hadis Riwayat al-Bukhari


Tag kengkawann
1.Puan kenanga
2. Tellingstory

Friday, September 19, 2014

Aktiviti Sihat Kala Matahari Kian Terbenam

Assalamua'laikum wbt

Kala matahari mulai terbenam...
Menyembunyikan wajahnya dibalik awan... 
Kala angin mulai berhembus...
Menyapa sang manusia dan sang seangkatan dengannya...
Kala itulah, sang manusia mulai memenuhi kehendak nurani & jasmani...

Di suatu sudut, dibalik rumput-rumput karpet yang menghijau...
ada yang berlari-lari kambing
ada yang berjalan seakan-akan sang semut
ada yang duduk bersimpuh seakan-akan wanita melayu terakhir
sambil mata memerhati alam sekeliling...
mensyukuri nikmat yang maha Esa...

Di suatu sudut lain pula..
dibalik pohon-pohon kering yang kian tandus
sekumpulan kanak-kanak kecil berlari bergelak tawa...
ohhh hidup penuh kegembiraan...

Nun di sudut yang jauh...
ada sepasang suami isteri.. berjalan berpimpin tangan...
ohh rupanya yang dipimpin tangan si anak
sambil tangan si papa utuh memegang wau... 
si anak pulak asyik menjinjit layang-layang...
si ibu pulak menolak stroller ..penuh dengan keayuan dan kecantikan nurani =)
 Oh... ada seorang lagi baby dalam stroller... tidur rupanya...

inilah aktiviti mereka saban hari 
papa & anak main wau ...
wau yang dibeli dari seorang apek yang jual basikal di bahau
si ibu pula duduk di tepi tanpa mengeluarkan walau setitis peluh... 




Excited tak terkata si anak main wau...Namun setiap kali si mama minta nak pinjam wau, si anak akan kata  " kalau mama pegang, nanti wau jatuh"..huhuh sedih hati mama sebab tak dapat main wau.


Si anak kusyuk bermain sambil mengasah " motor skill"
Sekali sekala anak elok di ajar main lasak-lasak di luar rumah. 



Inilah seorang lagi si anak yang duduk dalam stroller. Begitu sedih nampaknya si anak. Mungkinkah sebab tak dapat main wau bersama-sama si abang..





Firman Allah (Surah Al-Anfal, 28):
وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ وَأَنَّ اللّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Dan ketahuilah, bahwa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cobaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar.



Aiskrim Goreng

Assalamua'laikum wbt


gambar : ihsan google

Aku nak cerita pasal aiskrim goreng. Tapi ntah berapa kali taip dan berapa kali dah tekan space bar & delete. Huhu Balik keje petang semalam, tengok atas meja ada roti gardenier dan juga aiskrim. So, terbuatlah aiskrim goreng. Aku pernah buat sekali aiskrim goreng ni dlu. Memang jadi dan memangg sedap. Exspecially tuk orang yang suka makan aiskrim. 

Resepi dia dari blog periuktanah ni. Bila sebut aiskrim goreng tengah-tengahri ni,boleh terbayang betapa nikmatnya hidup ini. Ranggup diluar, Sejuk di dalam. Untuk buat aiskrim goreng ni senang je. Bahan yang diperlukan cuma aiskrim dan roti. 

Bahan-bahan
Aiskrim (jenama pape pun boleh, yang penting halal)
Roti Sandwich 

Cara @ teknik
1. Ambil sekeping roti sandwich. Lepas tu, letak 1@ 2 sudu aiskrim di atasnya. Kemudian, 
    ambil sekeping roti lain dan telangkup atas aiskrim tersebut.
2. Tekapkan roti tersebut, dengan gelas atau cawan plastik berbentuk bulat. 
3. Tekan keliling roti menggunakan dua jari agar bahagian tepi tidak terbuka. Boleh jugak 
    basahkan sedikit dengan air supaya roti melekat dengan elok
4. Bila dh siap, simpan dalam tupperware dan bekukan dalam 3 ke 4 jam atau semalaman.

Untuk menggoreng : 
Panaskan minyak yang banyak. Kemudian goreng ketika minyak panas dalam 2 ke 3 minit sahaja. Kemudian angkat dan ngap. Sedap anggat. Ranggup diluar, sejuk didalam. 

Thursday, September 18, 2014

Cabaran 30 Hari: Hari 17 : Perkara yang Dirindui


Assalamua'laikum wbt

didik anak

Bila umur dah masuk 30-an, banyak perkara yang dirindukan. Sebab kehidupan sekarang dah tak sama dengan kehidupan masa jiwa remaja dulu. 

# Saat bersama mak 
Saat bersama mak adalah kenangan terindah dalam hidup. Mak cuma satu je didunia. Tiada galang gantinya. Bila la nak balik kampung tengok mak. Dulu mak yang susah payah jaga kami adik beradik. Huhuhu Pengorbanan ibu yang tiada tandingnya. Demi anak, mak sanggup tak makan. Demi anak, mak sanggup berjaga malam. huhu Semoga Allah merahmati & memberkati jasa dan pengorbanan seorang ibu. 

# Saat adik beradik
Saat & masa bersama mak ngn adik beradik adalah anugerah yang tak terhingga. Dulu tidur, tengok tv, makan semua bersama-sama. Adik beradik la tempat bergaduh, bergusti & bergurau senda. Sampaikan nak makan pun  berebut. Lepas tu nak mandi pun berebut. Siapa yang siap dulu. Panjat pokok sama-sama.  Naik basikal sama-sama. Mula-mula gelak-gelak, gurau-gurau pastu bergaduh. Masa zaman kecik-kecik, menu paling sedap dalam famly adalah ayam goreng. Sebab jarang jumpa. Semua dalam kenangan, rindunya. Huhu Rasa nak balik kampung. Masing-masing dah dok jauh. Nak jumpa susah sangat. Pape pun moga Allah sentiasa merapatkan ukhwah kita. 

# Saat belajar di sekolah
Kenangan yang tak leh dibeli. Masa masuk sekolah, jumpa cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Belajar mengenal ABC. Kena marah ngn cikgu sokmo. Sebab malas buat kerja rumah. 

# Saat di universiti
Paling best kat "u". Belajar memain jer. Dulu tak der fb. Masa tu tgh hot yahoo messenger ngn friendster. Pastu time-time nak exam berkampung kt library dari pagi sampai petang. Makan, tdo sume kat ctu. 

# Kenangan dengan kawan baik. 
Kadang-kadang teringat dekat kawan-kawan baik yang sangat baik. Diorang kawan baik, kawan gosip, kawan segala genap kawan. Moga kta jumpa lagi. 



Cabaran 30 Hari: Hari 16: Bagaimana anda 10 tahun lagi

Assalamua'laikum Wbt & Salam sejahtera...

Bagaimana aku lagi 10 tahun ?


Lagi 10 tahun, umur aku dah cecah 42 tahun. In sya Allah aku masih berkerjaya dan anak-anak pun dah besar. In sya Allah time ni ilham dan 12 tahun. Dah darjah 6.

Dalam 10 tahun lagi, hanya Allah je yang tau. Apa yang bakal terjadi. Cuma kita boleh doa-doa yang baik-baik. Dan of course kita mengharapkan kita bahagia bersama keluarga tersayang dan diberikan kejayaan dunia & akhirat.


Cabaran 30 Hari: Hari 14 : Cerita Kasut Saya


Assalamualaikum

kasut

Bertemu lagi kita di cabaran 30 hari. Hari ke 14. Ohh aku dah tertinggal banyak sudah! Hari ini, it should be task ke 18. Takper biar lambat asal masih follow dijalan yang benar. Kisah kali ni adalah cerita kasut saya.

Dulu aku ni pembeli dan pengumpul kasut tumit tinggi. Kalau g ofis mesti berhigh heel. Uish baru nampak cam high class gitu. Carlo Rina, Nose, Alain delon, mcm-mcm la asal high heel dan harga berpatutan...Kasut nikah & hantaran pun high heel.

Tapi sejak dah beranak pinak ni, high heel pun dah ditinggalkan. Semua dah berhabuk dalam rak kasut. Langsung tak sentuh. Termasuk kasut hantaran. Tak pernah pakai pun. huhu Nak beli jauh sekali. Sekrang hanya sandal  peneman setia. Senang nak kejar anak, kalau anak berlari tetiba. 

Wednesday, September 17, 2014

Liebster Award

 
First time di tag untuk Liebster Award oleh blogger si comel Kee.  
Peraturan Liebster Award : 
  • Mention blogger yang calonkan anda & letakkan link blog beliau ke dalam post anda.
  • Jawab 11 soalan yang ditanya oleh beliau.
  • Calonkan 11 bloggers lain yang anda tengok followers kurang dari 1000.
  • Buat 11 soalan untuk ditanya kepada 11 bloggers tersebut.
  • Maklumkan kepada those bloggers.

1. Apa nama haiwan peliharaan pertama korang ....
    Ohh ..ikan emas, ikan laga  
2. Benda apa yang korang paling nak dalam hidup...
    Kejayaan dunia & akhirat

3. Pengalaman manis time korang sekolah ..
    Macam-macam. Susah nak describe

4. Apa benda yang korang x boleh berpisah..
    Mestilah anak...
 
5. Korang pernah tak nangis tengok citer kartun..??Nyatakan sebab korang..
    So far, tak pernah la
 
6. Siapa pelakon // penyanyi yang korang paling minat..?? Kenapa..??
    Siti Nurhaliza.Sebab dia sangat berjaya dalam bidang dia 
7. Kenapa korang nak ber-blog...
    Untuk berkongsi ilmu... side income

8.  Makanan apa yang korang suka makan..
     Kek Chocolate indulgence 
 
9. kat sekolah....Subjek apa yang korang paling BLUR...
    Bahasa inggeris

10. Hobi korang apa..??
      Ape lagi; mestila berblogging & Masak

11. apa genre movie yang korang suka tengok..?? Pasal pa..??
      Citer hantu... huhu sebab seram...& banyak suspen


Ok, saya nak nominated Liebster Award ni kat geng-geng blogger saya nih..



Soalan saya yang wajib anda jawab :

1. Apa tujuan anda  berblogging ?
2. Apa impian anda?
3. Apa haiwan kegemaran anda?
4. Ayat Al-Quran pertama yang diturunkan oleh Allah SWT 
5.Siapa yang paling anda sayang?
6. Apa komen anda mengenai blog saya?
7. Apa kerjaya anda?
8. Apa hobi anda?
9. Apakah tanda kiamat (bagi satu je)
10. Siapa idola anda
11. Apakah dua perkara yang ditinggalkan oleh Rasul SAW kepada umatnya.

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...