Saturday, August 30, 2014

Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

31 Ogos 2014 tepat jam 00.00 pagi, bergemalah seluruh Malaysia dengan laungan MERDEKA ! MERDEKA!MERDEKA ! 
Malaysia, Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta.Cinta teragung nan abadi yang kekal sejati. Di mana cinta tersemi, disitu jualah tempatku bersemadi. Dirgahayu negaraku Malaysia! 
Tiada ungkapan terindah yang harus dilafazkan melainkan ALHAMDULLILLAH. dan tiada kata-kata yang teragung yang perlu dilafazkan melainkan DOA pada ILAHI semoga keamanan akan terus kekal menjadi milik kita semua.

Sebagai blogger yang berstatus rakyat malaysia tercinta,  kita memainkan peranan besar dalam menggalas tugas sebagai pejuang generasi muda. Di sini lahirnya sebuah cinta membawa maksud yang sangat mendalam kerana disini, dibumi yang dipijak inilah lahirnya sebuah cinta. Cinta sejati yang menagih 1001 pengorbanan dan cinta inilah yang akan menyatukan kita semua tanpa mengira warna kulit, asal usul, bangsa dan bahasa. Pengorbanan yang diperlukan tidak semestinya mewajibkan kita mengalas atau memikul senjata. Tapi sebuah 10 jari jemari sudah cukup untuk kita menggalas tugas tersebut. 10 jari jemari tersebut sudah cukup untuk melahirkan sebuah cinta agung lagi sejati diseluruh rakyat malaysia dan 10 jari jemari tersebut juga mempu untuk menyatukan seluruh rakyat malaysia. Jari jemari itu adalah milik blogger-blogger Malaysia.
Blogger, melalui setiap nukilan atau post mampu mengajak jutaan rakyat malaysia mengutuskan secebis doa dan alfatihah untuk tragedi MH370 dan MH17. Nukilan seorang blogger sudah sebaris dengan media-media masa sehingga seluruh rakyat Malaysia mampu berkabung demi menghormati tragedi MH17.  
Menerusi nukilan seorang blogger doa tidak putus-putus dihulurkan pada umat islam di Gaza.

Post ini adalah nukilan untuk menyertai semen blogger malaysia. Yang berminat boleh klik pada gambar di bawah.

http://www.hasrulhassan.com/2014/08/malaysia-di-sini-lahirnya-sebuah-cinta.html

 

Jalan menyusuri kemerdekaan penuh ranjau dan onak duri yang mengutip seribu satu pengorbanan. Namun sejarah mengajar kita liku-liku hidup demi mencari sebuah cinta. 


Thursday, August 28, 2014

Belajar untuk ikhlas

Assalamua'laikum Wbt

Sedang si penulis asyik membaca blog, tiba-tiba terdengar satu suara  sumbang berbaur dongki...

" den memang tak pueh hati botul la dongan si dio tu... ado ko patut dipuji org lain. Den ni ponat buek kojo!"

Dan tiba-tiba, si penulis pun dengan penuh semangat yang membara di tambah api-api yang dicucuk oleh syaitan-syaitan kiri dan kanan pun bangun..

" a'ah....asyik dok puji si kawan dia. Walhal program die ,kita yang banyak bagi komitmen !"

"botul-botul..den sotuju bonar la tu... Lopaih ni kito xyah la join lai...."

Dan mendengar kata-kata si penulis itu, syaitan-syaitan pun bersorak kegembiraan. Ada yang melompat-lompat, ada yang berguling-guling dan ada yang terkontut-kontut...Yeah ! Die dah berjaya mengoda anak cucu Adam. Anak cucu Adam dah mengumpat ! Dengki ! dan yang paling dasyat  tak ikhlas. Tak ikhlas buat kerja. Buat kerja bukan sebab amanah tapi sebab lain. Maleh den nak sobut. Buktinya, bila tak dipuji, habis sumo kojo diungkit! itu lah manusia. Bukan sehari..malah berhari-hari di ungkit lai... 

Astagfirullah 'hal azim. Masya Allah... 


Setelah penuh dengan dosa, si penulis pun bangun, mengambil beg tangannya sambil langkah longlai menuju ke surau demi mengepam susu buat si anak tersayang. Ditangannya dipegang sebuah majalah bertajuk "Solusi". Hasrat dihati ingin mencari hidayah Allah agar dapat mati sebagai Husnul Khotimah. Namun si penulis sokmo tertewas dengan syaiton yang direjam. 

Sesudah sampai disurau, si penulis pun mula menbaca majalah tersebut. Selak punya selak, terjumpa sebuah kisah sahabat Rasul SAW iaitu Khalid Al-Walid. 

Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang Panglima Perang yang sangat hebat dalam medan peperangan. Pada suatu hari, beliau telah dipecat dari jawatan Panglima Perang. Saidina Khalid al Walid r.a menerima keputusan tersebut dengan tenang dan masih berjuang di medan perang dengan bersungguh-sungguh dan bermati matian. Semua orang peliks. Bila ditanya mengapakah beliau masih berjuang bermati matian walaupun beliau telah dipecat, maka beliau menjawab...
beliau  pergi berperang bukan untuk dunia, tetapi untuk akhirat, bukannya mengharapkan pangkat di dunia.Segala yang dilakukan kerana Allah SWT"


Pang!! Penulis rasa seperti ditembak hidup-hidup. Syukur pada Allah sebab Allah masih sayangkan si penulis. Terima kasih Allah atas hidayahMu. Moga Allah mengampunkan dosa-dosa si penulis... tapi bagaimana dosa si penulis dengan orang yang diumpat. Huhuh 

Kita sangat-sangat mudah buat dosa kering. Semua kerja kita bukan kerna Allah tapi kerana manusia walaupun dibibir kita sebut kerana Allah. Buktinye bila kita tidak dipuji, kita marah, kita panas hati. Berdoalah pada Allah agar kita diberi keikhlasan untuk bekerja dan bekerja kerana Allah. Bukan pangkat dunia yang kita dambakan tapi keredhaan Allah yang kita harapkan. Syurga Allah yang kita harapkan. Moga si penulis dapat meninggalkan dunia ini dalam Husnul Khatimah. Penulis amat berharap sesiapa yang membaca cetusan ini, doakan si penulis mati dalam husnul Khotimah. 




"sekadar berkongsi sebagai dakwah kerana Allah. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Semoga penulisan ini menjadi jambatan untuk ke syurga"




6 Sunnah Minum Air



Kenapa kena minum 3 kali teguk/nafas?
1. Abra' (Melepaskan penyakit)
2. Arwa' (Menghilangkan kehausan)
3. Amra' (Menguatkan sistem pencernaan)

Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.

Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Nabi SAW sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ di antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga habis.

Kenapa tak boleh meniup dalam cawan?
Jangan bernafas dan meniup air minum di dalam bekas, terutama meniup air yang panas, kerana perbuatan itu akan menjadikan minuman bertoksid disebabkan Co2 yang dihembuskan ke dalamnya.
Ubay bin Ka’ab berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman.”

Sumber : Fb Pas

Wednesday, August 27, 2014

Layan dulu...

Assalamualaikum wbt



Di suatu petang yang hening, sedang awan diselimuti debu-debu dan jerebu yang tebal, satu mesyuarat ringkas telah diadakan di sebuah institusi pendidikan. Mesyuarat tersebut diadakan untuk membincangkan aktiviti sambutan kemerdekaan "Di sini lahirnya sebuah cinta" . Mesyuarat yang dihadiri oleh pensyarah-pensyarah yang amat komited dengan semangat berkobar-kobar untuk mengibarkan jalur gemilang dipengerusikan oleh seorang jejaka idaman Kampung Durian Runtuh. 


Mesyuarat pun berlangsung macam mesyuarat jabatan kerajaan..bla..bla..bla... Tiba-tiba, ada satu suara aneh yang agak kurang gerun... 

" Saya suka dengan Pn Kamilah dari Program Pertanian sebab beliau bersemangat melatih pelajar-pelajar tahun lepas "

Semua ahli mesyuarat mencari-cari dan memandang ke arah pemilik suara yang aneh dan gerun tersebut. Oh..suara pengerusi rupanya...Wahahah
Beliau telah mengeluarkan kenyataan lebih kurang begitu lah. Pujian salah seorang AJK program merdeka last year. Konon die sangat komited dan bersemangat. Sume ahli mesyuarat terdiam. Beberapa orang saling menjeling antara satu sama lain. Maka, syaitan pun mula menghidupkan api-api dengki dan khianat dalam diri dan hati umat manusia yang masuk meting tak baca doa.  

"Ish..apsal bukan aku kena puji " 
"Eleh.. macam bagus je ".
"Lamanya meting ni..bila nk habis "

Lebih kurang sejam kemudian, mesyuarat pun ditangguhkan dan semua pensyarah-pensyarah bergegas balik ke bilik masing-masing. Hahh semua pensyarah berjalan dengan sangat pantas dan laju. Masa itu emas!! Ada yang balik ke bilik sebab nak buat kerja-kerja menyemak tugasan pelajar dan  menyiapkan FRP. Ada pula sebahagian yang lain bergegas masuk ke kereta, hidupkan enjin dan terus berdesup keluar dari Kolej sebab nak pergi promosi untuk ambilan pelajar minggu depan. Wah ! Pengarah dan KJKK sangat bangga dengan prestasi pensyarah sebab semuanya sangat komited dan bersungguh-sungguh menjalankan tugas sehingga menitis airmata kelakian pengarah. Huhuhu 

Rupa-rupanya setelah disiasat luar dan dalam rupa-rupanya...........
Pensyarah yang bergegas balik ke bilik, trus on pc dan bukak facebook. Ohh.. bukan buat frp dan bukan menyemak tugasan pelajar.
Manakala pensyarah yang bergegas berdesup keluar menaiki kereta bukan pergi promosi. Rupa-rupanya pergi minum di kedai kopi Pak Amid nun. Sambil minum, sambil mengumpat pengerusi meting tadi tuh, sambil bakar nyamuk dengan rokok sebatang di jari. Huhuhu

Maka, menangislah pengarah dan seisi KJ kerana terharu dengan pensyarah-pensyarahnya yang sangat komited dan dedikasi. 


Teknik mendidik anak : pujian dan tingkahlaku

Assalamualaikum wbt

Dulu ilham ada satu tabiat peliks iaitu selepas dia minum susu sampai habis, dia akan baling botol dia. Kalau dia minum atas katil, botol tu dia akan baling ke bawah katil. Mana2 yang dia rasa nak baling. Suka hati tangan dia je nak baling ke mana-mana. Hati ibu mana la tak geram sebab lepas tu si ibu nak kena search mana la si anak campak botol. Mula-mula aku selalu biarkan je dia baling, tapi bila lama-lama rasa macam panas gak. So, tiap kali dia baling botol aku marah dia. Tapi teknik tu langsung tak berkesan. Ilham wat muka selamber macam takder pape.

Lepas tu aku teringat satu teknik yang pernah aku baca iaitu  memberi penjelasan pada dia dan tunjukkan contoh serta berikan pujian. Setiap kali dia lepas minum susu, aku akan cakap

" ilham jangan baling, tak baik. Ilham letak kat sini"

mula-mula dia cuma dengar tapi tak ikut. Dia baling jugak. Tapi aku teruskan jugak usaha tuh. Tapi kali ni aku tak cakap je. Aku tunjukkan contoh. Bila dia habis je minum susu, time die nak baling tu, terus aku ambil botol tuh dan letak dekat tepi dia dan terus cakap

"ilham, botol tak baik baling, ilham letak kat sini"

setiap kali lepas die minum susu, aku akan buat macam tu. Selepas dua tiga kali aku buat macamtu, akhirnya aku nampak perubahan positif. Tiap kali lepas minum susu, dia akan bagi botol tu kat aku. Alhamdulillah. Tiap kali die bagi botol tu, aku puji dia.

" Time kasih. Pandai ilham".
Dan ilham akan jawab " Ilham andai" (andai = pandai)

Dan sekrang, perubahan yang lagi positif, ilham akan letak sendiri botol die. Dah tak baling lagi. 

Kadang-kadang, kemarahan bukanlah menyelesaikan masalah, malah akan menambahkan lagi masalah. Dan kita selalu ingat anak-anak kecil tak faham apa yang kita cakap. Tapi sebenarnya anak-anak kita akan belajar dari percakapan dan tingkahlaku kita.

Semoga Allah memberkati perkongsian ini dan memberkatinya. Amin 


Tuesday, August 26, 2014

Hebatnya sedekah

Assalamualaikum wbt

"Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah pada jalan Allah sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat, padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu kalau diberikan kepada kamu kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi sentiasa terpuji".

Satu hari, masa kita pergi makan di kedai, tiba-tiba ada seekor kucing datang kat bawah meja. Masa nak makan, kucing tu asyik mengiaw kat tepi kaki kita. Kadang-kadang tu kucing tu lompat kt kain kita. Ishh..sibuk la kucing ni. Kacau nak makan. Push push !!! Puas kita halau kucing..tapi kucing tak g jugak. Ada lagi dasyat, ada orang siap sepak lagi kucing tu... Masya Allah kejamnya kita..

Kadang-kadang masa kita g shopping, ada berderet-deret orang mintak sedekah. Kadang-kadang kita lalu depan diorng, kita wat xtau je. Buat-buat tak nampak. Dalam hati, " xder duit kecik la, takkan nak bagi RM10".. kedekutnya kita. 10 ringgit pun nak berkira. Padahal pergi pasaraya, RM10 blum tentu boleh beli paper even sehelai tshirt. Harga pampers pun dan dekat RM 40. 

Raya lepas banyak orang buat open house. Dan kita pun memang suke pergi open house, dapat makan sedap-sedap dan macam-macam. Tapi kita xhulurkan pun seringgit dua kepada budak-budak yang ada kat situ. Dengan alasan, kalau nak duit raya kena datang rumah. Padahal belum tentu budak-budak tu akan datang rumah kita. Emm kedekut jugak kta ni. 

Kadang-kadang Allah saja datangkan kucing, pemintak sedekah dan kanak-kanak semata-mata untuk kita bagi sedekah pada mereka. Tapi selalunya kita tak sedar pun semua tu. Tak salahpun kita bagi sedikit lauk kita pada kucing. Mungkin sedekah kita pada kucing tersebut walaupun cket, mampu menyelamatkan kta dari musibah. 


Kadang-kadang kita selalu menaruh syak wasangka bila nampak ada orang mintak sedekah. " Ish..tak yah bagi la, mesti diorng ni sindiket".. Huhu tu cuma dalam hati. Tapi tak salah bagi sebab yang menilai adalah Allah. Jika pemintak sedekah tu menipu, itu adalah urusan die dengan Allah. Biar Allah yang tentukan. Yang penting kita dah hulurkan sedekah kerana Allah. Didik hati kita tiap kali jumpa kanak-kanak kita hulurkan RM1. Tak rugi dan tak luak pun duit kita dengan singgit. Tiap kali g masjid didik diri dan anak-anak kita bubuh duit dalam tabung masjid. 

Dan sedekah tak semestinya seratus ringgit. Sepuluh sen pun cukup. Yang penting ikhlaskan =)


Monday, August 25, 2014

Tips mengemas rumah dalam masa 3minit

Tips mengemas rumah dalam masa tiga minit. Enjoy this video... 

Tips memastikan rumah sentiasa kemas & teratur

Assalamua'laikum wbt

kemas rumah dengan cepat

Bila rumah kemas, bersih dan teratur, hati pun rasa tenang dan tenteram. Kadang-kadang rumah dah sapu, lantai dah mop, tapi rumah masih tunggang langgang. Macamane tu? Rasa tak puas hati kan? Ok kat sini ada beberapa tips mudah dan ringkas bagaimana kita nak make sure rumah sentiasa kemas & teratur. Kadang-kadang kita dah tau tapi sebagai manusia memang lumrah, kita perlu sentiasa diingatkan... 

1. Kumpulkan kain yang sudah dibasuh dalam bakul khas. Jangan biar berlonggok atas katil atau sofa.

2. Kumpulkan kain kotor di dalam bakul khas. Didik anak-anak kita untuk meletakkan kain baju kotor dalam bakul. Bakul tersebut boleh diletak di penjuru bilik.

3. Susun majalah/surat khabar di dalam rak. Biasakan diri untuk susun semula selepas membaca.

4. Simpan segala permainan anak anda dalam bakul khas. Ajar anak setiap kali lepas bermain, simpan semula mainan dalam bakul. Sekiranya, anda mempunyai banyak bilik, anda boleh jadikan satu bilik sebagai bilik permainan anak-anak anda. Jadi, anak-anak akan hanya bermain dalam bilik tersebut. 

5. Disiplinkan diri untuk membuang segala sampah ke dalam tong sampah. Kadang-kadang sudah jadi tabiat kita meletakkan kertas atau plastik di atas meja, di tepi sofa. Yang penting kat rumah kena ada tong sampah, barulah sampah tak berterabur. Tempat yang wajib ada tong sampah adalah dapur, bilik tidur dan bilik air. 

6. Disiplinkan diri untuk terus membasuh pinggan atau cawan selepas digunakan. Jangan biar berlonggok dalam singki atau letak dimerata-rata. 

7. Pastikan singki sentiasa bersih dan tiada sisa makanan.

Akhir kata "kebersihan itu separuh dari iman". 
Tentu best bila balik rumah dalam keadaan penat, tengok rumah bersih dan kemas... Hilang segala penat dan letih. 

Tips mengemas rumah 2

Assalamua'laikum Wbt

Alangkah seronoknya  apabila kita balik kerja, masuk je rumah, rumah kemas, bersih dan selesa. Hilang segala penat! Bila rumah dah kemas, nak masak pun mudah. Kerja jadi mudah dan cepat. Imagine, bile kita balik kerja dengan badan penat dan letih, masuk je tengok rumah tunggang langgang. Rasa macam malas je nak masukkan?

Untuk memastikan rumah sentiasa bersih dan kemas tidak lah susah pun jika kita tahu cara dan teknik. Macam kerja-kerja kt ofis tu. Mesti kita dah bahagikan kerja mana yang perlu disegerakan dan yang mana dateline lambat lagi. So, keutamaan kita mestilah yang dateline dah dekat.   Bila semua kerja kita buat secara sistematik dan terancang in sya Allah yang susah jadi mudah. Yang lambat jadi cepat!

Macam tu juga kerja-kerja rumah ni. Kerja rumah boleh kita bahagi kepada dua iaitu kerja yang perlu dilakukan setiap hari dan kerja yang perlu dilakukan seminggu sekali. 

 image :ihsan google

Perkara yang perlu anda lakukan setiap hari. 

1. Basuh pinggang setiap kali lepas makan. Jangan biarkan pinggan berlonggok dalam singki. Anda hanya akan mengundang lipas dan anda akan mengambil masa yang lama untuk masak dan membasuh kelak.

2. Buang sampah sebelum anda pergi kerja. Jangan biarkan sampah dua tiga hari di dapur. Ini akan menyebabkan rumah anda berbau busuk. Bila rumah berbau, mesti tak selesa kita nak duduk dalam rumah. Tiba-tiba dengan bau busuk, tetamu pula datang. Dah tentu malu gile...rasa nak masuk muka dalam mesin basuh..huhu

3. Basuh baju setiap hari. Anda sangat digalakkan basuh baju setiap hari. Bila basuh baju setiap hari, ia akan memudahkan anda melipat baju sbb kuantiti baju tak banyak. Bila dah banyak, mood melipat pun malas.

4. Mengelap meja makan dan dapur. Meja makan dan dapur perlu dilap setiap hari kerana ketika memasak, dapur dan meja akan yang akan digunakan. Ini dapat mengelakkan lipas dari bermaharaja lela  di dapur anda.

5. Menyapu lantai anda jika anda ada anak-anak kecil. Bahaya jika ada sampah sebab anak-anak kecil yang akan kutip dan ngap masuk dalam mulut. Lagi satu jika sisa makanan ada atas lantai, ia boleh menyebabkan semut. 


Perkara yang perlu anda lakukan seminggu sekali

1. Mengemop lantai. Lantai yang bersih akan menjadikan kita lebih selesa untuk pijak. Sebelum mengemop lantai, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah vakum lantai, supaya habuk dan sampah sarap dapat kita singkirkan.Oleh itu kerja-kerja mengemop senang dilakukan dan sebaiknya dibuat pada ketika cuaca panas. Jika dilakukan pada waktu hujan atau tidak berapa panas, lantai akan jadi lambat kering.

2. Mencuci lantai di luar rumah.  Mencuci lantai atau mozek di luar rumah memang sangat penting kerana ia menggambarkan pandangan or penilaian orang terhadap rumah kita.  Jika luar pun kotor dan bersepah, kemungkinan dalam pun sama. 

3. Memcuci bilik air juga sangat penting. Bilik air yang sudah lama tidak dicuci akan berlumut dan menyebabkan kotor dan licin. Cuci bilik air menggunakan sabun pencuci yang sesuai dan berus lantai. jangan lupa singki dan peralatan lain yang berkaitan. 

Friday, August 22, 2014

Sujudlah pada Allah

Assalamua'laikum wbt

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." 
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

Di usia yang makin bertambah ni, maka makin bertambah dekatlah ngn sakaratul maut. Cuma kita tak tahu bila kita akan pergi dan dimana akhirnya hidup kita. Hanya Allah saja yang tau. Itu semua adalah rahsia Allah. Yang penting sebagai hamba Allah yang hina lagi dina ni, kita kena selalu beringat akan kematian dan beribadah pada Allah seolah-olah kita akan mati esok. Opps bukan esok, seolah-olah malaikat dok tepi kita dah. huhu 

Jadi, kesempatan yang ada ni marilah kita sama-sama kumpul pahala sebanyak-banyaknye. Share lah sebanyak mana ilmu yang ada di blog-blog kita. Mana tau, ia akan jadi sebagai ilmu bermanfaat yang akan membantu kita di akhirat nanti. Mungkin dengan penulisan kita, akan umat manusia yang kembali kepada Allah. Mudahan ia akan memberi pahala berterusan kepada kita dan Allah beri kita syurga tanpa hisab. Amin. 

Ya Allah bantulah kami agar kami dapat meneruskan penulisan ilmiah ini agar ia menjadi bekalan kami diakhirat kelak. Amin. 


Sujudlah pada Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan Allah akan menghapuskan dosa-dosa kita yang menggunung. 

Dasyatnya doa ibu

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya, “Redha Allah bergantung pada redha kedua-dua ibu bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa”.  (Hadis Riwayat Hakim)

aku dulu bukan budak pandai. masa aku sekolah rendah aku tak pernah dapat no 1. paling terer pun no 15 kot. itupun dah wat aku senyum sampai telinga, kononnya pandai sangat la tu. Tapi dari dulu sampai la ni, tiap kali nak exam aku akan mintak mak doa kan aku. Sebab sume orang tau, doa ibu ni berkat dan makbul. Sebab redha Allah terletak pada redha mak bapak kita. So, kalau mak dan ayah tak redha, camne la kita nak berjaya di dunia yang fana ini. 

So, akhirnya dengan berkat doa mak aku, alhamdulillah aku dapat masuk matrik kat somban nun.  Jauh diperantauan. Masa nak g sana, aku excited sesangat. Tapi bila dan sampai, nangis-nangis nak berpisah ngn mak. Mak tiada gantinya kat dunia ni. 
Sampai matrik pun sama, tiap kali nak exam aku akan kol mak mintak mak doakan tiap kali mak solat. 

" Mak doakan cheq ya..doakan cheq berjaya na"
"Ye.. mak doakan anak-anak mak..."

Alhamdulillah berkat doa mak, aku yang tak berapa nak pandai ni berjaya masuk universiti gak. Ha..kat cnilah tempat den menimba ilmu... 


2006 aku berjaya graduate dari usm dan membawa pulang segulung ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik dgn kepujian. Memang dari thn akhir, aku berdoa sesangat agar aku dapat keje awal. Kalau boleh aku tak menganggur. Sbb aku nk support mak. Lagi sekali, doa mak la taruhan aku. Hari-hari aku suh mak doa. Huhuh... 

Alhamdulillah, bulan 6 2006 aku dapat keje sebagai pensyarah kt ITP. Tempat mencari rezki. Gaji RM1500 tanpa elaun. Bersyukur sesangat. Semua berkat doa mak. 

Abdullah bin Masud pernah bertanya kepada Rasullullah s.a.w, “Apakah amalan yang paling Allah s.w.t sukai?”. Baginda menjawab, “Solat tepat pada waktunya”. Abdullah bin Masud bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Baginda menjawab, “Melakukan kebaikan kepada kedua-dua ibu bapa”. Abdullah bertanya lagi, “Kemudian apa?”. Rasullullah s.a.w menjawab, “Jihad kerana agama Allah s.w.t”.  (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Jadi sehebat manapun kita, sedasyat mana pun kita, jangan lah lupa dgn mak & ayah kita. Tanpa diorng siapalah kita. Dan tanpa doa mereka, mungkin kita tak berada di sini. 
Semoga Allah berkati hidup kita dunia akhirat. AMIN

Monday, August 18, 2014

Tutuplah Aurat mu...

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, “Wahai anakku Fatimah! Ada pun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya di dalam neraka adalah mereka yang tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya”. (HR Bukhari dan Muslim)

Nabi sallallahu `alaihi wa sallam bersabda, "Ada dua golongan penduduk neraka yang keduanya belum pernah aku lihat: (1) Kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (penguasa yang zalim). (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang (tidak menutup aurat), berjalan dengan berlenggok-lenggok, mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka bagaikan punuk unta. Wanita-wanita tersebut tidak akan dapat masuk syurga, bahkan tidak akan dapat mencium bau syurga. Pada hal bau syurga itu dapat dicium dari jarak yang sangat jauh.” (HR Muslim)


Wahai sahabat-sahabat yang ku kasihi... marilah bersama-sama kita menutup aurat. Jangan kata belum sampai seru atau hidayah, tapi tutuplah aurat kerana Allah! kerana kita hambaNya. 

Friday, August 15, 2014

Resepi asam pedas ikan merah melaka

Aku bukanlah penggemar asam pedas. Malah bukan aku sorang.. satu family aku pun mmg x suka asam pedas. Klo masak asam pedas kt kampung confirm tak laku.

Satu hari tu,kwn baik aku bertunang di gemencheh. So kami,kwn kwn kolej pun pegi la. Em mmg meriah sesangat..happening. dan yang paling best bab makanan die. Sangat sedap. Of course la bukan katering. Org org kampung yg masak... mmg sedap. Dan tu la first time aku makan asam pedas daging tetel. Memang sedap. So sejak tu aku jadi penggemar asam pedas. Kawan aku kata tu asam pedas melaka. Memang rasa len sgt ngn asam pedas tempat aku. So sejak tu aku mula belajar masak asam pedas ngn kwn aku org melaka ni. Gigih aku wat. First time wat mmg xjadi la. Hehhe akhirnya setelah beberapa kali try..  alhamdulillah pejam mata dh leh wat. Dan asam pedas  melaka jadi hidangan istimewa.

Ni resepi asam pedas... tapi xsempat nk snap gmbar sbb bz wat due keje skali gus. Sambil masak sambil main ngn anak. Huhu

Resepi asam pedas ikan merah...

Bahan bahan
Ikan merah 2 ketul
Air asam jawa 1 mangkuk
Daun kesum
1/2 sudu serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil jintan manis dan jintan putih


Bahan yg diblend...
Cili kering yang telah diblend dlm 3 sudu
Bawang besar 2 biji (aku suka letak byk sbb lagi sedap)
3 ulas bawang putih
3 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Langkah...
1. Blend semua bahan bahan yg perlu diblend. Blend bersama jintan2..
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yg diblend
3. Masukkan daun kesum. Daun kesum ni penting untuk rasa dan bau asam pedas
4. Kemudian... masukkn air asam jawa..dan tunggu hingga naik minyak
5. Bila dh naik minyak... masukkan ikan. Kemudian garam dan gula.
6. Sesuaikan rasa dan angkat...

ucaplah...

Ucaplah ALHAMDULILLAH sebagai tanda syukur pd Allah..
Ucaplah ASTAGFIRULLAH HAL'AZIM sebagai tanda rendahnya diri pada Aĺlah
Ucaplah LAAILAHAILLALLAH sebagai tanda tiada Tuhan melainkan ALLAH


Rendahkanlah diri serendah rendahnya demi ALLAH.
Semoga kite Allah masukkn kita bersama org org yg beriman....
Semoga matinya kita dlm husnul khotimah...

Thursday, August 14, 2014

ilham dan irdina kesayangan ku.....

Minggu depan aku dh bekerja balik. Dah lama sangat cuti... Rasa berat hati nak kerja. Sebab bila dah masukkerja mcm-mcm kena fikir.Kalau dok rumah, otak hanya fikir anak-anak. Actually minggu ni dh start keje, tapi aku apply cuti lagi 4 hari. 

3 bulan aku bersama ilham dan irdina... totally masa aku 24 hours aku pandang wajah-wajah ahli syurga. Agak berat hati untuk kembali bekerja dan hantar diorng kt rumah pengasuh. Dan 3 bulan tu jugak banyak mengajar aku byk benda. Aku belajar mengenali anak aku. Anak sulong aku Muhammad Ilham. Aku mula mengerti perangai dan sikap anak aku. Ilham berumur 2 tahun 5bulan. Masih lagi kecil dan sangat-sangat perlukan belaian dan masih nak manja-manja dgn aku n papa. 

Masa-masa aku kt hospital time bersalin aritu almost 5 hari jugak aku tak dapat peluk Ilham dan jumpa ilham. Kalau jumpa pun hanya melalui tingkap hospital. Sedihkan. Huhuhu. Tapi alhamdulillah, luka bersalin aku tak der masalah, sodapat la aku kuar hospital cepat cket. Yang penting aku dapat jumpa ilham. 


Masa aku baru kuar hospital dan balik rumah, ilham langsung tak nak berenggang. Baring pun atas peha aku. Nampak sangat die rindukan aku. Cuma keadaan aku masih baru lepas di operate..so tak dapat la nak peluk die lebih-lebih. 

Masa di kampung,ilham tak leh langsung berpisah ngn papa. Setiap minit,setiap saat die nak ngn papa. Jadi aku byk masa ngn irdina. Lagipun time tu aku masih lemah dan mmg perlukan banyak masa rehat. 

Kemudian, mgg depan tuh, llham ikut papabalik bahau. Memang masa ilham nk balik bahau ngn papa...aku sgt sedih.Allah je tau. Takleh nak gambarkan perasaan aku.Seingat aku, aku tak pernah berpisah ngn ilham. Even pernah aku dapat kursus di melakapun... aku sanggup berulang setiap minggu. Emm... first time berpisah ngn llham n papa wat aku sgt sedih.Tapi sekejap je sbb hujung minggu tu ,papa dah bawak ilham balik kampung balik.

Lepas tu,mmg ilham duduk ngn mama terus.Papa lak dok bahau. Mama dah tak berpisah ngn ilham. Dan dari situ,banyak character ilham yang mama perasan. Mula-mula ilham agak susah nak trima irdina. Ilham nak cemburu tiap kali mama nk bg susu kt irdina. Lagi satu,mana-mana ilham nk pergi mesti ajak mama. 

Hujung mgg papa balik tengok mama ngn ilham. Ilham bila jumpa papa langsung tak nak berenggang. Rindu sangat tu. Sedih aku tengok. Dari bukak mata sampai ke nak tdur..ilham asyi berkepit dgn papa.Sampaikan bila papa masuk toilet... ilham tunggu depan pintu toilet. Sedihkan.... sian sangat kt ilham. Tapi nk wat camne.  Dan bila tiba hari ahad yg paling susah sbb papa nk balik bahau. Camne nk wat supaya ilham tak ikut papa. Last-last papa tunggu sampai ilham tdo,baru papa gerak balik. Yang mama sedih sangat tu, bila bangun je mesti ilham akan tanya papa. Dan tiap kali ilham tanya papa, mesti mama akan mengalirkan air mata.Xtau la nape mama rasa tersentuh sangat.Pernah satu malamtu,ilham mengingau panggil papa pastu nangis nak papa. Sedih giler mama time tu.hhuhuh tapi esoknya alhamdulillah ilham dah back to normal.

Masa dok kampung, mama ada irdina, ilham,tok dan ateh. Mama dok rehat je jaga ilham dan irdina. Yg len sume tok dan ateh yg wat. Bila dah lepas pantang, mama ikut papa balik bahau. Papa pulak keje... so keje-keje rumah mama kena wat. Kalau tak ilham nak mkn ape kn. dan sejak dari tu mama dah leh baca character ilham. 

Umur ilham baru 2 thn 5 bulan. So memang tak leh nak expect la yg ilham akan faham mama, tak buat perangai,tak mengada-ngada. Tambah-tambah bila ada adik ni, memang sebagai ibu kite nak anak-anak kite faham. Mana kita nak masak,nak kemas rmh,nak jaga baby lagi. So, anak-anak yg dah besar sokmo jadi bahan or tempat kita marah tiap kali wat salah. kalau anak dh umur 7 thn ke atas mungkin blh kite marah, tapi kalau umur baru 2 thn lbh...ape yg kite harapkan. Sedangkan berak die pun kita yg basuh.. inikan nk harap menda len..memang tak la.... sebab tu Rasulullah SAW kata, didiklah anak-anak  umur 6 thn ke bawah dengan kasih sayang. Tapi kite asyik-asyik nak marah anak. Aku pun sama. Hampir hari-hari marah ilham hinggakan sampai satu tahap aku rasa kemarahan langsung tak membantu tapi belaian yg patut kita bg kt anak-anak. 

Aku rasa semua kanak-kanak yg sebaya ngn ilham,perwatakan diorng lebih kurang je. Watak seorang anak yang baru dapat adik. Mula-mula aku perasan ilham ni, tiap kali aku nk bagi susu kt irdina, dia sedikit cemburu. Masa tu juga die nak minum susu, nak pelukla, nak ajak tengok upin-ipin la. Memula dulu, aku tak layan sangat. Aku lebih tumpukan pada irdina sbb baby kan.nak susu plak tu. Tapi ilham tak faham, tu yg wat aku marah dia. Bila aku marah dia,die lagi protes. Sampai dia kata " a-nak baby" ( Maksudnya taknak baby) . Sampai sekarang pun, kalau aku kurang beri perhatian ngn die ....die akan cakap menda sama. Memang aku perasan sesangat. Memang marah ke..pukul ke... jentik ke... memang tak berkesan. Yang paling berkesan adalah g peluk dia. Cakap elok-elok ngn dia. Aku selalu cakap ngn die " mama tengah bagi susu kat baby, jap g mama wat susu kt ilham". Pastu die akan ok. Tapi pastu memang betul-betul aku g wat susu kat die or teman die tengok upin ipi or layan die main jap. Bukannye kite concentrate kat die 24 jam sampai abaikan baby. Cuma luangkan masa sekejap ngn die. Sbb kadang-kadang kite terlupa bahwa kita ada anak len selain baby baru. 

Ilham ni manja sgt ngn papa. Tiap kali bunyi kereta depan rumah... ilham akan lari ke pintu jerit "appa balik". Kesian kn. Rindu sangat ngn papa. Padahal papa g keje je. Mcm tu jugak aku dlu. Dlu pagi-pagi aku hantar ilham g rumah pengasuh. Kul 6 baru amek. 10 jam ilham dok rumah pengasuh, dari 7.30pg sampai kul 6. Dok ngn mak ayah kejap je, lebih kurang 5 jam je setiap hari sbb dlm kul 11 mesti dh tidor. Itupun kita asyik nk marah anak je..dengan alasan kita penat la. Dlu pun aku selalu rasa nk marah sbbnya pas amek ilham dari rumah pengasuh, mesti nak masak plak. Ilham plak time tu la nk wat perangai.Kacau aku masak la.... Nak dukung la.Dah la kite penat. Dan kite mula la nak marah. Padahal sebenarnya, anak kita rindu sangat ngn kite,mcam ilham. Anak kita nak peluk peluk ngn kita,nak main main ngn kite,nak gurau-gurau ngn kita. Tapi kita tak faham. Macam tu jugak yg aku perasan bila papa balik keje. Ilham akan cari papa.Dok atas riba papa 24 jam. Susu pun nk papa watkan. Dan aku akan jadi sedih bila papa marah ilham walaupun mmg ilham yg salah. Sebab mama tau ilham rindukan papa.

Ilham ni mcm-mcm. Ilham suka sgt tgk upin ipin... payah nk pakai pampers. Klo nk tukar pampers smpi kena marah-marah. Pastu kalau mandi pun bukan main susah. Klo dh mandi xnak naik dh. N pastu tak nak pakai baju. Huhu yg plg xleh ingat klo bab naik moto. Sampai berpuluh kali pusing pun ilham xjemu naik moto. Huhu layankn jek...

Sekarang, aku cuba sebaikknya bahagikan masa antara irdina ngn ilham. Dalam sehari aku baring dan peluk ilham. Gurau ngn ilham. Layan kerenah dia. 

Sebenarnya, waktu anak-anak kecil ni la kite berpeluang nak peluk, nak cium, nak gurau,nak dukung die. Bile dah besar em ntah-ntah nk peluk kita pun malu. Pastu dok jauh...mesti jarang jumpa.... huhuhu... jadi gunalah masa yg ada ni sebaik mungkin... 



 

Sunday, August 10, 2014

Resepi Nasi Beriani Pakistan..

Hari ni sabtu..hari cuti tuk org yang keje gomen. Dan hari ni aku massak special tuk suami terchinta.Nasi Beriani Pakistan.Sebenarnya aku ni tak berapa pandai masak tapi aku try and sedang belajar masak khas tuk suami. Supaya suami sayang lebih.Moga Allah berkati usaha aku ini. 

Ok ini adalah resepi nasi beriani pakistan. Memang sedap. Sesuai tuk masak tuk hari special.. Resepi ni aku amek dari blog azie kitchen. Aku memang suke sangat blog die sebab kebanyakkan resepi die memang menjadi. Kalau nak step-by step boleh jenguk blog die.

Resepi Nasi Beriani Pakistan
Sumber : Azie kitchen

Bahan bahan:
5 cawan beras basmathi (rendam & tos)
1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)
4 kuntum bunga lawang
2 inci kayu manis
8 buah pelaga
10 bunga cengkih
1 sb serbuk ketumbar
1 sb serbuk jintan manis
1 sb serbuk jintan putih
1 sk serbuk kunyit
3 bawang besar – potong dadu
5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)
2 labu bawang putih – tumbuk
3 inci halia – tumbuk
1 ½ cawan yoghurt
2 bay leave
Minyak olive
4 biji telur – rebus, kupas & kelar
4 biji kentang kecil – kupas & rebus 
½ cawan susu (optional)
Saffron & pewarna kuning


Hiasan
Bawang goreng
Daun ketumbar – hiris
4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci
Daun mint
Badam & kismis, jika suka


Penyediaan Ayam:

1. Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

2. Kemudian panaskan minyak, tumis rempah menumis, baki bawang putih dan halia kisar serta bawang besar sehingga naik bau.

3. Masukkan ayam yang diperap dan kacau sehingga rata. Masukkan air sedikit sahaja jika menggunakan ayam tapi jika daging, air agak agak tenggelam daging supaya daging empuk. 

4.Satukan yoghurt dan buah tomato dan tuangkan ke dalam kuali, masak lagi sambil dikacau rata hingga naik minyak.  Jangan sampai terlalu kering. Biar berkuah sedikit. Akhir sekali masukkan bay leave, garam dan gula. Sesuaikan rasa.

Penyediaan Nasi:
1. Basuh beras, rendam selama 20 minit dan ditos. Di dalam periuk berasingan, masukkan air, sedikit minyak, buah pelaga, cengkih, bay leave dan sedikit garam. Masak sehingga air mendidih.

2. Masukkan beras dan masak sehingga nasi hampir masak tetapi tidak 100% masak.

Penyediaan Beriani:

1. Di dalam periuk lain, letak lapisan pertama iaitu nasi. Sudukan susu secara random ke atas nasi. Titiskan pewarna kuning atau  ayakkan saffron dengan menggunakan penapis teh ke atas nasi.

2. Letakkan telur yang telah dikelar dan kentang rebus. Taburkan tomato potong dadu, bawang goreng, cili hijau potong 1 inci, daun ketumbar dan daun mint yang dihiris.

3.Letak pula lapisan kedua, iaitu ayam bersama sedikit kuahnya sehingga menutupi lapisan nasi. 

4. Lapisan ketiga, letak nasi sehingga menutupi lapisan daging tadi. Sudukan susu dan titis pewarna kuning.

5. Lapisan atas sekali ialah lapisan ayam. Tabur dengan bawang goreng, tomato, cili hijau dan daun ketumbar.

6. Last skali, Masukkan periuk ke dalam rice cooker dan biarkan masak seketika. Boleh juga ditutup dengan aluminium foil dan dimasak menggunakan microvave atau dapur gas.

7. Keluarkan periuk dari rice cooker dan sendukkan nasi dan ayam ke dalam mangkuk lain dan digaul rata dengan perlahan lahan supaya nasi tidak patah. 

Friday, August 08, 2014

Berpantang selepas bersalin czer

Masa berpantang aritu aku berjaya turun 20kg. Banyakkan.Alhamdulillah.Walaupun aku bersalin secara pembedahan, tapi aku berjaya turun berat 20kg. Disebabkan bersalin czer, aku tak dapat bertungku macam bersalin biasa.Jadi aku terpaksa betul-betul jaga pemakanan. Ye la,takkan la lepas pantang, badan sama saiz dengan sebelum bersalin. 

Jadi aku nak share pengalaman aku berpantang selepas bersalin pembedahan..

1. Berurut
Masa dalam pantang, aku berurut dengan bidan. Tapi tak urut sangat diperut. Hanya di kaki dan tangan serta atas perut. Tempat pembedahan langsung tak disentuh.Jadi dapat la kendurkan sikit urat-urat yang tegang. 

2. Bengkung
Aku memang langsung tidak berbengkung sepanjang dalam pantang. Memang ada yg cakap boleh pakai bengkung.Tapi aku ni jenis penakut. Serit nak masuk hospital and nak tanggung sakit. So aku memang tak pakai bengkung. Mungkin ada yang kata takut perut buncit tak hilang... aku amalkan petua mak aku. Alhamdullah memang perut kempis. iaitu minum air sejam selepas makan dan jangan makan disulami air. Lagi satu jangan sentuh ais langsung.Mnum air suam-suam panas.

3. Minum air sejam selepas makan.
Memang AIR sejam selepas makan dan jangan makan disulami air. Heheh memang berkesan beb.Tapi hasilnya nampak selepas sebulan.Bukan buat hari ni..esok terus nampak. 

4. Minum air suam panas.
Minum hanya air suam panas. Jangan sentuh ais langsung.

5. Pemakanan
Sepanjang dlmpantang saya hanya makan nasi 2 kali sehari. Pagi saya sarapan roti dan air milo. Tengahari dan malam baru sy mkn nasi. Setiap kali makan, aku hanya ambil 1 senduk nasi sahaja. Memang rasa susah mula2.. sebab biasa makan bersenduk-senduk...tapi demi ramping n cantik... aku kuatkan semangat.

6. Sepanjang tempoh berpantang,  tiap kali mandi aku akan tutup tempat bedah dengan plastik. Ini untuk elakkan dari terkena air. Jika tempat luka basah,kena cepat-cepat keringkan. Aku selalu biarkan tempat luka terdedah pada udara sbb untuk elak ia bepeluh. Sebab bila berpeluh akan menyebabkan jangkitan kuman. Bahaya. Lepas pantang 44 hari baru aku mandi tanpa berlapik plastik. Alhamdulillah luka luar memang cepat kering. Even aku mandi lapik plastik,tp tiap kali lepas mandi aku akan keringkan tempat bedah dengan hair dryer takut lembap. 

7. Set bersalin.. 
Sepanjang berpantang, aku amalkan set bersalin shaklee dan Gamat healin. Dengan shaklee badan kita cergas dan tak letih. Gamat healin untuk luka dalaman. Even now dah 3 bulan, aku mash amek shaklee dan pati ikan haruan. 

8. Jangan angkat berat
Masa aku nak kuar dari hospital, misi dan doktor memang pesan sgt2 supaya tak angkat berat langsung sampai 6 bulan. pergh lama tu. Dan memang aku sangat jaga....and so far alhamdulillah mmg x angkat berat kecuali irdina.

Saat lahirnya Irdina...

irdina dah masuk 3 bulan.Alhamdulillah membesar bagai johan. Dan dah 3 bln jugak aku lepas dioperate. Bersalin czer. Bersalin czer ni agak berbeza dengan bersalin normal. Masa ilham dlu aku bersalin normal. Tapi kali ni aku bersalin czer. Mungkin dah tertulis aku akan bersalin czer. Redha ngn takdir Ilahi.

Bersalin czer ni agak susah cket nak jaga berbanding bersalin normal.Memang masa melahirkan tak rasa sakit tapi selepas bersalin,macam-macam nak kena jaga. Kalau bersalin normal, lepas pantang 44 hari luka dah baik. Tak der rasa sakit paper dah. Tapi bila bersalin czer ni,even dh 3 bln, aku masih rasa sakit dalam perut kalau buat kerja berat sikit.

15 Jun 2014 aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel bernama Nur Irdina. Aku warded 14 jun lagi. Memang doktor dah sarankan untuk aku bersalin czer sbb baby besar.Huhu... Terus terang aku mmg sangat takutdibedah. Petang 14 jun tu, husband hantar aku ke hospital teluk intan. Sepanjang malam tu aku takut tapi aku kuatkan semangat. Aku berdoa sepanjang masa. Moga Allah permudahkan urusan ku.

Esok pagi-pagi lagi aku dh ditolak masuk bilik bedah. Ketar seluruh badan. Aku rasa dalam 10 minit, baby dah kuar. Huhh memang besar 3.9kg. Lepas bersalin,aku ditolak ke wad. Ok lepas bersalin, aku tidk dibenarkan makan dan minum selama 6 jam, tidak dibenarkan bangun langsung dan angkat kepala. Dalam tempoh 6 jam tu, aku tidur tidak berbantal. Memang aku patuh. Setiap jam misi dan doktor datang tanya sama ada aku ada rasa pening atau tak. Alhamdulillah aku ok. 

Selepas 6 jam,misi datang suh cuba bangun. Ya Allah peritnya nak bangun. sakit sangat2.Allah je tau. Akhirnya aku x bangun pun. Batuk ngn bersin pun kena tahan. Huhuh Pagi esoknya misi suh try berjalan. Katanya takut ada darah beku. SO, aku try la bangun. Nak pijak lantai pun x boleh. sakit sangat. huhu baru rasa seksanya dibedah. Seblum ni dengar cerita orang je. Dan sepanjang di hospital 3 ari mmg aku tak mandi, just lapkan badan. Makan nasi pun nasi bubur. Sebab perut belum ok. 

Esoknya, irdina kena diterpaksa di tahan di wad lain sebab ada jaundis. And doktor kata kalau tinggi aku masih tak boleh kuar wad. Aku memang tak sabar nak kuar wad sebab kesian sangat kat ilham n abang. Abang terpaksa berulang pagi petang tengok aku kt hospital.Ilham plak taknak berpisah ngn abg. Sian ilham. Rindu sgt kt ilham time tu. Memang time tu tawakal pada Allah.Doa byk2 dalam hati agar kuning irdina turun dan aku boleh kuar wad. Memang setiap masa aku berzikir mohon pertolongan Allah. Ya Allah, memang betul,bila kita mohon pada Allah, Allah tlg kita. 
Petangnya, kuning irdina memang turun. Alhamdulillah, aku dan irdina dibenarkan kuar wad. terima kasih Allah...

Thursday, August 07, 2014

Mohon pada Nya

Dah lama aku jarang update blog. So bila sesekali nk update blog, idea menulis memang xdatang. Tapi bila aku baca buku Prof Kamil 'travelog haji'.. ia memang banyak memberi kesan pada aku. Dulu beliau orang biasa2 yang cuba menjadi orang yang luar biasa. Macam kita semua,cuba menjadi yang terbaik dalam semua benda. Berusaha sehabis baik untuk menjadi hebat.. tapi kita lupa.. bahawasanya yang menjadikan kita hebat dan luar biasa bukan usaha kitatapi adalah Allah. Usaha saja memang tak cukup. kenapa kita tak mohon pada Allah. Bermunajat mohon pertolonganNya walaupun perkara yang kecil. Chewaahhh...

Inilah yang Prof Kamil buat..yang beliau tulis dalam buku beliau. Dulu Prof Kamil ni suka bangun tengah malam untuk menulis buku tapi beliau tak pernah wat solat sunat. Sampai la suatu hari isteri beliau menegur beliau supaya beliau mengambil kesempatan tersebut untuk mengerjakan solat tahajud. Dan hasil tahajud kepada Allah...macam2 Allah anugerahkan kepada beliau. Prof Kamil dah berjaya menulis macam2 buku, blog, dan paling best menjadi best seller. Kagumnya saya. 

                                               
Bukankah Allah telah berfirman... 

 "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."

Masa bulan ramdhan yang lepas, aku berkesempatan dengar ceramah agama seorang ustazah. Tapi aku xingat nama dia. Katanya kita mintalah apa saja dengan Allah. Mintalah supaya kita istiqamah beribadah kepada Nya. Mintalah dan mengadulah kepada Allah walaupun hal kecik2. 

Kita nak berubah untuk bangun awal. Kita cuma berusaha kunci jam.. tapi kita tak mintak pun tolong dengan Allah. Kita nakjadi wanita yang pandai memasak, so kita belajar masak macam2. So ada yg jadi...ada yg xjadi. tapi kenapa tak mohon dengan Allah. Patutnya Kita mengadulah dan berdoalahdengan Allah... 

"Ya Allah, jadikanlah aku seorang wanita solehah yan pandai masak. Jadikan pekerjaan ini sebagai satu ibadah untuk ku.Berkatilah dan rahmati hidupku dunia akhirat "

Jadi, doalah dan mohonlah pada Allah SWT setiap hajat kita. So marilah sama-sama kita jadikan Allah sebagai sandaran kita...

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...