Thursday, January 16, 2014

Bila ALLAH menjemput kita...

Kenangan paling indah sepanjang tahun 2013 yang tidak pernah terlintas berlaku kepada saya adalah saya dijemput Allah untuk mengerjakan umrah. Kali pertama dalam hidup saya memijak kaki di bumi Makkah dan Madinah. Alhamdulillah. Tanpa sebarang duit simpanan dan tanpa sebarang perancangan, segala-galanya agak mustahil. Tapi kuasa Allah mengatasi segala-galanya.Perkara yang tidak pernah terlintas di hati dan fikiran saya.

Setiap kali balik kampung, mak akan meluahkan perasaan ingin ke Mekah. Dan saat itu jugak hati saya membuak-buak untuk bawak mak ke sana. Tapi jauh naluri saya cakap mustahil sebab saya tak cukup duit simpanan. Nak tampung diri sendiri pun tak mampu. Macamana nak bawak mak. Lagi pulak masa tu saya ada anak kecil. 

Tapi, setiap kali saya terbaca... 

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (dengan mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu."  (Al-Baqarah~:45)
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا اسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَ الصَّلاَةِ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْن
 Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat; sesungguhnya Allah  beserta dengan orang-orang yang sabar.  (Al-Baqarah: 153)


Ya...mintalah pada Allah dengan jalan sabar dan solat. Dan dari saat tu, saya kuatkan pendirian saya dengan mohon pada Allah. Setiap hari saya berdoa supaya Allah bantu saya untuk bawa mak pergi mekah. Doa dan solat hajat dgn penuh yakin dan harapan. 

Tak sangka Allah dengar dan penuhi permintaan saya. Awal tahun 2013, mak mertua ngn adik beradik suami saya akan ke Mekah menunaikan umrah. Dan ditakdirkan Allah, mereka tak dapat pergi sekiranya tiada mahram. Akhirnya suami saya terpaksa menjadi mahram. Tapi suami saya berkeras untuk saya pergi bersamanya. Tapi saya tak sanggup pergi sebelum mak saya pergi. huhuhu sebab dah lama mak pendam perasaan untuk pergi ke Makkah. 

Akhirnya saya dapat bawak mak g Mekah dan belanja mak. Taktau la rezeki dari mana. Duit cukup pergi sana. Dan siap boleh bagi duit poket kat mak.Terima Kasih Allah.... 

Yang pasti Allah permudahkan segala urusan dan cukupkan keperluan kami. Amin 

miss you sayang...

really miss n love u sayang....




Monday, January 13, 2014

Rezeki yang tidak disangka-sangka


Firman Allah SWT.yang bermaksud :
"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, maka Allah akan menunjukkan kepadanya jalan keluar dari kesusahan, dan diberikanNya rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka, dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan keperluannya."
(Surah At-Talaq ayat 2-3)


Rezeki yang melimpah ruah..itulah yang menjadi idaman semua manusia. Bila sebut je nama ' rezeki', yang terlintas dalam hati kita adalah duit. Duit adalah rezeki. 

Tapi hakikat sebenarnya, maksud rezeki tu itu sangat luas. Rezeki itu bukan sahaja duit. Kesihatan yang baik adalah rezeki. Anak-anak yang ramai, baik dan sihat juga rezeki. Rumah tangga yang bahagia juga rezeki. Cuba fikirkan betapa banyaknya rezeki dari Allah untuk kita. 

Rasulullah SAW bersabda: “Bersegeralah bersedekah, sebab bala bencana tidak pernah bisa mendahului sedekah."

Sedekah berupaya menolak bala. Dengan sedekah yang kita bagi, tanpa kita sedar, Allah telah menjauhkan malapetaka dari kita. Pernahkan terjadi ketika kita sedang memandu kereta, tiba-tiba handset berbunyi dan kita yang selalu cuai, ambik handset. Dan tiba-tiba lampu merah. Kita brek mengejut. Alhamdulillah, nasib baik sempat brek. Kalau tak, mungkin kita dh langgar kereta hadapan. Nah..lihatlah, Allah dah selamatkan kita dari malapetaka. Bersyukurlah kepada Allah. 
Mungkin ketika anak kita sedang melintas jalan, tiba-tiba ada kereta laju. Dan pada masa itu, nasib baik ada orang lain cepat-cepat tarik anak kita ke tepi jalan. Alhamdulillah. Allah selamatkan kita dari malapetaka. Sedarkah kita? 

Bila sebut Allah akan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka... semua manusia berharap dapat duit bonus berkepuk-kepuk atau dapat duit dari sumber yang tidak disangka-sangka. Tapi perasan atau tidak, Allah sentiasa memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Cuma mungkin rezeki yang Allah bagi pada kita bukan dalam bentuk duit. Pernah tak, ketika kita sedang sarapan pagi dikedai, tiba-tiba kawan kita belanja. Ha...itulah rezeki dari Allah. Rezeki yang tidak disangka-sangka. Pernah tak, suatu petang tiba-tiba jiran datang hantar sepiring kuih  atau seplastik buah rambutan. itu pun rezeki yang tidak disangka-sangka.
Pernah satu hari, saya teringin sangat nak makan durian. Tapi tak berkesempatan nak beli. Cuma dalam hati saya, saya cakap "in sya Allah, kalau ada rezeki saya untuk makan durian, in sya Allah ada". Dan kalau Allah kata ia bukan rezeki kita, usaha macamana pun, saya takkan dapat. Walaupun saya pergi beli durian, mungkin durian tu busuk, xboleh makan. huhuhu
Tapi kuasa Allah, ketika saya pergi rumah pengasuh untuk ambil anak saya, tiba-tiba pengasuh saya bagi saya 2 biji buah durian. Alhamdulillah. Syukur. Rezeki yang tidak disangka-sangka dari Allah. 

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
"Jika sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, pasti Allah akan memberi rezeki kepadamu, seperti Dia memberi rezeki kepada burung-burung yang terbang di pagi hari dengan tembolok kosong dan waktu pulang kesarangnya pada waktu petang, temboloknya sudah penuh."

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...