Friday, June 28, 2013

i'm sorry...

Maafkan aku wahai sahabat-sahabatku. Sesungguhnya aku adalah insan lemah lagi hina. Kadang-kadang tanpa sedar, banyak hati yang terluka dengan tingkah, perbuatan dan kata-kataku. Maafkanlah aku. Andai ada yang terguris hati. Dan halalkanlah segalanya andai ada hutang yang aku terlupa yang belum terlunas... 

Pesanan untuk wanita

Pesanan untuk kaum wanita : Perbanyakkanlah berbuat baik dan bersedekah kerana kebanyakkan penghuni neraka adalah kaum wanita. Banyakkanlah berziikir kepada Allah SWT dan taatlah pada suami. Semoga Allah menjauhkan kita dari api neraka yang mana bahan bakarnya adalah manusia. Jagalah aurat sebaik mungkin, ikutlah ajaran islam. Semoga Allah menyelamatkan kita dari api neraka. Amin

Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Pesanan untuk Wanita...

Pesanan untuk diriku dan kawan-kawan ku yang selalu lupa. Semoga Allah hidupkan dan matikan kita dalam iman. Semoga Allah matikan kita dalam Husnul Khatimah. AMiN


1. Berbuat baik dan banyak bersedekah
Dalam sebuah hadis riwayat Ahmad dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Wahai semua wanita, bersedekahlah walaupun dari perhiasan kamu sekalian. Sesungguhnya kamu kelak paling banyak menjadi penghuni neraka.

2. Banyakkanlah tasbih & zikrullah
Dalam sebuah hadis riwayat at-Tirmizi, bahawa Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Hendaklah kamu (para wanita) memperbanyak membaca tasbih, tahlil, taqdis dan hitunglah dengan ruas jari-jari kerana sesungguhnya mereka akan ditanya dan akan dijadikannya boleh berbicara. Janganlah kamu lalai sehingga melupakan rahmat Allah.

3. Taatlah pada suami
Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Sebaik-baik wanita adalah wanita yang menyenangkanmu jika kamu melihatnya, mentaatimu jika kau menyuruhnya dan dapat menjaga dirinya dan hartamu ketika engkau tidak bersamanya.

4. Tunaikanlah kewajipan agama
Dalam sebuah hadis riwayat al-Bazaar, Rasulullah SAW bersabda (yang bermaksud): Jika seseorang wanita solat lima waktu, berpuasa pada Ramadan dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.

5. Tutuplah aurat seperti yang diwajibkan ke atas setiap wanita
Rasulullah s.a.w menjelaskan tentang wanita penghuni Neraka, baginda bersabda : “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bunggul unta. Mereka tidak masuk Syurga dan tidak mendapatkan wanginya Syurga padahal wanginya boleh didapati dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)



Berzikir semasa bekerja

Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan, tidak memerlukan wuduk atau menutup aurat. Ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan.   Walaupun mudah tetapi ramai yang gagal melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian. Punca atau sebab selalu terlupa berzikir adalah kerana lalai dan kerana tidak dibiasakan amalan berzikir.

Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57). Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.” Allah berfirman: “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” Allah berfirman yang maksudnya: “Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10)

Demikianlah amalan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah diucapkan.



Sumber : http://tazkirahjumaat.blogspot.com/

Empat perkara yang membawa kebahagian

Semua orang mengharapkan kebahagian di dunia dan diakhirat. Namun, hanya sedikit yang mencari kebahagian hakiki. Dan kebanyakkan kita menganggap kita akan bahagia apabila kita kaya dan banyak duit. Sebab dengan duit kita boleh beli macam-macam, melancong ke mana saja yang kita nak. Namun sedarkah kita, berapa banyak orang kaya yang tidak bahagia? jiwa tak tenang? Anak-anak rosak, isteri tak taat, kawan-kawan semua menipu, dan macam-macam lagi. 

Rasulullah SAW pernah berkata jika kita inginkan kebahagiaan hidup didunia dan akhirat hendaklah mengamalkan empat perkara. "Ada empat perkara dan sesiapa yang diberikan empat perkara tersebut sesungguhnya telah diberikan kebaikan didunia dan akhirat. Empat perkara tersebut ialah 

  • Lidah yang sentiasa berzikir. 
  • Hati yang sentiasa bersyukur
  • hati yang sabar ketika ditimpa musibah
  • Isteri solehah

Tips melatih diri kita supaya mendapat berkat dan rahmat dari Allah.


  • Biasakan diri kita membaca Bismillahi Rahmanir Rahim sebelum melakukan sesuatu. Seperti sebelum menulis blog, membaca buku dan lain-lain
  • Ucaplah Alhamdulillah sesudah melakukan sesuatu perkara.
  • Bersabar apabila ditimpa kesusahan. Anggaplah semua itu adalah ujian dari Allah. Rajin-rajinlah sebut innalillahiwainnailaihirojiun
  • Sentiasa berzikir kepada Allah

Wednesday, June 26, 2013

Sunnah Rasul SAW sebelum tidur


Terdapat beberapa sunnah Rasul SAW yang baginda lakukan sebelum tidur iaitu.

1. Membaca Surah as-Sajdah Dan al-Mulk

2. Membaca Dua Ayat Terakhir Surah al-Baqarah (Ayat 285 dan 286)

3. Solat Witir

4. Membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq, an-Naa-s

5. Membaca Ayat al-Kursi (al-Baqarah: 255)

SURAH AL-KHAUSAR


TERJEMAHAN SURAH AL KAUTSAR
(KEBAIKAN YANG BANYAK)

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

1.Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak (di dunia dan di akhirat)

2.Oleh itu , kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelilah korban (sebagai syukur)

3.Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang dingininya)

......................................................................................................................................................................

SURAH AL-KHAUSAR

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah. Al Khausar bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Dengan membaca surah ini sekerap yang mungkin bila bersedih.. InsyaAllah kesedihan yang dialami akan hilang.

Marilah berselawat



Alhamdulillah dengan rahmat dari Allah, kita masih diberi kesempatan untuk berzikir dan bertasbih memujiNYA. Dikesempatan yang ada, marilah sama-sama kita luangkan masa berselawat ke atas kekasih Allah SWT iaitu Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw adalah insan terpuji yang menjadi contoh kepada setiap manusia tidak kira mereka yang beragama islam ataupun tidak. 

Alangkah baiknya kita menjadikan setiap satu amalan harian Nabi saw sebagai contoh ikutan untuk kita setiap hari. Jangan dilupakan juga buat muslimin maslimat agar sentiasa berselawat kepada Nabi Muhammad saw kerana ia merupakan hadiah yang khusus untuk setiap orang islam untuk Nabi Muhammad saw. Salam dan selawat untuk junjungan besar Nabi Muhammad saw. Berikut adalah antara amalan harian yang kita wajar jadikan contoh dan teladan dalam melalui kehidupan harian. InsyaAllah.

  • Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi.
  • Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  • Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua perkara dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  • Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  • Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  • ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  • Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  • Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan
    pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  • Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
  • Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  • Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi
    janggutnya-Tirmizi
  • Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, beliau makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  • Sahabat meriwayatkan:
    Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)- Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan.
  • Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi.
  • Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
  • Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat.
  • Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
  • Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
  • Nabi SAW sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
  • Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  • Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari.
  • Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman .
  • Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
  • Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan,ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
  • Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  • Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
  • Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
  • Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
  • Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
  • Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
  • Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
  • Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan .
  • Silangkan kaki jika tidur di masjid.
  • Hadith:Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Bukhari
  • Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
  • Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas(mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh.
  • Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
  • Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun(astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  • Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya
    mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
  • Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
  • Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
  • Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas RahmatNya. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
  • Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
  • Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  • Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
  • Berdiri apabila melihat iringan jenazah.
  • Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) – Muttafaq Alaih
  • Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
  • Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu Dawud
  • Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
  • Beri salam hingga tiga kali sahaja.Bahawasanya baginda memberi salam sebanyak 3 kali, apabila salamnya tak berjawab, beliau beredar.
  • Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
  • Melakukan /membantu isteri pekerjaan di rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
  • Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

sumber : http://bersihjiwahati.blogspot.hk

Monday, June 24, 2013

Amalan mengelakkan penyakit @ wabak...

Nabi Muhammad s.a.w. selalu berpesan kepada umatnya agar menjaga kesihatan sebagai langkah mencegah penyakit, supaya kita dapat membuat amal kebajikan yang sebanyak-banyaknya.  Berikut adalah amalan yang boleh kita amalkan bagi mengelakkan penyakit @wabak...
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik tuk kita agar mudah untuk kita beribadah kepadaNya.. Amin

1.  Sentiasa berWuduk. Banyak iklan dan nasihat harini disarankan basuh tangan sebanyak kali yang boleh trutama ketika sebelum makan. Dan sebenarnya Rasulullah SAW telah lama menekankan hal ini melalui berwudhu'. Berwudhu lima kali sehari lebih dari sekadar basuh tangan. Dalam wuduk, kita diajar basuh tangan hingga kesiku, muka, kepala, telinga dan kaki hingga buku lali


2. Solat dan zikir menguatkan hati dan jiwa.Bila hati dan jiwa kuat, maka tubuh akan kuat

3. Sedekah mengelakkan mala petaka selain menyuburkan harta dan diri.

4. Solat jamaah (Jumaat dan lima waktu) tidak akan menyebabkan virus itu merebak walaupun kita berkumpul serta duduk berdiri dalam keadaan amat rapat (tidak sah solat jamaah jika sof tidak rapat)...

5. Baca al-Quran kerana itulah doa  yang paling hebat! Bukankah al-Quran itu kalimah2 Allah? Apakah ada kalimah lebih baik dari al-Quran? Berdoalah pada waktu-waktu yang mustajab doa, seperti setiap kali selepas solat fardhu atau selepas bacaan yaasin pada waktu pagi.

7. Disamping semua itu, kita boleh amalkan madu asli. 


Nabi s.a.w bersabda maksudnya "Sesiapa menjilat madu tiap pagi maka ia selamat dari racun dan sihir...
"InsyaAllah, mudah-mudahan Allah lindungi kita daripada bala dan melindungi kita daripada terkena penyakit wabak.


Sumber : http://mjbz14.blogspot.com/2009/08/sebagai-seorang-islam-saya-yakin.html

Nikmat Kesihatan...

Semalam dikejutkan dengan jerebu yang makin tebal kat bahau. Seblum ni cuma kt johor. Johor yang dh kritikal. Allahuakbar! Dan seharian semalam kami berkurung dalam rumah. Risaukan kesihatan anak aku, Muhammad Ilham. Ya Allah berilah kesihatan yang terbaik utk Ilham. Sungguh kesihatan itu satu nikmat yang tak ternilai dari Allah. Dah seminggu lebih aku selsema. Dan 2,3 hari ni aku demam. Rasa pening. Dan dua tiga hari ni jugak sakit keliling mata. Nak kemas rumah tak larat...tak semangat. Akhirnya pegi klinik. Dr Thong kata, selesema aku dah truk. Mukus dah teruk bahagian mata kanan. Memang pun, nak tunduk sakit. Kepala sakit. So bile dah sakit ni, nak buat kerja xdapat la. masak ala kadar. Nak sembahyang pun susah. Xleh sujud n rukuk lama-lama. Memang x kusyuk. Nak ngaji Qur'an jauh sekali. Inilah nikmat kesihatan yang sering kita lupa.


Dari Anas ra, Rasulullah saw telah bersabda: Maksudnya: “Jika Allah menghendaki kebaikan bagi seorang hamba-Nya, disegerakan baginya kesusahan (balasan) sewaktu di dunia lagi. Sebaliknya jika Allah menghendaki kejahatan bagi seorang hamba-Nya, ditangguhkan pembalasan ke atasnya sehingga hari Kiamat.” (Hadis riwayat At-Tirmizi: 2395, “Hadis Hasan”, Sahih Al-Jami’ As-Saghir: 308)

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya". (HR Bukhari, Muslim)

Dari Ummu Al-Ala', dia berkata : "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjengukku pada masa aku sedang sakit, lalu baginda berkata. 'Gembirakanlah wahai Ummu Al-Ala'. Sesungguhnya sakitnya orang muslim itu membuatkan Allah mengampunkan dosa-dosanya, sebagaimana api yang menghilangkan kotoran pada emas dan perak". (HR Abu Daud)

Kaum wanita ramai menjadi penghuni neraka...

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”(Muslim)
Wanita dari asal kejadiannya ( fitrahnya ) memang telah diciptakan berlainan dan berbeza dengan lelaki, adanya kelainan atau perbezaan itu tentu ada maksud dan tujuannya yang tertentu.
Lemahnya agama bagi golongan wanita tidak harus dijadikan alasan untuk memadamkan semangat dalam beribadah kerana pada saat seseorang perempuan itu haid atau nifas di mana mereka tidak dapat menjalankan ibadah solat dan puasa, mereka sebenarnya masih mampu menjalankan amal ibadah lain yang berpahala yang dapat mendekatkan diri pada Allah, kecuali sebaliknya iaitu jika mereka melibatkan diri dalam perbuatan yang mendatangkan dosa dan segala sesuatu yang dapat melalaikan bahkan menjauhkan diri daripada Allah.
Manakala perempuan dikatakan kurang (lemah) akalnya kerana fikiran mereka mudah sekali terpengaruh, tertipu dan terpedaya kerana mereka dikurniakan dengan banyak nafsu dan lazimnya mereka tidak berfikir lebih panjang dan bersifat emosional. Oleh itu dalam hal pengadilan Islam lebih mengutamakan lelaki. Tetapi dalam hal yang lain, Islam sama sekali tidak menolak akan hakikat ketajaman pemikiran golongan wanita yang mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum lelaki.
Hanya sesungguhnya yang membezakan antara makhluk Allah S.W.T, tidak lain hanyalah nilai ketaqwaan mereka.

Bersediakah kita?

Tujuan aku menulis coretan ini adalah untuk mengingatkan diri aku dan juga sesiapa yang terbaca tulisan ringkas ini... Semoga bermanafaat dan mengingatkan diri aku dan mereka yang sering terlupa.

Bile buka fb makin ramai orang berbisnes. Alhamdulillah sunnah Rasul SAW semakin dihidupkan. Makin ramai umat islam berniaga. Namun ramai juga yang mengiklankan NAK kaya Cepat? nak cantik ? nak Kurus ? Sume sibuk berbisnes. Dan ramai jugak sibuk mencari rumah lelong, saham bskl ..dan mcm-mcm lagi. Semua sedang sibuk mengumpulkan saham dan aset untuk hari-hari akan datang.

Tapi disebalik tu, adakah kita dah kumpulkan saham akhirat. Saham yang paling penting? Bekalan kita disana. Saham yang boleh membantu kita untuk masuk syurga.  Kalau difikirkan mengumpulkan saham akhirat lagi mudah dari mengumpulkan saham dunia. Sementara masa yang masih ada, sementara nyawa dikandung badan...sama-samalah kita kumpulkan saham akhirat. 

"Dari Anas r.a. berkata bahwa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1. Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.
2. Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.
3. Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya.
4. Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.
5. Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.
6. Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.
7. Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri."

Monday, June 10, 2013

terima kasih Allah

Minggu ni aku berkursus kt a famosa resort. Emm first time dtg cni. Pas taklimat td... trus blk bilik. 6 org je wanita kusus.yg len sume lelaki. Aku ngn jasman kt cni. Td mcm mls nk g kudus...tp ble dh sampai, nmpk cm ok gak  sbb kusus ppk..blaja wat amali. Bukan cam kusus biasa yg banyak presentation.

Moga moga aku dpt timba ilmu baru n jalinkn silaturahim ngn kwn2 baru kerna Allah swt. Moga ini adalah jihad aku dlm menuntut ilmu.

Tadi masa nk bertolak...rs sedih sgt. Sbb sedih nk brpisah dgn ilham dan suami tersayang. Bile berjauhan baru terasa sayang, cinta &rindu. Hehe masa dok dekat sokmo gaduh manja. Hehe eemmm betul kata org, sesekali bile berjauhan blh mengeratkn hubungan.

Dan sgt terharu jap g, abg nk dtg amek. Dtg dr bahau.jauh tu. Sejam br sampai. Dkrng dh 9.45 pm... plg awal sampai 1045. Terharunya. Mesti papa ngn ilham rindu ngn mama kn. Hehe sampai sanggup dtg amek mama. Luv both of u so much. Terima kasih Allah atas nikmat dan rahmatMu tuk kami.

Ok kena stop. Sbb baru teringat aku blum solat. Wajib tu. Solat tiang agama. Perkara pertama yg akan dihitung masa akhirat nnti adalah solat. Klo solat sempurna..maka sempurna lah amalan len.klo solat pun xcukup...mcmana amalan len nk ok...


Kata lah "In Sya Allah"


Diriwayatkan pada satu hari beberapa penduduk Mekah datang berjumpa Nabi saw. untuk bertanyakan mengenai roh, kisah ashabul kahfi. Nabi saw. lalu menjawab, "Datanglah esok pagi untuk aku menjawabnya".

Keesokan harinya wahyu tidak turun kepada Nabi saw. dan gagal menjawab soalan-soalan yang telah dikemukakan.

Maka turun wahyu ayat 23 dan 24 dari Surah Al-Kahfi. "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap sesuatu, "Sesungguhnya aku akan mengerjakan yang demikian itu pada hari esok", kecuali (dengan menyebut) "In shaa Allah" . Dan ingatlah kepada Tuhanmu jika kamu lupa dan katakanlah "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepada yang lebih dekat kebenarannya daripada ini". (Al Kahfi 23-24)

Sebutan "in shaa Allah" bererti "jika Allah mengkehendaki" atau "dengan izin Allah".

Kita dikehendaki untuk menyertakan ungkapan "in shaa Allah" dalam setiap perkara yang ingin kita lakukan.

Allah hendak kita sedar bahawa kita tiada kuasa untuk memastikan kejayaan sesuatu yang ingin kita lakukan.

Allah hendak kita sedar dan ingat kepada kekuasaanNya.


C&P : fb:Tazkirah

Kelebihan istigfar


Saturday, June 08, 2013

berkasih kerana Allah

Kasih dan syg lah sesama makhluk kerna Allah. Kerna bahagia tu dr Allah bukan dr suami, mak ayah atau kwn2...bile rasa cinta terhadap pasangan makin pudar, makin ilang...ingatlah Allah. Berdoalah dgn Allah agar Allah beri rasa syg dan bahagia tuk kite selamanya..

.

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...