Sunday, April 28, 2013

MUZIUM DI KOTA SUCI MEKAH

Salah satu lokasi yang kami ziarah sepanjang kami berada di Mekah adalah Muzium yang menempatkan khazanah berharga barang Mekah. 





muzium bersejarah di Kota Mekah

Ini adalah Makam Ibrahim yang mempunyai batu yang ada kesan dua tapak kaki Nabi Ibrahim. Batu itu sekarang ini diikat dengan perak dan diletakkan di dalam sebuah tempat yang diperbuat daripada tembaga berwarna keemasan. Menunaikan solat di sisi Makam Ibrahim adalah suatu yang mempunyai kelebihan yang besar. 
Allah berfirman bermaksud : “Dan ingatlah ketika kami jadikan Baitullah sebagai tempat berhimpun bagi manusia dan tempat yang aman. Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim sebagai tempat solat.” (Surah al-Baqarah, ayat 125)


Ini adalah bekas yang memegang Hajar Aswad iaitu batu hitam yang terletak di Kaa'bah. Hajar Aswad asalnya berwarna putih iaitu lebih putih dari susu tp menjadi hitam disebabkan oleh dosa-dosa manusia. Hajar Aswad adalah batu dari syurga.

Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:

“Nikmatilah (peganglah) ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.

ini adalah pancur Emas yang terletak di atas sisi Kaa'bah di dalam kawasan Hijir Ismail. Dikatakan dibawahnya adalah tempat paling mustajab untuk berdoa.

Ini adalah Al-Qur'an lama yang terdpt di Mekah. Sesungguhnya Al-Qur'an adalah sebaik-baik bacaan.

Daripada Nawwas Bin Sam'an R.a telah berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Di hari akhirat kelak akan didatangkan Al Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah A-li ‘Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”.






Ini adalah Kota Madinah yang akan datang. Kota Madinah akan diperbesarkan lagi bagi menampung umat Islam yang ramai.

ini adalah alat yang dibina di telaga air zam-zam. Alat ini dibina untuk mengambil air zam-zam.





Friday, April 26, 2013

ZIARAH UMRAH : LADANG UNTA



أَفَلَا يَنْظُرُونَ إِلَى الْإِبِلِ كَيْفَ خُلِقَتْ (17) وَإِلَى السَّمَاءِ كَيْفَ رُفِعَتْ (18) وَإِلَى الْجِبَالِ كَيْفَ نُصِبَتْ (19) وَإِلَى الْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ (20) فَذَكِّرْ إِنَّمَا أَنْتَ مُذَكِّرٌ (21)

Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana dia diciptakan? Dan langit, bagaimana ia ditinggikan? Dan gunung-gunung bagaimana ia ditegakkan? Dan bumi bagaimana ia dihamparkan? Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang memberi peringatan. (Surah al-Ghasyiah : ayat 17-21)



Antara destinasi yang pihak Gemilang bawa kami ziarah adalah ladang unta. First time aku tengok unta secara live. Kalau kt dalam tv ke gambar ke mmg biase la. N first time jugak aku dapat tengok padang pasir yang luas terbentang tanpa pokok, panas terik dan penuh ngn habuk yang berterbangan. 


 Pada zaman Rasulullah SAW, unta merupakan salah satu binatang kesayangan Rasulullah SAW yg diberi nama Qaswah.  Dan unta merupakan salah satu tanda kuasaan ALLAH SWT. Ajaibnya ciptaan Allah ini adalah kerana unta dapat hidup dipadang pasir tanpa makan dan minum selama 8 hari dibawah suhu 50'C.

"Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang itu dan pada yang diciptakan Allah di langit dan di bumi, benar-benar terdapat tanda-tanda (kekuasaan-Nya) bagi orang-orang yang bertaqwa. (QS. 10:6)"


Inilah padang pasir yang luas tanpa sebarang pokok. Allahuakbar memang panas. 

Ni la unta-unta ciptaan Allah yang Maha Besar. Unta yang boleh hidup dipadang pasir yg panas. 


Ilham pun nak tengok unta






Ini adalah susu unta. Emm berkrim n lemak. 




 Barangsiapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya hendaklah dia mengatasi (menyelesaikan) kesulitan orang lain. 
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)

Thursday, April 25, 2013

JABAL RAHMAH

Masa kat Mekah, kami dibawa melawat Jabal Rahmah. Apa yang bestnya pasal Jabal Rahmah ni adalah Bukit Jabal Rahmah ni adalah bukit tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah berpisah bertahun-tahun lamanya. Di sinilah akhirnya Nabi Adam dan Hawa kembali bertemu. Dari segi bahasanya Jabal Rahmah bermaksud bukit Kasih sayang.  Bukit yang menjadi saksi cinta suci antara Nabi Adam dan Hawa. 

Dan Saat kami memijak bumi Jabal Rahmah, terasa keindahan tiupan angin menusuk ke jiwa, melihat keindahan ciptaan Ilahi dan merasaikan cinta antara Nabi Adam dan Hawa. 
Masa kami tiba di cni, sungguh ramai. Walaupun cuaca terik tapi ramai berpusu-pusu naik Bukit Jabal Rahmah. Dan sesetengah org kata, kat cni kite boleh mohon diringankan jodoh. Ins Sya Allah dimakbulkan. 




Orang sangat ramai bersesak di jabal rahmah. Bukit dibelakang adalah jabal rahmah

Ini adalah tugu yg terletak dipuncak jabal rahmah. Tugu ini adalah untuk mengenang peristiwa pertemuan Nabi Adam dan Hawa yg telah terpisah beratus-ratus tahun .
Ketibaan kami di Jabal rahmah



with my dearest mom. Luv u forever

bersama mak, mak mertua ngn moksu...




Bersama suami tersayang. Semoga cinta kita kekal hingga ke jannah. 


On da Way nak naik Jabal Rahmah...
Suasana di Jabal Rahmah dari atas....

Wednesday, April 24, 2013

Pertandingan Kemahiran Elektrik


" Dan katakanlah : bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang Mu'min akan melihat pekerjaanmu itu dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata lalu diberitakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"
(Surah At-Taubah :105)

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." 
(Surah al-Baqarah:216)

ok.. hasil meting...program dijalankan pada 16 april. Ad hock punye program dan floor managernye adalah Ros. Thanks Ros...
3 pertandingan yg dijalankn iaitu Pertandingan wiring surface, sesalur n condiut & mesin elektrik 3 fasa.














PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI PEJ PENERANGAN SERTING

Ok... Semalam adalah hari yg sangat buzy sbb semalam kami (aku, fahmi,liaw n student PPE) sibuk membuat wiring di pejabat penerangan serting. Huhh... asalnya malas sebenarnya. Tapi bile fikir dari sudut baiknya mungkin ini boleh jadi hasanah tuk students di akhirat nnti...aku ikhlaskan hati bawak diorng. Mungkin dgn izin Allah ini boleh jadi salah satu sumbangan tuk masuk syurga. Heheh... n moga-moga tempiasnya Allah bagi pada kami cikgu-cikgu diorng ni...

Sesungguhnya apabila matinya anak adam, terputuslah segala amalan kita kecuali tiga perkara iaitu :

1. Amal Jariah
2. Ilmu yang bermanafaat
3. Anak soleh yang mendoakan ibubapanya



عن أبي هريرة رضى الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث: صدقة جارية أو علم ينتفع يه أو ولد صالح يدعو له
Maksud hadis :

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim). 



Amal jariah amat luas pengertiannya. Sungguh banyak nikmat Allah yg diberikan kpd kita sehingga apabila kita mati, ia masih memberikan pahala pada kita. Antara amal jariah adalah 

  • memberi Al-Qur'an pada orang. Selagi orang membacanya, selagi itu lah kita dapat pahala. 
  • Menanam pokok. Selagi pokok tersebut hidup, dan bermanafaat tuk makhluk Allah, selagi tu lah dapat pahala
  • Sedekah yang digunakan ke arah kebaikan seperti membina masjid , sedekah sejadah , telekung dan lain-lain
  • Mcm anak murid aku ni, tlg pasangkan lampu secara percuma. Dan aku percaya selagi ia boleh digunakan oleh manusia, selagi tu Allah akan berikan pahala pd mereka. Alhamdulillah
Dan ada lagi ilmu yang bermanafaat yang boleh mendatangkan pahala pd kita walaupun kite telah meninggalkan dunia yg fana ini. Iaitu perkongsian ilmu di facebook dan juga blog. Moga-moga dengan perkongsian tersebut meninggalkan manfaat pada diri kita dan sesiapa sahaja yang membacanya. 

Sesungguhnya Rasullullah SAW bersabda.. 
                         Rasulullah S.A.W bersabda “Sebarkan Walaupun Daripada Sepotong Ayatku

lokasi yg akan wat wiring -pasang 3 lampu pendaflour

students yg tunjuk bakat terpendam

 ni lah org kuat yang wat wiring...mmg respect la :D

hasil kerjasama pelajaar-pelajar

aktiviti lain - gotong royong

yg jelitawan tu adalah pensyarah pn mesheta... 

yg ni model perut ni adalah supervisor student yg wat wiring... mr liaw yin huat

hampir siap... 

yang penting...KERJASAMA 

pasang spotlight 

ni lah hasilnya....tahniah dear... u'alls mmg best 

ni la bos-bos yg hadir merasmikan majlis penutup 

ni la student yg excited bergotong royong.... 

Tapi apakah tugas aku ?
jeng jeng
.....
....
..........

inilah dia tugas aku...duduk tepi longkang n tengok org wat keje.. :D 


AWAS !!! jgn tiru aksi malas ini :P


Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...