Sunday, October 21, 2012

Resepi Ayam Percik

Menu untuk lunch hari ni. Ayam percik ngn kari ayam.


ayam percik yg masih tinggal lepas lunch

Bahan-bahan 
6 ketul ayam
1 1/2 cawan santan pekat 
2 biji bawang putih 
1 labu bwg besar 
2 cm halia 
2 batang serai 
1 camca kecil ketumbar 
1/2 camca kecil jintan putih 
1 keping asam keping 
3 sudu cili kering yang telah diblend (jika suka dan inginkn kuah merah)
garam dan gula secukup rasa 

Cara-cara 
1.  Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan dan perap bersama ayam dalam 1/2 jam. Jika tempoh perap lagi lama..makin sedap rasanya.

2.  Gaulkan ayam yang telah diperap bersama santan,asam keping, cili, garam dan gula didalam periuk. Kemudian masak di atas api sehingga ayam 3 suku masak. Sekiranya ingin kuah pekat, boleh tambah tepung beras.
3. Angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar. Bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan. 

Last skali hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi.

FINAL PIALA MALAYSIA





Saturday, October 20, 2012

knape mama masih susukan ilham dgn susu mama

1.  Kerana Allah SWT
Firman Allah maksudnya : " Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap." 
Surah Al-Baqarah 2:233

2. Menjimatkan ekonomi mama ngn papa sbb mama ngn papa xpelu beli susu mahal2 tuk ilham. Bukan kedekut ek sayang. Jimat cermatkan amalan mulia.

3. Anak mama jarang demam

4. Anak mama blum pernah kena selsema even dikelilingi oleh org yg menghidap flu

5.  Dgn susu ibu, ilham sangat aktif & cerdik

6. Kulit ilham sangat lembut dan halus.

7. Ilham xpernah ada ruam. Alhamdulillah.

here..my super duper hero...

Thanks to Allah sebab menjadikan susu ibu yang sungguh ajaib. Alhamdulillah. 

Susu utk Ilham

Alhamdulillah..ilham dah genap 7 bulan. Membesar bagai johan. Dan yang paling best adalah ilham masih minum susu ibu. Fully breastfeeding. N of course yang paling hapyy adalah mamanya. :D
Makanan yg paling best adalah susu ibu kn....n mama dh berjaya dapat Diploma menyusu...Wah...bestnya..
so, now mama target nk menyusu ilham sampai 2 taun (longterm goal). but for short team goal, mesti sampai setahun ye sayang.

So...setiap hari rutin aku kat ofis masih sama. Setiap 3 jam, mama akan pam susu tuk ilham. 8.30 pg, 1230 tgh & 4.30 ptg. So, hari-hari dpt la bawak balik susu tuk ilham.

walaupun org kata susah menyusu badan sbb mama bekeja..tp mama usahakn tuk susu ilham dgn susu mama. n mama nmpk banyk kebaikannya...

catatan susu perahan tuk ilham


ILHAM TIDUR...




Bestnye tengok ilham tdo....



Thursday, October 18, 2012

Adolescent idiopathic scoliosis

Semalam terbaca satu post member yang anak die menghidap penyakit Adolescent idiopathic scoliosis. Ape ke bondo?  First time dengar.... Nampak luaran anak die cam sehat je...tp tup-tup smlm baca post kat fb..dh kena masuk wad nk operate...

Pas aku google kt tenet rupa-rupanya Adolescent idiopathic scoliosis adalah satu penyakit dimana tulang belakang menjadi bentuk S. 
see...tulang belakang seblah kiri adalah normal tp yg sebelah kanan berbeng S.


Penyakit ni klo tidak diubati akan menyebabkan sakit belakang yang berpanjangan. Tulang belakang yang bengkok akan menghimpit paru-paru. Dan boleh memberi kesan yang -ve pada wanita-wanita yang ingin hamil.

Tanda - tanda penyakit scoliosis, bahu tak sama tinggi, pinggul tinggi sebelah, pinggan senget sebelah dan struktur badan membengkok ke arah sebelah sahaja. 

for more info boleh refer sini. http://lolipop089.blogspot.com/
** penulis blog ni adalah penghidap scoliosus

sambungan Incident 3.00 pg part 2

So...selepas incident yang tak diduga....papa beli kipas dinding baru tuk ilham. Jenama KDK lagik.
So, petang smlm papa dah siap install tuk ilham. Huh...mama cuma tlg tengok je papa pasang. kuikui

Tapi... mama tgk papa letak kipas duduk tu atas lantai tu.... Huhhh Bahaya ni. Takut ilham g main kat kipas. Smlm dh kena hempap ngn kipas... takut arini ilham masukkan jari dlm kipas lak...

Tapi.....
Sepanjang mlm ilham x kacau pun kipas tu. Tak pegi usik pun. Tak de pun merangkak ke kipas....
Rupa-rupanya teori papa ngn mama salah. Teori dlm post Incident 3.00 pg .
Ilham bukan minat ngn kipas !!! tp actually ilham suka berdiri. Oh ...

so malam incident tuh...ilham berdiri kat kerusi then maybe men tarik-tarik n usik pape yg ada ats kursi termasuk kipas. So ..tu yg menyebb kipas tu jatuh hempap ilham...

So sepanjang mlm tadi....papa dh kuarkan kerusi dan kipas dari bilik ilham. Kipas tu cuma diletakkn atas lantai. Tapi ilham xusik pun kipas n die lagi minat g berdiri kat sofa-sofa n pape saje yg boleh bg die berdiri.

huhu....my dear ilham

Wednesday, October 17, 2012

Incident 3.00 pg

Hari ni mama dah beli kipas angin baru utk ilham. Kipas angin dinding. huhuhu. Sebelum ni dalam bilik ilham cuma pakai kipas meja. Semalam berlaku satu incident yg tak diduga. Xtau camne jadi sbb masa tu mama ngn papa tertidur. Mama rasa mama baru tidur 5 minit. Ilham plak sejak makin lasak ni, asyik nk main je. xnak tdo. Mama dh xlarat nk tunggu ilham. last-last mama tertidur.

Mama tersedar bile dengar ilham terkejut. mama ngn papa trus bangun. N terkzut bile tengok ilham kena tindih ngn kipas angin. Haaaa....Risau Sangat mama. Kipas tu tercabut bilah. Dan kipas tu atas badan ilham. Rasau takut ilham luka ke ape... tp alhamdulillah..ilham selamat. Allah mmg melindungi anak-anak kecil mcm ilham.

So. tengahari ni mama ngn papa pegi beli kipas angin baru tuk ilham, so Lepas ni ilham dh x kena timpa ngn kipas lagi. Sbb anak mama suka sangat nak amek kipas.

Monday, October 15, 2012

PANTAI REMIS


Menikmati keindahan pantai ngn ilham tersayang

usha lala ngn kerang yang sangat freshh...
sedapnya klo dpt makan...

gerai jualan

mr hubby bosan menunggu order...

men air ngn ilham


CENDOL DURIAN BORHAN

jalan-jalan cari makan lagik....on the way balik ke bahau, kami sempat singgah kat CENDOL DURIAN BORHAN yang sangat femes amous tu di Kuala Selangor....first time nk cuba try test....

cendol durian borhan

sedapnyee...tapi ilham makan pisang je :D
 

cendol durian dengan pulut

cendol durian dengan jagung

asiknye mkn

Wednesday, October 10, 2012

Walker Baru utk Ilham

Yeah...hari ni papa beli walker baru utk ilham....muahh...papa choose the best walker tuk ilham...
RM 179.00 dear... the expensive one tuk ilham....dr kedai anakku bahau


Papa sibuk installed walker tuk ilham

ilham pun turut menyibukkan diri....excited kot tengok walker

rasa walker sedap ke x ngn lidah

kerjasama antara papa ngn anak..memasang walker

yea..dpt walker


posing dlu




tips dr ilham ,cara untuk mengetahui kualiti sesuatu walker.. = " rasa dgn lidah"




 


Hai...Saya Suka Tengok Kamera

Hai...Nama saya Muhammad Ilham Bin Mohd Fahmi...saya sangat suka tengok kamera..KLikkkk
hari raya kat rumah paklong AM

hari raya puasa kat rumah tok

sukenye tengok kamera

my beautiful eyes

kat rumah saya...bahau

sy suke tengok kamera

hepynye naik walker baru

Bawa Bekal Air Kosong

  
wajib minum air banyak setiap hari...sekurang-kurang 1 liter...
n semenjak aku menyusu ilham sepenuh masa, aku terpaksa minum 3 liter sehari...wahahha
air kosong je tu tak termasuk air sirap...air oren..air mata air...air paip..heheh
dan disebabkan aku amek supplement shaklee...so aku terpaksa minum 3 L....

camne aku ukur kuantiti air ?
Setiap pagi 8 - 12 tgh - aku akan bawa bekal air 1.5 L ke ofis dan mesti habis seblum lunch...
so, after lunch aku akan topup air lagi 1.5L ...dan mesti habis dari kul  2-5.00 ptg
so..totally 3 L....

malam aku just minum ala kadar sebab ada fakta mengatakan malam x elok minum byk air :D

botol yang sangat banyak berjasa...



Tuesday, October 09, 2012

Jom Rasa KFC Zinger Double Down

Produk Baru KFC yang yummy....lembut luar dan dalam...
let's enjoy it


Harga dah lupa la ..huhuhu sebab dapat je trus baham...
for more info...klik sni 

Monday, October 08, 2012

24 TIPS HIDUP BAHAGIA dan DAMAI

 

1. Jangan membanding banding kan diri kita dengan orang lain. 

2. Jangan berfikiran negatif terhadap org lain 

3. Jangan mengejek atau merendahkan orang 

4. Jangan melakukan sesuatu mengikut emosi

5. Jangan suka ber gossip hal2 yang tidak penting 

7. Jangan suka mengeluh

8. Yang berlalu, biarlah berlalu jangan diungkit"

9. Jangan suka membenci

10. Hiduplah dengan aman damai

11. Sedari bahawa kebahagiaan berawal dari diri kita sendiri

12. Sedari bahwa hidup adalah proses pembelajaran.

13. Banyakan senyum & ketawa

14. Jangan suka mendesak

15. Selalulah berkomunikasi kepada orang yang disayang

16. Yakinlah Setiap hari adalah hari yang baik

17. Maafkan semua orang

18. Luangkan waktu untuk orang tua dan hormati mereka

19. Berusahalan membuat orang2 lain tersenyum.

20. Jangan mencampuri urusan orang lain.

21. Berilah perhatian terhadap keluarga.

22. Hargailah orang yang mengasihi kamu dan menyayangi kamu

23.Jika melihat orang susah,harus saling tolong menolong

24.Yang terakhir paling penting adalah kesabaran

Ilham Suke Main_main

anak mama sayang ni dah suke main-main...sangat suka main-main.... dan benda yang paling ilham suka ada kertas...apa2 yang berkaitan dengan kertas termasuk surat khabar..majalah, tisu dan seangkatan dengannya. Kadang-kadang mama ngn papa terkejar nk selamatkan ilham...sbb ilham xtau yg nyawa dia dlm bahaya ngn aksi-aksi yang dia wat...


ILHAM AKSI STUNT
p/s abaikan suasana dibelakang

ilham dan bilik tidur

semuA nak masuk mulut

new hobby = selongkar segala barang

Friday, October 05, 2012

Wasiat Terakhir Rasulullah SAW

http://halaqohdakwah.files.wordpress.com/2008/07/alquran.jpg?w=200&h=134
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

SEMPATKAN AMALAN

Salam dipagi jumaat yang mulia....semoga Allah masih merahmati kite...
dipagi jumaat yang mulia dan penuh berakah ini...saya nak share satu info yang sy dapat dari program Tanyalah Ustaz pagi tadi.... iaitu Solat Isthikarah... tapi bukan solat isthkarah tp sedikit ilmu dan tips dari ustaz tersebut...

 
Dalam kehidupan kita..tanpa sedar kite lebih mendahulukan hal dunia... hal-hal dan bab2 keagaamaan jauh kite tinggalkan dibelakang. Untuk lebih membahagiakan kite sepatutnya sehari jika berkesempatan seboleh kite membaca 40x surah alfatihah. Tapi dalam tak sedar kite dah baca 17 kali surah al-fatihah sehari. iaitu masa kite sembahyang 5 waktu sehari semalam. cuma kite perlu tambah dengan solat-solat sunat untuk mendapatkan 40x sehari...

uishh..nmpk cam susah kn...sy pun..heheh susah rasa nak wat...rasa cam tak terbuat...knape ek...
jawapan kite....sbb tak der masa. Kena keja 8am - 5 pm. Pastu balik petang amek anak, layan anak, masak lagi....sedar2 dh malam...badan dah penat....trus tdo... tp alhamdulillah yang wajib masih terjaga...cume kesempatan tuk yang sunat belum terbuat...

Tp apakah kata ustaz tu..... yang septutnya adalah...
kite takpernah sempatkan diri untuk buatkan amalan sunat... kite tidak menjadikan amalan sunat sebagai keutamaan kite.... sepatutnya dalam apa kerja kite dulukan ibadah kepada Allah.

ibaratnya kite hendak membuang air besar atau air kecil.... pernah tak dalam sehari kite tak kencing....
klo seminggu x membuang air besar...kite dh risaukan...
malah klo tengah berada dalam meting yg penting sekali pun, klo kite sakit perut...kite sanggup tinggalkan meting tuk pergi toilet...
malah klo naik bas jauh pun, even lagi 2-3 km nak sampai destinasi... kite sanggup suh driver bas berhenti klo sakit perut yg dh tak tahan...

tapi kenapa dlm ibadah kite tak boleh wat camtu....

so...renung-renungkan dan selamat beramal...semoga hal-hal dunia tidak melalaikan kita.

Thursday, October 04, 2012

Shaklee Set Percubaan & ESP

Yeah....akhirnya aku turut terpengaruh tuk beli set shaklee... tapi aku masih under budjet..cume set beli set percubaan... tujuaannya sbb sejak lepas raya aritu memang susu aku drop sangat2...stok ebm sume dh habis...risau sangat sbb hajat dihati nak menyusu ilham sampai dia dua taun.
tapi bile stok dah habis...memang sangat risau...sekali pam cuma dapat 2-3 oz...lagi teruk dari masa pose. time pose sekali pam dapat gak 5-6oz.... so akhirnya aku terpaksa gak labur duit tuk beli shaklee.

Set percubaan yang aku beli RM 75.00. ada vitamin E, Vitamin C, Bcompleks dan alfafa.
Taarikh start makan = 22 September 2012. So, lagi sebulan aku nak check keberkesanan nya... Tunggu !!!

Dan semalam aku beli lagi satu ESP or in full namenya Energyzing soy protein. Harga RM 121. Beli ngn kwn, so dpt la harga ahli. Thans lin sbb bg harga ahli. So, hari ni dengan rasminya aku dh start minum ESP. ( 4 Oktober 2012)

So, result :

Set percubaan penyusuan : 22 Oktober 2012
Esp : 4  November 2012...

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...