Wednesday, May 09, 2012

sayang Ilham so much

Mama sayang Ilham so much.....
Rindu Ilham sangat walau ilham depan mata mama....


Monday, May 07, 2012

Terima Kasih Allah

Emm....alhamdulillah, terima kasih Allah kerna telah menghadiahkan Ilham pada kami ....
Alhamdulillah, setakat ni Ilham tak pernah menyusahkan mama....sebab Ilham adalah anugerah yang paling terindah dalam hidup mama...sayang Ilham..Muahhh....

Masa mama nak lahirkan Ilham, mama start sakit kira2 pukul 11 malam. Masa tu mama baru lepas kol rumah. sembang-sembang ngn tok. Mula-mula mama ingat sakit biasa. Tapi papa syak mama akan bersalin...tapi mama masih taknak pergi hospital sebab takde darah atau air ketuban yang trun. Pastu kira2 jam 2 pagi, darah dah start kuar. Lastly papa hanta mama ke hospital. Lama mama bertarung sakit untuk melahirkan Ilham.       17 jam mama dalam wad bersalin menahan sakit untuk melahirkan Ilham. Memang dah tak terdaya. Dan dalam hidup mama tak pernah mama rasa sesakit tu. Itulah sakit yang paling sakit yang pernah mama rasa sepanjang mama hidup..... Hanya Allah je yg tau. ...Dalam hati mama, mama hanya berdoa agar Ilham selamat.

Kira-kira jam 7.40 ptg pas maghrib, mama selamat melahirkan Ilham dengan selamat. Papa tak sempat tengok sebab papa g semyang ngn tok. Kesian tok, datang dari jauh sebab nak teman mama bersalin. TOk dh la sakit lutut. Tu la pengorbanan seorang ibu. Jasa yang takkan pernah kite dapat balas.
Masa mama selamat lahirkan Ilham, Ilham tak menangis. Nurse-nurse ctu semua kelam kabut. Nape anak mama tak menangis? Diorng tepuk2 dada anak mama...tapi anak mama tak menangis. Mama hanya sempat tengok kepala anak mama je...masa doktor letak ilham atas perut mama. Mama rasa lega sgt dapat lahirkan Ilham. Then, nurse bawak Ilham ke tempat lain. Pastu baru mama dengar Ilham menangis kuat. DOktor kata, Ilham lahir pucat and biru. Maybe anak mama dah lemas dalam perut. tapi alhamdulillah, anak mama lahir normal....

Kemudian mama dibawak masa ke bilik wanita. Malam tu mama x dapat tengok Ilham. Ilham ditempatkan di unit rawatan rapi kanak-kanak.

Allah menghadiahkan Ilham sesuatu yang istimewa :

1. Ilham tak menangis masa kuar dari perut mama....
2. Sepanjang 2 bulan mama jaga Ilham, Ilham tak banyak kerenah...
3. Ilham jarang menangis..susah sangat nak menangis...kecuali lapar...tu pun sekejap jer
4. Sepanjang 2 bulan ni..alhamdulillah..anak mama tak pernah demam lagik.... walaupun dah kena cucuk. Terima kasih Allah...
5. Ilham tak kesah walau tidur dalam suasana bising..hehhe
6. Ilham jarang kembung perut...mungkin sbb anak mama kuat kentut n berak...
7. Anak mama kuat bersin.....hehehe

Friday, May 04, 2012

Ilham pembawa rezeki

Syukur ke Hadrat Ilahi kerna taun ni, Allah telah melimpahkan ruahkan rezekinya pada mama & papa...
First skali mama & papa dapat naik pangkat ke DH 44. Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusan. Dan seterusnya Allah telah menghadiahkan mama & papa anak yang soleh n hencem Muhammad Ilham....
Semoga rahmat dan berkat ALLAH sentiasa mengiringi hidup kte sekeluarga...AMIN dan semoga anak mama menjadi seorang lelaki yang soleh, yang beriman dan bertaqwa.




Seksinya anak mama

Alhamdulillah hari ni ilham 54 hari....dah besar anak mama....& minggu depan Ilham dah cukup dua bulan. :D
hari ni ilham xnak pakai baju. Tadi Ilham merengek-rengek n nangis. Bila mama check rupa-rupanya anak mama dah membuang, Pas cuci... ilham xnak pakai baju. Anak mama excited sangat xpakai baju. maybe panas kot....

Ilham excited

wah bestnya dapat bukak baju 



hencemnya anak mama

buah hati mama & papa

Keletah Ilham

Ilham merajuk...

Ilham suka...gelak riang


Wednesday, May 02, 2012

Muhammad Ilham -my son

Muhammad Ilham - first day...

Muhammad Ilham 2nd day 

Muhammad Ilham -fourth day

Muhammad Ilham -fifth day

Muhammad Ilham - 6th day


Tuesday, May 01, 2012

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...