Friday, November 25, 2011

Doa elak malas, rasa dukacita, tertekan, dan elak kedekut


dari pakar how to

Anda selalu berasa malas? Anda ada masalah sering berkeluh kesah dan berasa dukacita? 
Anda ada sifat penakut dan kedekut? Anda mengalami tekanan hutang dan dizalimi orang lain?
Saya mencadangkan agar anda dapat hafal dan amal doa di bawah ini.
Doa nya tidak panjang mana. Semua orang boleh hafal dan amal.
Bacalah doa ini setiap kali lepas solat. InsyaAllah, semoga dengan doa yang kita baca secara istiqamah (berkekalan) akan dimakbul kan oleh Allah Ta’ala.


Berikut adalah doa elak daripada perasaan malas, rasa keluh kesah, dukaciti, sifat kedekut dan penakut dan elak alami daripada tekanan hutang.


doa-elak-malas

Maksudnya : “Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemahuan dan malas, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat penakut dan kedekut, aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan hutang dan kezaliman manusia.”

Keterangan:

Diriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a. bahawasanya pada zaman Rasulullah s.a.w. ada seorang sahabat yang sangat miskin bernama Abu Umamah. Siang dan malam dia tinggal di masjid, sehingga Rasulullah pun mengetahui perihal keanehan-keanehan pada diri Abu Umamah itu, dan kemudian beliau memanggilnya seraya menanyakan sebab-sebab dia bersikap demikian.
Abu Umamah menerangkan kepada Rasulullah s.a.w. tentang kesedihan dan kesusahan yang menyebabkan ia tidak betah tinggal di rumah, kerana akibat banyaknya hutang yang tidak dapat di bayarnya.
Mendengar pengaduan Abu Umamah, Rasulullah s..a.w. merasa hiba lalu beliau berkata kepadanya: ”Mahukah kamu kuberi beberapa kalimat dan amalkanlah dengan baik setiap hari, nescaya Tuhan akan melenyapkan kesedihanmu dan dan memberimu kelonggaran? Kemudian Rasulullah s.a.w. membaca doa diatas, sedang Abu Umamah mendengarkannya dengan baik.
Abu Umamah membiasakan membaca kalimat yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. itu siang dan malam dengan penuh keyakinan bahawa Allah akan memberi kelonggaran kepadanya.
Selang beberapa hari, kesedihan dan kedukaan yang dialami Abu Umamah berkurangan, makin lama makin berkurang dan akhirnya hilanglah sama sekali dan terbukalah alam fikirannya untuk mendapatkan usaha yang baik.
Dia akhirnya menjadi usahawan yang besar, sehingga hutang-hutangnya dapat terbayar semuanya, dan bahkan dia menjadi orang yang kaya raya.

Thursday, November 03, 2011

(Official Video) SPIDER - Kita Satu

KAEDAH MENDIDIK ANAK

Untuk post kali ni, saya nak share tips mendidik anak yang betul yang sy dapat dari blog nie....
http://darwishndarwisya.blogspot.com

Blog ni adalah hak milik lina karim. Iaitu ibu kepda dua orang anak yang bernama ...
Yang membuatkan saya kagum adalah anak-anak nya sudah menghafalkan Al-Quran seusia baru 4 tahun. Anak-anak die di ajar membaca al-quran sejak dari bayi. Dia tak ajar pun baca ABC ke kira nombor 1,2,3. Tapi dengan ajaran Al-Quran tersebut menjadikan anaknya cerdik. Secara automatik ABC kira nombor semua anak die dapat belajar sendri.  tapi zaman sekarang kebanyakkan mak ayah akan dedahkan anak-anak dengan ilmu-ilmu ABC la...mengira la...

  SELITAN DARI BLOG BELIAU
Darwisya Adrianna, umur 3 tahun (2009)
Darwisya Adrianna adalah anak pertama saya. Dilahirkan pada bulan Oktober 2006 di sebuah hospital di Petaling Jaya. Boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris dan juga bahasa Melayu serta sedang belajar Bahasa Arab. Seorang kanak-kanak yang boleh dikatakan lambat berjalan dan lambat bercakap jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain. Suka menonton TV dan rancangan kegemaran adalah BARNEY and Friends, dan Dora the Explorer.. Kini umurnya 3 tahun, dia sudah boleh memBACA Quran dan telah mengHAFAL 30 surah alquran (anugerah Sijil Hafazan 30 surah terakhir dari Akademi Darul Huffaz)


Darwish Adrian, umur 1 tahun (2009)

Darwish Adrian adalah anak kedua saya. Seorang anak lelaki yang dilahirkan pada bulan Mac 2008 di sebuah hospital di Kelang. Dia suka menghisap jari dan bayi yang sangat mudah dijaga berbanding kakaknya waktu kecil dulu. Mula belajar huruf hijaiyah berbaris fathah pada umurnya 6 bulan. Bulan ini (Julai 2009) umurnya 1 tahun 3 bulan dan sudah mengenal kesemua 26 huruf hijaiyah bertanda atas/fathah kecuali huruf 'za' dan 'la'. Sasaran saya semoga dia boleh membaca alquran lebih awal dari kakaknya dan dapat menghafal surah lebih banyak dari kakaknya. Saya berdoa semoga dia dapat menghafal 30 surah terakhir sebelum umurnya mencapai 3 tahun nanti dengan menggunakan kaedah yang sama. InsyaAllah.


Nota 8 July 2009 : Darwisya berumur 2 tahun 7 bulan sudah boleh membaca surah pendek. Sasaran saya adalah supaya anak saya menghafal sekurang-kurangnya 17 surah pada umurnya mencapai 3 tahun pada 27 Oktober 2009 nanti.


Nota 21 Ogos 2009 : Alhamdulillah, sudah 17 surah yang di hafal oleh Darwisya setakat hari ini.



Nota 24 December : Alhamdulillah, sudah 30 surah dalam hafalan dan telah diuji oleh Akademi Darul Huffaz serta mendapat sijil 'Hafazan 30 Surah Terakhir' Akademi tersebut
 
Nota 27 December : Darwisya sudah berumur 3 tahun 2 bulan. Selepas ini dia akan meneruskan membaca Al Quran hingga khatam. Sasaran saya supaya anak saya berkhatam pada umur 4 tahun. InsyaAllah.

Nota 2 February 2010 : Darwisya sudah berumur 3 tahun 4 bulan. Saya menukar sasaran daripada khatam al quran sebelum 4 tahun kepada menghafal surah-surah penting al Quran. Menghafal dan membaca keduanya sama penting. Tetapi saya ingin mengoptimakan latihan hafazan yang akan mempengaruhi kekuatan otak pada jangkamasa panjang pada ketika umur ini. Menurut kajian sains, perkembangan otak kanak-kanak adalah pada umur 0-5 tahun.

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...