Saturday, July 23, 2011

menang contest 1st place :)

alhamdulillah...buat pertama kali dalam idup, aku menang contest...tempat pertama lak tu...heheheh
tak sangka :D




Dengan ini diumumkan, pemenang bagi Pertandingan Nukilan Seorang Teman berdasarkan pemarkahan:

Tempat Pertama: Norazah Abdullah
Tempat Kedua: Krole
Tempat Ketiga:Hana Farhana.

Manakala, berdasarkan undian:

Tempat Pertama: Mis Zalina
Tempat Kedua:Azwa Saini

Karya-karya mereka ini saya akan keluarkan pada setiap hari Rabu. Mengikut giliran. Bermula dengan pemenang undian.

Friday, July 01, 2011

Radix Fried Chicken

Semalam daku telah berjaya membuang masa dan duit di Mydin, Melaka. Huhuhu...Sampai kan terlupa membazir itu adalah amalan syaitan. Ya Allah, ampunkan hambaMu yang hina ni.AMIN.
Dan sedang asyik menghabiskan duit dan masa, daku telah terjumpa sebuah restoran makanan segera iaitu Radix Fried Chicken.
Alhamdulillah akhirnya ada jugak restoran yg dapat mengantikan KFC iaitu Rfc (radix Fried Chicken).
So, after this kite tak perlu la nak beratur panjang utk makan kat kfc a.k.a meyokong agenda yahudi tuhhh.....

Rasa gembira bercampur syukur sangat-sangat sebab yg ni dah confirm halal n yg paling penting x menyokong yahudi. Dan yg paling menarik menu yg disediakan memang sama cam kfc....


Siap ada chicken delight lagik


ni lak Radix Mega Konvo


Semalam sempat lah daku merasa ayam dia. So aku amek Chicken Delight lagik ngn air coke (ala-ala snack plate gitu)... N tanpa ragu-ragu n was-was, aku jamin memang sangat sedap. Sedap Sangat !!!!
Memang mcm kfc, n lagik sedap.
Dan yang paling best bile tengok si pekerja-pekerja Rfc ni. Semua of course laa pakai tudung n lagik satu, semua staf wanita memakai tangan panjang dan baju kerja diorang adalah baju tshirt muslimah tu yg labuh sampai ke lutut. Wah!!! aku sebagai wanita tengok pun rasa sejuk jer mata...:)


Semalam nye dressing kat RFC mydin Melaka, tudung di luar baju :)

Tapi sayangnye samalam time daku mengunjungi restoran ni cuma ada 4,5 orang je pelanggan. Banyak sangat kosong. Cdih sebab orang Islam sendrik pun macam tak support je. Cuba klo kfc, konfirm berduyun-duyun orang masuk :)
Papepun semoga Radix Fried Chicken akan dibukak di Bahau .

Sumber : Gambar dari internet. Al-maklumlah handset ku tiada kamera. :|

Pesanan Rasulullah SAW

Drp Abu Hurairah, Sabda Nabi saw, 

"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,


"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."

Rasulullah SAW bersabda lagi,

"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."


Dari Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, beliau bersabda: 

"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani




Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...