Tuesday, May 24, 2011

Kisah pengemis dan isteri cantik

Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri sedang duduk makan, datang seorang pengemis yang lusuh serta lapar meminta makanan:


"Tolonglah tuan, sejak semalam saya tidak menjamah apa-apa". Dengan muka yang bengis si suami menghalau dan menengking si pengemis itu.
Si suami berkata dalam hati " Aku membina kekayaan bukan untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku". Si isteri ingin bersedekah tetapi tidak dapat berbuat demikian melihatkan sikap suaminya.

Beberapa tahunn kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia menceraikan isterinya keranan tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian isterinya yang masih cantik itu berkahwin dengan lelaki lain.

Pada suatu hari, sedang si isteri dan suaminya mengadap makanan, datang seorang pengemis mengetuk sambil meminta belas kasihan. mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan.

Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis itu, si isteri menerkup muka sambil menangis dan berkata si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulunya pernah menengking seorang pengemis.

Suaminya yang baru itu menjawab dengan tenang "Demi Allah, akulah sebenarnya pengemis yang dihalau dan ditengking dulu."

Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda dan tidak selalunya di atas. Ada masanya kita akan turun ke bawah dan naik semula atau sebaliknya.

Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan"

Anas Bin Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud "Barangsiapa yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaanmu, barangsiapa yang mempuyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya"

SEDEKAH AMAL JARIAH



Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.


"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-

"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini.

" Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku.

" Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil.

Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. Lalu aku bertanya kepada ayahku.

"Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah SWT dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah SWT.

Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepadaibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. 



Sunday, May 22, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU (PERTUNANGAN)

MAJLIS PERTUNANGAN MESHI & NODIN 
21 MEI 2011 (10.30 PG)

nyanyi cket...gadis ayu, gadis ayu...pandang tak jemu

senyuman bahgia cik meshe

tumpang gembira sekaki

saat-saat debaran menunggu cincin disarungkan

akhirnya..cincin disarung dijari manis 

Saturday, May 21, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

SELAMAT PENGANTIN BARU TUK NODIN & MESHE...
Hanya dengan sekali lafaz Cik Meshe opppsss Pn Meshe telah sah menjadi milik sah abg Nodin...tanggal 21 Mei 2011.....
SELAMAT BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT

saat-saat  debaran




abg kesayangan meshi memakaikan gelang

rantai tangan tanda cinta abg nodin to adik ita
salam dari isteri tercinta ;)

Oppps.....tak sompet nak snap :)


pengantin serasi bersama

wahh...tegapnye nodin ;)

Wednesday, May 11, 2011

Kalo kita mati esok

Aku rasa masih terduduk bile mendengar berita kemalangan yang melibatkan pelajar-pelajar kelas aku.
Rasa masih ternampak muka-muka diorng.
Dan rasa baru semalam nampak arwah...tapi hari ni dia dah meninggal dunia. dah putus hubungan dia dengan dunia. Takder ape pun yang dia bawak ke sana kecuali amal yang dia lakukan. Semua harta dunia ditinggalkan temasukla orang yang paling dia sayang, mak ayah, kawan-kawan, ijazah ke master ker...duit dan smua. Hanya AMALAN yang bersama dia.

Terfikir sejenak aku, klo kata esok atau luse kita plak yang meninggal mampukah kita nak jawab soalan Malaikat Mungkar Nangkil. Kite pun tak tau sampai bile kite akan hidup. Dah cukup ke bekalan amal kita.

Bile-bile fikir balik, 24 jam Allah bagi kat kita kat mana kite habiskan. Dah confirm 8 jam kat ofis.
8 jam tu sibuk kte keje cari duit, kejar pangkat la. Nak jadi ketua jabatan la, ketua program la , ketua unit la...ketua kebersihan la...dan macam-macam ketua lagik la untuk dapat kedudukan yang bagus kononnya .... tapi pernah tak kite terfikir nak kejar kedudukan kat akhirat....kedudukan di sisi Allah
dalam 8 jam tu jugak kite sibuk dok bodek bos...konon nak bos kenal nak pangkat bagai tu...tp pernah tak kita fikir cara nak bodek Allah supaya Allah tingkatkan darjat kita....

Kadang-kadang kite ni sibuk nak jaga hati orang. hati manusia. Taknak orang kecik hati ngn kite. taknak orang sakit hati or marah kite.. Tapi kite tak pernah fikir klo Allah marah kite,...
Kadang-kadang kite kelam kabut masuk meting, takut lewat nnti bos merah...tapi dah berapa banyak kite lewat sembahyang, dan berapa banyak kte tinggal sembayang....dan berapa banyak kite baca Al-Qur'an... mungkin seminggu sekali atau mungkin sebulan sekali atau mungkin setahun sekali atau tak pernah langsung!




Kisah semalam !

Selepas subuh pagi tadi jenazah Izwan telah selamat dikebumikan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Izwan. Terasa sangat baru semalam tengok Izwan bergurau, bergelak tawa dengan kawan-kawan dia. Masih terbayang-bayang wajah dia masa dalam kelas saya smlm.

Petang tadi masih sempat kami melawat Afiq di hospital Pilah. Alhamdulillah dia dh sedar cuma nampak dia sangat lemah. Mungkin dia blum tau mengenai Izwan. Biarlah..mungkin tunggu dia sembuh. Alhamdulillah dia tak der patah mana-mana cuma kaki kirinya berbalut  sbb luka yg dalam. Sempat jumpa mak ayah dia. Mak ayah dia kata dari pagi dia asyik tanya pasal kawan-kawan dia.

Haidil yang masih merisaukan kami. Walaupun gambar dalam paper nampak dia dalam keadaan duduk di bawah lori or nampak cam sedar. Tapi skrng dia masih koma dan berada kat serdang. Semoga Allah selamatkan dia.

Faiz disahkan plak dipindahkan ke KPJ senawang dan maklumat yg kami terima dia mungkin lumpuh sbb masalah tulang belakang. Sedihnya sbb dia masih muda. Tapi semua tu kuasa Allah, kte hanya mampu berdoa.

Tuesday, May 10, 2011

AL-FATIHAH untuk IZWAN NOORAZMAN

AL-FATIHAH untuk pelajar saya yang bernama MUHAMAD IZWAN NOORAZMAN yang telah meninggal dunia pagi tadi lebih kurang jam 11.30 tghari bersamaan 5 Jun 2011. Arwah terlibat dalam kemalangan bersama-sama dengan kawan-kawanya tiga orang iaitu Haidil, Afiq dan Faiz.   Kemalangan yang paling ngeri di traffic light bahau sebab melibatkan 11 buah kenderaan iaitu 5 kereta, 3 motorsikal dan 3 lori . 
Kisahnya treller yang tiba-tiba brek tak makan melanggar semua kereta dan motor di depannya termasuk yang ditunggang oleh pelajar-pelajar saya. Arwah terperosok kat bawah treller tersebut dan meninggal tempat kejadian. 3 Orang lagi cedera parah dan ada kat hospital kuala pilah. Semoga mereka semua selamat, insyaAllah dan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Izwan.... 

Sebenarnya masih terbayang-bayang muka@wajah student saya meninggal. Hari senin kelas ngn diorng dari kul 10.30 sampai petang. Pagi tadi lak kelas ngn diorng pagi. Tak sangka tengah hari arwah dah dijemput Allah. Sungguh ajal dan maut ditangan Allah. Sedih sebab pagi tadi tengok diorng dok gelak-gelak bergurau senda dalam keadaan sehat walafiat.
Teringat minggu lepas saya marahkan arwah sebab sedikit nakal dalam kelas. Terbayang muka dia yg hanya tunduk je dan diam tanpa melawan. Sampai la sebelum hbs kelas sy puji beberapa org pelajar termaasuk dia mengatakan diorg ni pandai dan cerdik sbb sy nak diorng kuar dari kelas tanpa simpan rasa marah ngn saya. Pas kejadian tu, arwah sangat baik dalam kelas. Tak pernah buat hal.Semoga Allah merahmati roh Izwan. 
Masih teringat n terbayang-bayang wajah Haidil dan Afiq yang selalu buat kecoh dlm kelas yg kadang-kadang menghangatkan kelas. Semoga aidil dan afiq serta sornag lagi Faiz selamat hendaknya. AMIN

Friday, May 06, 2011

AZAH : Cabaran 50 Buku : (2) Bulan Berbisik

AZAH : Cabaran 50 Buku : (2) Bulan Berbisik
Tajuk: Bulan Berbisik
Pengarang: Samsiah Mohd Nor
Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad
ISBN 978-983-124-316-9
Harga : RM 19.90
Cetakan : 2007
Muka surat: 493 muka


Bulan berbisik mengisahkan dua orang wanita yang luhur bernama Khadijah dan Wong Ai Len.Khadijah dan WOng Ai Leen merupakan dua watak yang berbeza dan dibesarkan ditempat dan suasana yang berbeza sehinggalah mereka ditemukan dalam situasi konflik kerana cinta pada seorang lelaki yang sama.

Khadijah dibesarkan dalam suasana kampung dan ditatang penuh dengan kasih sayang oleh ibu dan ayahnya. Khadijah membesar sebagai gadis yang penuh ciri ketimuran dan didikan agama yang sempurna sehinggakan dia tidak pernah membantah setiap apa yang dikatakan oleh ibu. Sehinggalah apabila ibu dan ayahnya menjodohkan khadijah dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya iaitu Khaled Irfan


Wong Ai Leen adalah seorang gadis yang dilahirkan dalam keluarga cina. Walaubagaimanapun Wong Ai Leen telah berminat dengan islam sejak berumur 9 tahun dan beliau telah banyak belajar mengenai Islam dari Andak Rabiah. Keinginan WOng Ai Leen untuk memeluk Islam ditentang oleh ibunya dan ibunya bertindak melarikan Wong Ai Leen jauh dari Andak Rabiah. Walaubagaimanapun niat untuk WOng Ai Leen memeluk Islam tetap utuh sehingga apabila umurnya genap 21 tahun dia telah dengan rasminya memeluk Islam dan mendaftar nama sebagai Aima Adawiyah.

Setelah mendirikan rumahtangga bersama dengan lelaki pilihan keluarga, Khadijah telah menghambakan dirinya untuk suami yang dicintai sepenuh hati. Segala hidup dan matinya adalah untuk suaminya walaupun keluarga mertua tidak menerimanya kerana dia tidak berpelajaran tinggi. Khadijah diuji apabila suami yang dicintainya berubah dingin sehinggalah khadijah mendapat tahu bahawa suaminya sedang bercinta dengan wanita lain iaitu Aima Adawiyah.

Aima seorang gadis muallaf mendambakan seseorang untuk membimbingnya dalam Islam seperti mana yang telah dilakukan oleh Andak Rabiah. Dalam pencariannya, Aima telah bertemu dengan seorang pensyarahnya iaitu Khaled Irfan yang menghulurkan tangan untuk membimbing dan membentuknya menjadi seorang wanita Solehah. Perhubungan yang dilangsungkan antara Aima dan Khaled akhirnya menimbulkan bibit cinta, rindu dan sayang.

Khadijah pula semakin kecewa dengan rumahtangga dan akhirnya membawa di ke Mekah bagi mengubati duka lara hatinya. Di Mekah dia mendapat kembali segala kekuatan dan ketabahan yang dicarinya. Kini cintanya hanya pada Allah yang satu. Rindu dan Kasihnya hanya untuk Allah yang satu. Hidupnya didambakan hanya untuk Allah yang satu.

Khadijah kembali ke tanahair dengan hati yang redha dengan segala ketentuan Ilahi. Dia mengaturkan satu pertemuan ringkas antara dia, Khaled Irfan dan Aima. Dengan seikhlas hati, di depan Khaled Irfan, Khadijah melamar Aima untuk dijadikan isteri kedua Khaled Irfan. Aima bagaikan tersedar dari mimpi dan menolak lamaran tersebut.


Khadijah…
Jangan kau menangis perempuan…kerana lara itu
Menangislah kerana DIA yang telah menciptamu

Aima…
Aku menangis ke lanjurku
Yang kucari cinta bermata ..tetapi sayangnya bertemu cinta nan buta



AZAH : Cabaran 50 Buku : (1) Adam & Hawa


Tajuk: Adam & Hawa
Pengarang: Aisya Sofea
Penerbit: Alaf 21 Sendirian Berhad
ISBN 983-124-216-5
Harga : RM 19.90
Cetakan : 2006
Muka surat: 492 muka

Ini adalah ulasan pertama untuk http://ulatbuku-06.blogspot.com/p/jom-lomba-baca.html. Baru nak stat bagi ulasan ;)

Novel Adam & Hawa mengisahkan seorang wanita bernama Ain Hawani telah jatuh cinta pandang pertama dengan seorang jejaka yang  bernama Adam Mukhriz. Adam Mukhriz atau Am adalah seorang lelaki yang suka berfoya–foya dan mempunyai ramai teman wanita.  Pertemuan yang tidak dirancangkan telah berlaku  ketika Ain hawani menghadiri temuduga sebagai guru ganti disebuah Tadika Bintang Kecil. Walaubagaimanapun Ain Hawani sentiasa menidakkan perasaannya kerana Adam Mukhriz kerana sikap Adam Mukhriz yang ala-ala playboy.
Cinta pandang pertama Ain Hawani telah bertukar menjadi benci apabila dia dan Am ditangkap khalwat dan sikap Am yang tidak cuba untuk berterus terang dan tidak cuba menegakkan keadilan di hadapan Pegawai-pegawai Agama Islam tersebut. Bagi Am pula mendiamkan diri bukan beerti dia mengiyakan fitnah tersebut tetapi dia ingin melarikan diri dari dikejar perempuan yang suka mengambil kesempatan ke atas dirinya dan dia memang telah jatuh cinta pada Ain.
Akhirnya dengan satu lafaz akad nikah pada malam kejadian tersebut, Ain sah menjadi milik Am. Am mengharapkan rumah tangga yang bahagia bersama Ain tetapi Ain menanggap perkahwinan yang tidak dirancang itu sebagai malapetaka dan memusnahkan masa depannya. Ain membawa diri ke Australia tanpa pengetahuan Am dengan harapan untuk melupakan kisah hitam yang terjadi dalam hidupnya.
Selepas lapan tahun, secara kebetulan mereka telah berjumpa semula. Walaupun telah lama berpisah Ain masih isteri Am yang sah. Pertemuan yang tidak disangka itu telah menimbulkan bibit cinta mereka kembali. Tetapi kerana ego seorang wanita, Ain tetap menidakkan perasaannya dan mencari alas an supaya mereka berpisah untuk selama-lamanya.
Saya bagi 3 star untuk novel ni J



Mama, aku mula melupai wajahmu

Dah lama sangat tak post benda baru. SO arini saya nak share something yang saya dapat dari http://www.isuhangat.net

SELAMAT HARI IBU.

Empat tahun yang lalu, satu kemalangan memisahkan aku dengan isteri yang amat ku kasihi. Seringkali muncul dalam fikiranku; apa yang isteriku rasai sekarang?
Dia pasti terlalu sedih kerana meninggalkan seorang suami yang sebenarnya tak mampu menjaga rumah dan memelihara seorang anak lelaki kerana itu jugalah perkara yang sedang membedal emosi ku masa kini.
Aku rasa aku gagal memenuhi keperluan fizikal mahu pun keperluan emosi anak lelaki ku, dan yang ironiknya, aku gagal bertindak sebagai ayah dam mama kepada anak ku.
Suatu hari aku menerima panggilan kecemasan untuk datang ke tempat kerja. Ia masih terlalu awal. Lalu aku meninggalkan anak ku di rumah sementara dia masih tidur.. Aku cuma sempat memasak telur buat anak ku.
Berharap apabila dia bangun nanti dia boleh menanak nasi sebab fikir ku beras masih ada. Selepas memaklumkan anak, aku terus bergegas ke pejabat. Sebagai seorang yang mempunyai dua kewajipan, aku sering merasa kepenatan di tempat kerja, demikian juga apabila aku berada di rumah.
Selepas sehari suntuk, aku balik ke rumah, lemas dan kehilangan tenaga seluruhnya. Selepas memeluk dan mencium anak ku seadanya, aku terus ke kamar tidur tanpa mengambil apa-apa sebagai pengalas perut untuk makan malam.
Mengharapkan tidur nenyak yang diimpikan, aku terus melompat ke atas katil.
Sejurus kemudian segala yang aku rasakan dan dengar ialah kemeruk mangkuk porselin yang pecah dan cecair yang masih hangat.Sepantas kilat aku membuka selimut dan di sanalah punca segala masalah tersebut mangkuk yang sudah pecah dengan mee segera yang mengotorkan cadar dan selimut!
Adakah aku gila! Aku hilang sabar lalu mencapai penyangkut baju, dan tanpa berfikir panjang, aku terus menghukum anak lelaki ku yang masih bermain dengan patung-patung permainannya.
Semestinya dia menangis tetapi dia tidak memohon belas kasihan, kecuali hanya kata-kata penjelasan yang cukup pendek, ringkas, dan sayu. Masih dengan esekan tangis anak ku bersuara, “Ayah, saya lapar dan tidak ada lagi beras untuk dimasak.
Ayah belum balik lagi, saya mahu masak mee segera. Tetapi saya masih ingat pesan ayah agar jangan menyentuh atau menghidupkan dapur gas jika tidak ada orang dewasa, lalu saya gunakan pemanas air mandian dari bilik mandi untuk memasak mee segera itu.
Satu untuk ayah dan satu untuk saya. Saya takut mee itu menjadi sejuk lalu meletakkannya di bawah selimut supaya ia kekal hangat. Tapi saya terlupa untuk mengingatkan ayah sebab saya
asyik bermain dengan alat permainan saya “maafkan saya ayah”
Untuk seketika, air mata mula membasahi pipi ini tapi aku tidak mahu anak ku melihat ayahnya menangis lalu aku terus beredar ke kamar mandi dan menangis sepuasnya sementara curahan
air paip meninggalamkan tangisan ku itu.
Selepas itu aku mendapatkan anak ku, memeluknya seerat mungkin dan merawat luka kesan penyangkut baju.
Kekotoran yang ada di atas katil aku bersihkan. Menjelang tangah malam selepas semuanya beres, aku melewati kamar tidur anak ku. Dia masih belum tidur lagi.
Aku melihat dia menangis. Menangis bukan kerana kesakitan kesan dari hukuman ku sebentar tadi tetapi aku melihat dia menatap foto mamanya yang dikasihi.
Setahun kemudian selepas kejadian tersebut, saya berusaha sedaya yang boleh untuk memberi kasih dan sayang dari ayah dan juga mama, dan memenuhi keperluan-keperluan anakku.
Dia kini sudah berumur tujuh tahun, dan tidak lama lagi dia akan tamat persekolahannya di peringkat tadika. Mujur dia dapat menyesuaikan diri tanpa mama dan dia bertumbuh lebih gembira berbanding hari-hari yang sudah.
Tidak berapa lama dahulu, sekali lagi aku mendenda anak lelaki ku, kali ini lebih teruk lagi. Guru tadikanya menghubungi aku mengenai ketidakhadirannya ke sekolah.
Hari itu aku balik lebih awal dari kerja, mengharapkan penjelasan dari anak ku. Aku mencarinya di sekitar rumah tetapi tidak ku jumpai. Akhirnya aku menemuinya di belakang kedai alat tulis, gembira dan sedang bermain permainan komputer.
Dengan kemarahan yang membara, aku membawa anak ku pulang. Untuk tujuan mengajar, aku merotan anak ku. Dia tidak pun melawan kecuali dengan satu kalimat yang memilukan, “Maafkan saya ayah”.
Selepas mendengar bukti-bukti, saya menyedari bahawa sekolahnya menganjurkan `Talent Show’ dan semua ibu pelajar dijemput. Itulah sebabnya pada hari itu anak ku ponteng sekolah kerana dia tidak ada lagi mama untuk bersama-sama ke majlis tersebut.
Beberapa hari selepas aku merotan, anak ku balik dan memberitahu ku bahawa di sudah belajar menulis dan membaca. Sejak hari itu dia tidak lekang dari kamar tidurnya dengan alasan mahu belajar dan berlatih menulis.
Kalaulah isteri ku masih ada ketika ini, saya pasti dia amat bangga dengan anak kami kerana dia membanggakan aku juga!
Masa berlalu begitu cepat sekali, tahun berganti tahun. Untuk kesekian kalinya anak ku buat hal lagi.
Semantara aku berkemas-kemas untuk mengakhiri kerja-kerjaku di pejabat pada hari itu, panggilan dari pejabat pos mencela kesibukanku. Pegawai pos agak kasar pada ketika itu,mungkin dia agak sibuk. Dia menyatakan anakku cuba mengirim beberapa pucuk surat tanpa alamat.
Aku sudah berjanji untuk tidak menghukum anakku lagi. Namun aku benar-benar hilang sabar.Ada saja masalah yang anakku timbulkan.. Kalau bukan di rumah, di sekolah, atau di pejabat pos.
Aku hilang sabar.
Dalam benak aku berfikir bahawa anak ini tidak boleh dikawal lagi. Dia perlukan pengajaran, dan itulah yang aku lakukan. Sekali lagi anakku berkata dengan sayu, “maafkan saya ayah” dan tidak ada alasan lain yang dia cuba jelaskan. Saya begitu marah dan mendorong dia ke tepi lalu aku terus ke pejabat pos mengambil surat-surat tanpa alamat tersebut dan kembali ke rumah dengan segera.
Dalam kemarahan, aku inginkan alasan dari mulut anakku sendiri. Sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan, “surat-surat itu khas untuk mama”, dia bersuara pilu masih dalam tangisan. Mendengar itu aku tak dapat menahan emosi.
Di mata ini mula muncul kaca-kaca jernih. Aku cuba mengawal perasaan dan terus menyoalnya, “tapi kenapa kamu mengirim terlalu banyak surat dalam satu masa?”
Kemudian anakku menjawab, “Sebenarnya, saya sudah menulis surat-surat untuk mama ini sudah sekian lama, tetapi setiap kali saya tiba di peti pos, petinya sangat tinggi bagi saya, dan saya tak dapat memasukan surat-surat itu ke dalam peti surat, tetapi baru-baru ini saya sekali lagi ke peti pos, dan alangkah gembiranya saya kerana saya sudah boleh mencapai peti pos tersebut lalu saya masukkan semua surat-surat yang telah saya tulis itu sekali gus”
Mendengar ini, saya hilang, lenyap, dan entah apa-apa lagi. Hilang akal dan tidak tahu apa perlu dilakukan, apa nak kata. Kemudian aku memberitahu anakku, “nak, mama sudah tidak ada lagi tetapi percayalah satu hari nanti dia akan kita temui lagi”.
Selepas mendengar penjelasan yang pendek itu, anakku tenang tetapi gembira, dan tidak lama kemudia ia tertidur.
Saya membawa surat-surat itu keluar dan mula membacanya satu per satu, dan salah satu surat itu benar-benar menyentuh kalbu ku.
“Mama yang amat dikasihi, Saya amat merindui mama! Hari ini sekolah saya menganjurkan `Talent Show’, dan pihak sekolah menjemput semua ibu-ibu untuk menyaksikan pertunjukan itu tetapi malangnya mama tiada, sebab itu saya tidak menyertai sebarang acara.
Saya tidak maklumkan semua ini kepada ayah kerana saya risau ayah akan merindui mu dan menangis sekali lagi. Untuk mehilangkan kesedihan, saya pergi bermain permainan komputer di salah sebuah kedai komputer. Hari itu ayah mencari saya di mana-mana.
Ayah agak marah. Dia menengking dan memukul saya, tetapi saya tidak maklumkan kepadanya alasan sebenar.
Mama, setiap hari saya melihat ayah merindui mu dan setiap kali ayah teringatkan mu , dia begitu sedih namun dia berselindung dan menangis di biliknya. Saya fikir kami berdua amat merindui mu.
Tetapi mama, saya sudah mula melupai wajah mu. Mama, bolehkah mama muncul dalam mimpi saya agar saya dapat mengingati wajah mama?
Saya pernah dengar apabila kita mendakap gambar seseorang yang dirindui, dia akan muncul dalam mimpi, tetapi kenapa tidak mama?”
Selepas membaca surat itu, aku tak dapat menahan tangisan, sebab aku sedar aku tidak akan dan tidak pernah akan dapat memperbaiki jurang yang sepatutnya isteri aku dapat perbaiki.

Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...