Thursday, April 28, 2011

jom baca buku kewangan


Sesiape yang suke baca buku kewangan sila angkat kaki mcm saya !!
Saya dengan berbesar hati dan limpa nak ucapkan TAHNIAH kepada mereka-mereka yang suke membaca buku KEWANGAN. Tak kisah la la tajuk apa pun buku tersebut yang penting buku KEWANGAN.
Kenapa saya nak ucap tahniah ?
Sebabnya anda sedang merancang KEWANGAN anda. 
Sebabnya anda mungkin sedang menuju untuk menjadi seorang JUTAWAN !!! Wah menarikkan...

Menurut Irfan Khairi 'Semua orang perlu merancang Kewangan masing-masing tak kiralah sama ada kaya atau miskin' . Dengan merancang kewangan sekurang-kurang kita tidak akan BELANJA MELEBIHI PENDAPATAN. Jadi sekurang-kurang kita dapat mengelakkan dari "cukup-cukup makan je setiap bulan"

Tips pelan perbelanjaan setiap bulan

1.  10 % dari gaji adalah untuk simpanan jangka panjang iaitu simpanan tetap.
2. 20% dari gaji adalah untuk simpanan kecemasan yang mungkin akan digunakan jika kita mengalami masalah kewangan seperti dibuang kerja atau sakit.
3. 60 % adalah untuk keperluan harian seperti bayar kereta, bil-bil, rumah, makan minum dan sebagainya.
4. 10% adalah untuk hiburan kita atau untuk membeli pape yang kita inginkan. 


Tuesday, April 26, 2011

Jom Audit Kewangan


Dari NOTA JUTAWAN, NOTA KEWANGAN tulisan Dr Irfan Khairi, untuk menjadi orang yang berjaya dalam menguruskan kewangan, kita mestilah sekurang-kurangnya mengambil masa satu jam seminggu untuk berhenti dan menyemak keadaan KEWANGAN sendiri. Dari situ kita akan tahu ke mana wang kita a.k.a duit gaji kita pergi. Ke mana kita dah gunakan gaji kita. Tak perlu untuk menunggu untuk tunggu hujung bulan baru nak check kewangan ;) 

So, apalagi jom start check kewangan mulai this week !!
So, bila setiap minggu kte buat semakan, saya yakin 100% lepas ni kite boleh meminizekn perbelanjaan kita dengan mengurangkan menda-menda yang tidak penting kan...

Friday, April 22, 2011

KEGUNAAN LAIN DETERGENT

assalamua'laikum wbt....n selamat hari jumaat..hari yang penuh semangat sbb esok cuti...YEA!!
 kite mulakan entry arini dengan soalan " Anda dah basih pinggan?"

Tadi dok selak-selak page yahoo terjumpa satu info penting Kegunaan Lain Dishwashing Detergen @ Pencuci Pinggan


1.  Cleaning tools
Boleh digunakan untuk membersihkan peralatan seperti spanar, skru driver @ peralatan yang digunakan untuk membaiki kereta.  Caranya ialah just soak the tools dalam air yang dicampur dengan beberapa titik dishwashing detergent. Let the tools soak for about an hour then remove and dry. Kebaikannya, dapat mengelakkan tools dari berkarat. 

2. Digunakan as a shampoo
Boleh digunakan sebagai shampoo. Hehehe if u sanggup la. Tapi confirm 100 % saya tak sanggup! Silap-sialp haribulan beruban rambut. 
Caranya: Just apply a small amount to wet hair and lather, rinse and it will leave your hair shining and squeaky clean.

3. Guna untuk basuh keta
Yang ni boleh try ! No need to spend extra money on a bottle of car wash ssebabnya dishwashing detergent boleh digunakan untuk basuh keta sebersih pencuci kereta berjenama. Caranya just fill baldi dengan air suam dan tambah 1 @ 2 sudu dishwashing detergent. Kemudian, ambik car sponge dan basahkan dengan air tadi dan lap kat keta. Bak kata Yahoo nie, keta akan sangat berkilat. So, Boleh try.  

4. Get rid of fleas
Boleh get rid of fleas yang berlambak berterbangan kat lampu-lampu rumah. Sokmo ada kat kampung ni.  Just isi satu mangkuk air dan tambah dengan 1 atau 2 titik dishwashing detergent, kemudian place the bowl a few inches under a light bulb. Kebiasaan haba lampu akan menarik binatang-binatang kecik ni terbang ke lampu, cam kat kampung tuh. So, fleas akan terbang dan jatuh dalam mangkuk ayun tuh.  The dish-washing detergent will kill the fleas when they drop into the water.

5. Membunuh semut.
 Dishwashing detergent boleh guna tuk bunuh semut kat rumah. Caranya isi air yang dicampur dengan satu sudu dishwashing detergent ke dalam spray bottle. Kemudian, spray je mane-mane tempat lepak semut tuh. Semut akan mati tapi ingat solution ni tak membunuh manusia ;) selamat tuk digunakan tapi belum tentu selamat tuk diminum ;)

6. Cari kebocoran yang ada pada tube
Macam biasa campur beberapa titik detergent dengan semangkuk air. Kemudian amek span atau kain atau berus dan gosok pada tube yang anda suspek ada kebocoran. The bubbles from the dishwashing detergent will indicate the exact location, of the hole or puncture in the tube, making it easier to find the leak and fix it.

7. Blowing bubbles
Boleh digunakan tuk buat blowing bubble tuk main ngn anak-anak anda !

Selamat Mencuba :)

Wednesday, April 20, 2011

HEPY BESDAY TO MY BEST FRIEND FOREVER


Hari ni saya mau wish

HAPPY BESDAY TO MY BEST FRIEND FOREVER

NUR SHAHREENA JUHARI

 Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati hidupmu 
Walaupun ntah bile kita akan bersua tapi
kau tetap sahabat ku dunia akhirat 


Tuesday, April 19, 2011

RESIPI CUCUR UDANG

Yeah ...recipe time lagik !!! Petang ni bagi mengisi perut yang agak ramping & kemping nie, kami opss saya buat cucur udang... SENANG & MUDAH ! Sebenarnya nasi n lauk dah ada. Nasi ayam. Tapi terasa mulut ni nak kunyah something. So, dalam dok belek resipi kat tenet terjumpa la resipi cucur udang yang guna sebiji telur.Pelik Lak. Sebab resipi trun termurun dari ibu terchinta tak guna telur. Cuma guna air suam panas je tuk melembutkan cucur dan menaikkannya. So, tak payah susah-susah guna serbuk penaik gaban. Guna air suam jek. Alamak ! bila bukak tupperware, ada cket jer tepung gandum. Lebih kurang secawan je. Bak kata pepatah ibu terchinta, buat lekat celah gigi je... heheh... tapi utk mengalas 2 perut ramping & kemping ni cukup la secawan ;)


RESIPI CUCUR UDANG


BAHAN-BAHAN


Beberapa ekor udang. (Saya kerat dua udang nih )
Daun kucai
1 biji telur saiz kecik
1/2 biji bawang besar
1 biji cabai hidup
1 cawan tepung gandum
Air suam  @ Air rebusan udang yang suam-suam panas ( saya rebus kulit dan kepala udang & amek air jer)
Garam
kunyit


CARA-CARA


Gaulkan semua bahan-bahan dalam satu bekas. Kemudian goreng dalam minyak yang panas dan banyak.


*** Hasil masakan, sebenarnya apabila letak telur, cucur udang akan lebih lembut n sangat lebut n gebu. Sedap sangat di makan ;)
klo ikutkan resipi asal dari myresipi.com, sebiji telur digunakan utk 5 cawan tepung gandum. Tapi Sebab saya just ada 1 cawan tepung gandum, tu yang guna gak dengan sebijik telur ;)

Sunday, April 17, 2011

RESIPI BUAH MELAKA

Resipi untuk minum petang ni ialah BUAH MELAKA. Walaupun kuih traditional tapi sangat sedap. Teringat masa kecik-kecik mak selalu buat. Dan hobi aku time tuh adalah berebut ngn adik beradik. Hehehe Rupanya-rupanya nak buat buah melaka ni senang bangat seh. Pejam mata confirm takleh wat !!!


Resipi buah Melaka

Bahan-bahan
1 cawan Tepung pulut
Gula Melaka yang dipotong kecik-kecik
Air
Garam
Pewarna Hijau atau air Pandan
Kelapa Parut dan digaul dengan sedikit garam


Cara-cara
1. Gaulkan tepung dengan air yg telah dicampur dengan sedikit garam. 
2. Uli sehingga tepung boleh dibentuk bulat-bulat.


3. Bentukkan tepung dalam bulat-bulat kecil dan masukkan gula melaka yg telah dipotong di dalamnya sebagai inti. 


4. Dalam bekas lain, masak air sehingga mendidih dan masukkan pewarna hijau dan biarkan hingga sebati.
5. Kemudian masukkan buah melaka yang dah siap tadi ke dalam air mendidih.


6. Apabila  Buah melaka dah masak, ia akan timbul. So, apabila dah timbul boleh angkat dan golekkan dalam kelapa parut.

RESIPI BIHUN GORENG

Untuk pagi ahad yang ceria ni, aku masak satu resipi breakfast yang agak special dari ari biasa...heheh specelnya sbb if weekdays..just bekfast makan roti or nasi. heheh...cuma ujung minggu je dapat makan & masak best-best cket. klo ikut perut sendrik ok je makan ala kadar. Tapi bile ingat perut yang lagi sorang, sian lak. Takkan ari-ari mkan menda yg sama. Time ujung minggu la nak mkn best cket. So, best tak best sangat la...BIHUN GORENG..heheh ;)




RESIPI BIHUN GORENG (2 org)


BAHAN-BAHAN


1/2 bungkus bihun
1 ketul ayam yang telah dipotong kecil
1 pokok sawi yang dipotong
3 sudu cili yang telah diblend bersama bawang holland
3 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap
2 ulas bawnag putih yang telah diketuk
2 biji telur original ek bukan tiruan
1/2 ketul kiub pati ayam (jika suka)


CARA-CARA


1. tUMIS bawang putih dalam minyak yang panas sehinga kuning-kekuningan dan berbau wangi
2. Masukkan cili yang telah diblend dan kacau sehingga agak-agak masak
3. Masukkan ayam dan kacau hingga sebati dan biar seketika
4. Masukkan segala sos yang ada. Kuanttiti sos sebenarnya bergantung pd kesukaan masing-masing
5. Masukkan kiub pati ayam dan kacau lg
6. Masukkan gula dan garam. dan kacau hingga sebati
7. masukkan bihun. dan kacau hingga sebati
8. Masukkan sayur. dan kacau
9. Kais bihun ke tepi dan masukkan telur. Apabila telur dah hampir msk, gaul rata dengan bihun...
10. Bila dah masak boleh angkat untuk di ngap


Selamat makan ;)

RESIPI KUETIAW GORENG SIMPLE

Pagi semlm, pagi sabtu kami breakfast kowtiaw  goreng. Sebenar nya tak tau nak masak per sbb banyak barang yang dah habis. Tiba-tiba bila bukak peti ais terjumpa kuetiaw yang dah tinggal setengah bungkus tu. So, cukup la tuk dua org punya perut. Dan tengok masih ada seketul ayam, udang dua tiga ekor, daging dan sotong. n Kat luar ada pokok kuchai yang mak bagi yang naik dengan semangatnya. So, apa lagi, Kue Tiaw Goreng Satu !


Kuew-teow Goreng

Bahan-bahan

2 ulas bawang putih yang ditumbuk hancur
1/2 bungkus Kuwtiaw
sedikit daun kuchai
1 ketul ayam yang dipotong kecil-kecil
4 ekor udang
4 ekor udang yang telah ditumbuk hancur
1 ekor sotong yang dipotong bulat-bulat
sedikit daging yang telah direbus sehingga empuk. (simpan air rebusan daging)
3 sudu cili kering yang telah diblend bersama sebiji bawang holland
5 sudu sos cili
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap


cara-cara


1. Tumis bawang putih yang telah ditumbuk hancur dalam minyak yang sedikit
2. Stelah agak kuning-kekuningan, masukkan cili dan kacau sehingga agak-agak masak
3. Masukkan ayam & daging. Jika agak kering, masukkan air rebusan daging.
4. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap. Kacau rata. 
5. Masukkan udang yang ditumbuk hancur, udang biasa dan sotong. Kacau hingga sebati dan agak-agk masak
6. Masukkan sedikit garam & gula. Jika kering, boleh tambah air rebusan daging. 
7. Masukkan kuetiaw dan kacau hingga rata. Biarkan seminit dua
8. Kaiskan kuetiaw sehingga tebrentuk lubang ditengah-tengah kuali dan masukkan telur .
Bila telur dah sedikit masak, kacau dan gaul dengan kuetiaw.
8.Masukkan kuchai dan kacau hingga rata.


Dah siap. Dan boleh diangkat dan dingap !!!

Saturday, April 16, 2011

Usop Wilcha Nyanyi @ Maharaja Lawak

SAKA

Sumber : HALAQAH TV9
Sini saya share info yang dapat dari TV9 mengenai saka. Let's enjoy it ;)
MAKSUD SAKA


Saka merupaka perjanjian MOU antara manusia dengan Jin atau Syaitan Laknatullah untuk mendapat sesuatu seperti Kekuatan, Kecantikan, Perlindungan dan kekayaan yang mana perjanjian itu selalunya akan termeterai sehingga 7 keturunan.

BAGAIMANA SESEORANG BOLEH MEWARISI SAKA


1. Apabila menyimpan barang-barang lama iaitu barang peninggalan tok nenek yang membela saka seperti keris, perhiasan lama dll
2. Apabila orang yang meninggal dunia tinggal dengan kita pada saat akhir
3. Apabila seseorang itu terlalu mengidamkan saka dari keturunannya.


TANDA ORANG YANG MEMPUNYAI SAKA


1. Mimpi tengok budka kecik
2. Mimpi Menyusukan Budak kecik
3. Apabila Bangun Selepas tidur Pada Waktu pagi akan ada kesan-kesan lebam pada badan
4.Mimpi berada di perkuburan atau tempat yang kotor 
seperti tempat pembuangan sampah atau tandas yang kotor
5. mimpi jatuh dari tempat tinggi
6. Selalu kena tindih atau dihempap ketika tidur




ZIKIR UNTUK MENGELAK DARI DAPAT SAKA ATAU SAKA PERGI DARI KITA


Dengan membaca ZIKIR semasa NABI YUNUS ketika Nabi Yunus berada dalam perut ikan setiap kali selepas sembahyang


لاَ Ø¥ِÙ„َÙ‡َ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙ‰ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِينَ

 Maksud : tidak ada rabb yang berhak disembah kecuali engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk dari kalangan orang-orang yang melakukan kezaliman”.





TIPS AYAT PERCERAIAN MANUSIA DAN JIN

Apabila kita keluar waktu malam rasa takut, atau menziarahi orang sakit atau kita mengubati orang-orang sakit, jadi untuk mengelakkan dari Jin ikut kita balik, baca ayat dari surah 
SURAH AT THORIQ AYAT 4

Wednesday, April 13, 2011

KLINIK KERAJAAN


Setiap kali anda sakit, klinik mana yang anda akan pergi ?
KLINIK KERAJAAN ATAU KLINIK SWASTA...

Selalunya klo kite yang berkerjaya ni of course kite akan pergi KLINIK SWASTA tak kiralah klinik shahrul ker, klinik harun ke, klinik abi hurairah ke, klinik ucop welcha ke....ape-apa yang sama dengannya = =.. hehhe
Alasannya bukan la sebab kite ni dah kaya...tapi sbb malas nak tunggu bejam-jam. klo g klinik swasta, pas register, tak sampai 10 minit dh dapat jumpa doktor. Tapi klo klinik kerajaan confirm kena tungga berjam-jam padahal jumpa doktor 5 minit pun tak sampai..huhuhu....dh la demam....
tapi klo nak amek mc confirm akan g klinik swasta kan....

Mak kesayangan saya ni setiap bulan mesti kena g klinik kerajaan. Biase la bile dah umur menjangkau ke era 50-an..macam-macam penyakit la yang dapat. KENCING MANIS LA, KENCING MASIN LA, DARAH TINGGI, DARAH RENDAH, JANTUNG, mcm-mcm la...sampai boleh bukak kedai runcit la....
dan setiap bulan mesti kena g klinik sebab kena CHECK. Dah siap ada jadual dan temujanji yang mesti dipatuhi oleh kaum-kaum kedai runcit nih.

Mak saya nih ada kencing manis. So setiap tahun kena g klinik. Oppss setiap bulan. Tak boleh miss. Klo miss, next appointment confirm kena marah. Tapi penyakit kencing manis mak saya nih blum kritikal. Just makan ubat. Cuma tahun lepas mak saya disahkan ada penyakit JANTUNG. Tapi belum kritikal la.

Dua hari lepas, mak saya tiba-tiba kena lelah. klo orang kedah cakap PENAT a.k.a sesak nafas. So, kakak saya bawak mak saya g klinik swasta sebab dah malam. Dan kebetulan mak saya bawak ubat-ubat kencing manis yang klinik kerajaan bagi. Kebetulan, pas doktor check, dia mintak mak sy tunjjukkan ubat yg mak saya makan. Bile doktor tuh tengok... Doktor suruh mak saya stop makan ubat tuh. Tau tak sebab per ? Sebab nya doktor tuh kata ubat tu dah diharam kan makan since 10 tahun lepas. Terkejut mak saya. so, doktor tuh rujukkan hal kesihatan mak sy tuh kat hospital kerajaan, HOSPITAL TELUK INTAN. Doktor mintak mak sy g check darah, check sume la yang berkaitan sbb mak sy dah makan ubat tuh dah hampir 5 tahun. huhuhu

Jadinya pagi tadi, mak saya dan kakak saya pergi HOSPITAL TELUK INTAN. Kuar rumah jam 7.00 pagi. Kul 12 baru dapat jumpa doktor. Pas amek darah n check paper yang patut, doktor kat hospital tuh mengesahkan mak saya TIDAK MENGHIDAP PENYAKIT JANTUNG. Jantung mak saya sihat walafiat. Takder masalah langsung. SO, doktor sarankan mak saya agar berhenti makan ubat jantung.

Minggu depan 27 hb april result darah akan kuar. Dan harap-harap semua ok. AMIN.

Saya bukan nak cakap klinik kerajaan tak ok. Cuma skali skala buat la keje demi Allah dengan penuh keikhlasan. Supaya tak tersalah bagi ubat kat orang dan x salah sahkan penyakit orang.

Tapi klinik swasta pun tak semua ok. Penah saya pergi klinik swasta di Bahau. Saya demam panas masa tuh. Tapi Doktor yang check saya langsung tak amek suhu. Tak check tekanan darah. Dia boleh tanya saya nak ubat ke tak. Pastu boleh tanya saya nak ubat ape ? Memang saya tak puas hati dengan Klinik tuh. Itulah kali petama dan terakhir saya akan pergi ke klinik tuh. Mungkin dia ingat saya g klinik just nak amek mc.
huhuhu hampeh ;)

Sunday, April 10, 2011

"jom join bloglist frommetoyou"


"jom join bloglist frommetoyou"
klo anda bosan n taktau nak watper..jom join la blog nih 
 kwn-kwn yg ditag

PULUT DURIAN

malam ni kami makan DURIAN & PULUT bersama-sama nodin and the geng (daus n shahrul)
habis 5 biji durian...kui kui kui ...mlm ni sume tdo dalam kepanasan....
x ingat la ape gred durian tu tp kami beli RM12.00 sekilo...dan sebijik durian hampir dua kilo...
jadinya 5 biji durian total Rm90.... tapi sgt berbaloi sbb sedap....


dan petang td aku try wat pulut ..first time...nsb baik jadik....(pulut kukus ngn pulut tanak)
Klo kat utara, durian ni kami mkn dengan pulut. Lepas tu pulut tu kami bubuh santan dan juga gula... sedap!! rupanya kat kelantan makan benda yang sama..kui kui .... tu yg aku beria wat pulut...


daus n shahrul dah biase makan durian ngn pulut...so xder hal...cuma nodin..heheh yang xpernah..mungkin rasa pelik kot...biase la org KL...heheh...tp last-last die cuba gak....berselera gak die makan....biase la bakal org kelate..opsss!!!
Alhamdulillah semua habis di ngap..tinggal kulit durian jek... x sempat nak snap picture diorng mkn !...




Resipi pulut durian (Tanak)
2 cawan pulut
1 cawan air
cara :
Basuh pulut dan masak seperti masak nasi biasa !


Resipi pulut durian ( kukus)
2 cawan pulut
air
cara:
pulut di rendam dalam air dalam 3 jam
kukus pulut sehingga masak

Santan
Santan + masukkan garam sesedap rasa.



Saturday, April 09, 2011

"Segmen Mr. Kamikaze Yang Paling Senang"


ASSALAMUA'LAIKUM WBT
Perhatian tuk semua rakyat jelata yang menyertai segmen Mr Kaikaze ni....inilah rupa paras dekstop den yang  kat atas tu merupakan model part time ...saya dan husband. 
Saje je letak gambar ni supaya tiap kali bukak laptop ni nampak la kenangan terindah bersama hehehe dan menyemarakkan lagi semangat 1 malaysia..oppsss semangat 1 cinta 1 jiwa....ahaksss.... jiwang lak...cha chin chow

and sape-sape nak join segment ni leh klik cni http://red-kamikaze.blogspot.com/2011/04/segmen-paling-senang.html


Friday, April 08, 2011

Segmen Weh! Kalau Aku Bukan Belogger


Weh ! Kalau aku bukan seorang blogger dah sah-sah aku takkan join segmen Aku Bukan Blogger. Dan dah sah-sah aku tak tau pun blog nih. Mungkin skrang aku tengah main games Zombies. Takpun skrang tengah baca gosip pasal artis !

Thursday, April 07, 2011

TIPS PERSEDIAAN PEKAHWINAN

  Assalamua'laikum Wbt....

Hari ni terasa banyak plak idea yang nak di share dalam blog nih...tapi taktau la sempat ke tak nk tulis... maklumlah housewife part time...heheh
Tapi untuk post yang ni saya nak share sedikit tips sebagai persediaan menjelang Hari Bahagia iaitu Hari Perkahwinan. Kebetulan tahun 2011 ni ramai sangat kawan-kawan saya yang telah dan akan melangsungkan majlis walimatulurus ! TAHNIAH & SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT


oK Berikut adalah antara-antara perkara yang MESTI  ada sebagai persediaan perkahwinan

1. KURSUS KAHWEN

Yea...Kursus Kahwen ! Kursus Kahwen ni semua kena amek tak kira la laki or pompuan. WAJIB. Klo xder sijil kursus kahwen ni, tak boleh isi borang kahwen. Yang speselnya, sijil kahwen ni tak der expired date. Means klo amek tahun ni tapi nak kahwen lagi 5 tahun pun ok. So, sesape yang ada amek kursus kahwen time study dlu, masih valid utk digunakan lagi walaupun sijil dah bersawang .heheh. So, kepada bakal-bakal pengantin klo blum ada sijil kursus kahwen, cepat-cepat la ambik kursus kahwen. Senang je. Just attend kursus selama dua hari, InsyaAllah lulus. Tapi SIJIL KURSUS KAHWEN ini hanya VALID untuk digunakan skali shaja. Jadi kepada kaum ADAM klo pasni ada niat nak tambah cawangan, kena la attend kusus skali lg ye...

2. HIV TEST

HIV TEST ni pun dah diwajibkan utk semua negeri. Klo dlu HIV test ni hanya untuk negeri-negeri tertentu sahaja. HIV test untuk menentukan kita dan pasangan bebas dari sebarang VIRUS_VIRUS HIV. Selalunya HIV test perlu dibuat di hospital kerajaan dan masa utk buat hiv test 5 minit jer. So, Kalo anda blum buat HIV TEST silalah buat sbb ianya salah satu syarat untuk isi borang kahwen

3. SURAT AKUAN BUJANG 


Surat Akuan Bujang ini adalah untuk memastikan anda yang bakal berkahwin ni masih bujang trang tang-tang yang akan dikeluarkan oleh Majikan tempat anda bekerja. 

4. BORANG NIKAH DI LUAR MUKIM


Borang nikah di luar mukim ni sebenarnya bergantung kepada anda. Macam saya dulu, husband saya yang perlu isi borang permohonan untuk nikah diluar mukim sebab dia kena nikah di tempat saya. So, saya tak perlu la isi. Tapi ada juga perempuan perlu isi borang ni kalo dia nak nikah diluar dari mukim yang dia tinggal. So, check la betul-betul sama ada anda akan nikah dalam mukim atau luar mukim.

5. BORANG NIKAH

Bila dah siap semua perkara di atas, dengan tersenyum lebar, anda dan pasangan anda sudah boleh mengisi borang nikah. Tapi si lelaki mesti la dah siap semua borang dulu dan hantar kepada pejabat agama kawasan tempat si lelaki bermastautin. Apabila pejabat agama dah settle kan semua borang, diorng dah check n dah sign mana yang sepatutnya, maka si lelaki boleh menyerahkan borangnya kepada si wanita. Dan kalo tak salah saya dalam masa seminggu dah siap borang tuh. Dan sijil nikah si lelaki akan di cop TELAH DIGUNAKAN.  heheh so after this takleh nak guna lagi. So, si wanita boleh amek borang si lelaki dan hantar kepilkan bersama borang-borang dia dan boleh hantar ke pejabat agama yang berdekatan dengan tempat yang dia nak nikah. Slalunya yang berdekatan dengan rumah pengantin pompuan la. Jarang plak pengantin pompuan nak nikah kat rumah lelaki kan. :)

6. WALI


Siapa kah wali anda? Wali ni slalu ayah, datuk or adik beradik. Macam saya dlu adik saya yang jadi wali sbb ayah dah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah utk ayah saya. AMIN. Wali ni pun satu benda yang penting. Klo tak der wali camne nak kahwen ! Tak sah kahwen tu..sbb wali salah satu dari rukun nikah.

7. DUIT


DUIT  sangat penting. Kalo tak der duit macam mana nak kahwen. Takkan nak berhutang kot. Mas kahwen mesti nak duit. Blum kira hantaran lagi. huhuhu Belum kira barang hantaran lagi. Nak beli barang, cenderahati, pelamin la,make up la, baju 13 pasang la.KOREA,CHINA,JEPUN, INDON, INDIA, AFRIKA, SOMALIA...sume pakai duit. Terpulang la dengan cara masing sama ada kumpul duit kahwen sendri atau loan PAMA or loan Bank...Jangan LOAN Ah-LONG sudah la...Silap-silap blum habis kenduri, AH_LONG dah tunggu depan bilik pengantin! Hilang mood malam pertama :) Tapi pada pendapat saya seelok-eloknya duit yang kite usaha sendri. Hasil titik peluh sendri ! Baru Best!. Tapi tak kesah la sama ada kite simpan sendri or loan bank. Klo kita pilih simpan sendri lagi baik sebab selepas kahwen kita bebas dari sebarang hutang. Tak yah pening-pening kepala. Sebab lepas kahwen, kita akan lagi banyak nak pakai duit. Klo anda pilih loan bank pun ok...terpulang pada citarasa masing-masing sbb ada yang tak sempat nak kumpul duit...Bak kata org-org tua, TEPUK DADA TANYA POKET. Cuma anda perlu fikir jika membuat loan yang tinggi, mampu tak anda nak bayar lepas kahwen. So, fikir-fikirkan lah...Tabik spring pada kawan saya Pn REENAJOE yang berjaya mengumpul duit sendri tuk kahwen.

8. TARIKH KAHWIN

Bila kita masuk bab tarikh kahwen, semua orang nak tarikh yang best- best. Kononnya tarikh cantik... 11.11.11 atau 01.01.11.... Sebenarnya terpulang lah pada citarasa masing-masing. Tapi pastikan tarikh yang anda pilih mesti la bukan hari isnin hingga jumaat. Sbb nya hari tu hari kerja sedunia....Jadi klo anda tak nak kawan-kawan dan sedara mara hadir ke Majlis anda, anda boleh pilih hari tuh..hehhe.... Tarikh kahwen mesti lah tarikh yang kedua-dua keluarga persetujui. Dah capai kata sepakat. Tapi kalo anda dah nak amek dan dah nak isi borang kahwen, anda mesti lah dah ada tarikh kawen. Sbb tarikh  kawen Wajib diisi dalam borang kawen. Klo kat Malaysia ni, ujung tahun selalunya adalah musim tengkujuh. Banyak berlaku banjir. Hujan lagi la.... So kalo kawasan rumah anda berisiko tuk banjir, elak-elaklah dari berkahwen hujung tahun. Melainkan klo anda nak bersanding dalam hujan dan banjir. DEMI CINTA RELA KU REMPUH BANJIR


9.  MAKANAN TIME KENDURI

Saya rasa dalam kemuncak majlis, inilah yang paling penting. MAKANAN. Makanan mestilah cukup dan cukup masak! Knape saya cakap camtu ? Pernah kami pergi kenduri kahwen, pukul 1tghari, makanan dah habis sedangkan tetamu masih ramai diluar. Huhuhu Kesian Pengantin ! Mesti malu klo kawan-kawan kita datang. Dan manusia ni biasa la, mesti asyik cerita pasal benda tuh ! Cam saya ni...siap tulis kat blog lagi ! Hehehe...Tak kesah la samaada Catering atau Rewang, yang penting MAKANAN mesti cukup. Walaupun, hanya dua tiga jenis lauk. 

10. PAKAIAN PENGANTIN

Apabila tiba hari gemilang or hari berbahagia, PAKAIAN PENGANTIN mesti ada. Takkan anda nak pakai baju tshirt kot. Dah nama pun PENGANTIN BARU a.k.a RAJA SEHARI. So, haritu mestilah anda jadi raja dan permaisuri. Takyah susah-susah nak tolong org-org kampung kat dapur. Anda cuma perlu berpakaian cantik dan senyum. Tunjukkan gigi anda yang cantik tuh... Tapi makesure gigi dah gosok la...dan jangan plak berbau petai or jering !! serta bersedia tuk segala jenis kamera snap gambar anda ! Klo anda perasan, setiap kali kita pergi Majlis Kahwen, benda pertama yang kita nak tengok adalah PENGANTIN. Bukannya kek yang 13 tingkat atau pelamin berkerusikan emas ! So, pilih la baju PENGANTIN yang sesuai dengan anda. Ingat yang sesuai dengan anda ! Sebab tak semestinya baju yang cantik bergemerlapan sesuai tuk anda. Mungkin yang simple akan buat anda lagi CANTIK MENAWAN TERTAWAN. Dan pastikan WARNA baju sesuai dengan anda.

11. MAK ANDAM

Sebenarnya Mak Andam pun memain kan peranan penting dalam Majlis sebab mak andam la yang akan make upkan wajah kita. Kecuali klo kita ni tahap supermarket punya terer make up. Pilih la mak andam yang betul-betul ok. Tak semestinya yang make up tebal tu cantik klo dah sampai dia make-upkan muka kita jadi cam Opera Cina ;) nak buat ape kn!


12. RESTU KELUARGA

Antara 12 perkara ni, RESTU KELUARGA yang paling penting. Sebab restu keluarga yang menentukan kebahagian kita, Percaya tak ? Sebab redha Allah terletak pada redha ibubapa. Klo kite tengok banyak kes-kes yang kahwen lari or kahwen tanpa restu, rumahtangga yang dibina atas dasar cinta pun akan runtuh. Dan satu perkara yang perlu kita ingat, apabila kita berkahwen dengan pasangan kite bermakna kita berkahwen dengan keluarga dia jugak. So baik buruk keluarga die kita kena terima. 


Saya rasa itu serba sedikit yang saya nak share berdasarkan pengalaman saya sendri. Mungkin ada yang kurang. Tapi itu lah serba sedikit yang perlu ada sebagai persedian Perkahwinan. Dan pada sesiapa yang ada tips utk ditambah boleh tulis di komen ek ;) Kritikan or penambahbaikan anda amat diperlukan. 

KISAH BENAR : BERHATI-HATI DENGAN PENYEWA RUMAH


Dalam dok melayan aksi-aksi bosan, tiba-tiba saya teringat satu kisah benar yang saya nak share tuk semua orang. Kisah ni berlaku pada saya dan suami saya lebih dua bulan lepas.

Alkisahnya kami mempunyai sebuah rumah sewa di seremban dan sememang kami beli khas tuk disewakan pada hamba-hamba Allah. Lokasinya adalah di senawang, Negeri Sembilan. Seblum tuh, mmg ada sorang anak muda ni sewa rumah kami tu. Dan setiap bulan mmg dia bayar on time. Tak pernah miss. Dan kalo ikutkan rate sewa yg kami letak tuh mmg murah RM 250. Mane nak dapat dah zaman skrng ! Masuk toilet pun 20 posen. Tu Pun tuk buang air jer. Klo mandi, up lagi 50 sen. Dan akhirnya anak muda ni telah menamatkan zaman bujang nya ujung thn 2010. Klo x salah sblum raya puasa. Dan akhirnya ujung tahun 2010 tu jugak dia nak pindah rumah sbb nya die dapat rumah PPRT. So kami tak kesah la.

Jadinya bermulalah episod kami mencari penyewa lain. So seperti biasa , kami pun tampal la iklan "Rumah utk disewa ...Hubungi...." cam gitulah lebih kurang. Disebabkan area tuh agak hot dan sensasi, tak sampai seminggu dh ada org kol nak sewa rumah. Pergh....dasyat gak. Sbb mase tuh kami baru tampal 3 hari. Pastu dah ada org kol.

so, kami dengan  berbesar jiwa dan raga, setelah appoinment dibuat kami g la tuk berjumpa ngn org yg kol tuh. Masa tuh malam lebih kurang 8 lbh, pas maghrib. Tepat kul 8, diorng sampai. Biase la sebagai manusia, mesti la ada first impression. heheh camtu gak saya nih. Cam tak brape nak berkenan actually dari gaya diorg dressing. Bila sy sebut 'diorng' nih sebenarnya diorng ni sepasang pasangan la...laki dan pompuan. Budak lelaki ni namanya Azuan dan mengaku telah berkahwen dengan perempuan ni! Saya dah lupa nama budak pmpuan ni. Pas sesi interview, kami dapat la cket maklumat pasal budak-budak ni. Yang si Azuan ni bekerja kat stesen minyak dan pompuan ni lak masih belajar kat Kolej Swasta di seremban. Dan rupa-rupanya ahli keluarga laki dan pompuan ni berada di seremban 2. So, xder la jauh sangat. Sebagai tuan rumah yang sedikit peramah macam-macam la saya tanya diorng nih...termasuk la dimana diorg tinggal sblum nih. Diorang kata diorg  tinggal dengan mak. Saya pun just angguk je la. Cuma seperti saya inform td, dr first impression sy, sy kurang berkenan dgn diorg sbb mybe dari pakaian yg diorg pakai.Si azuan pakai baju tangan panjang tetapi berseluar pendek dan die ni kurus dan rendah. Dari rendah dari saya dan lebih rendah dari pasangan die tuh. Yang that girl plak berbadan besar dan tinggi sangat a.k.a besar ragam la banding ngn saya....(perasan kurus lak) dan dia pakai suar jeans yg agk ketat dan baju tshirt lengan pendek. Dan dia tak pakai tudung n rambut die lak kemerah-merahan cket.... dalam hati saya..emm budak-budak zaman skrng !

Lepas kami cerita serba sedikit pasal rumah dan deposit....tanpa banyak songeh diorng setuju utk sewa rumah kami. Takder pun mintak kurang atau diskaun ! so, ok la... so, kami tanya diorng .. bile nak masuk rumah sewa ? Sekali lagi kami terkejut sbb diorng nak masuk malam tuh jugak ! Sbb nye slalu nya org akan dtg tgk n check rumah dulu, pastu baru decide nak sewa atau tak. Tapi kami xkesah la, dh diorng nak masuk malam tuh...kami ok jer...Bak kata omputih...no problems! Cuma nya bile husband sy mintak deposit Rm 600. Memang lumrah rumah sewa la...sblum kite sewa rumah org, kte kena la bayar deposit. Takkan nak duduk free.

Bile husband sy mintak deposit, budak laki tuh kata dia tak bawa duit dan dia xder duit sebab belum dapat gaji. Saya dan husband terdiam. Takkan nak bg diorang dok free. Husband sy ckp ngn diorng, kalo nak masuk kena bayar deposit jugak. Sbb husband sy dah bagitau jumlah deposit awal-awal lg sblum diorng datang tgk rumah. Budak laki ni just diam jer. Tiba-tiba budak pompuan tuh, kuarkan Rm 200 dari dompet dia dan serah pada kami. Budak pompuan ni merayu kat kami supaya bagi diorng masuk malam ni jugak dan diorng berjanji lagi dua minggu diorng akan bayar lagi Rm400.  Bab-bab camni la yang kami tak tahan! Tak Sampai hati!  ....Pas saya berbincang dengan husband, kami bersutuju tuk bagi diorng masuk dulu rumah tuh dengan bayaran Rm200 dan after 2 mingggu diorng kena jelaskan lagi Rm400. Dan sebelum kami balik, kami mintak IC photostat diorng tuk kami simpan.


Masa kami on da way nak balik bahau, tiba-tiba tergerak hati saya tuk tengok ic photostat diorng. Terkejutnya saya bile tengok ic diorng. Sbb budak-budak tuh muda sangat. Budak pompuan tuh lahir 1993 manakala budak laki tuh tua la cket lahir 1988. Dan hati saya tiba-tiba rasa len macam. Betul ke diorng ni dah kahwen? Jangan-jangan kami dah kena tipu ! Husband sy trus kol budak laki tuh tuk tanya kepastian. Tapi diorng tak angkat. Berkali-kali kami kol tapi tak angkat jugak ! Lastly husband saya mesej diorng

" Knape awak tak angkat saya kol? Sy nak tanya, awak ni dah kahwen ke blum? "
Tapi masih diorng x balas!

Akhirnya dengan penuh rasa marah husband sy mesej " Awak keluar dari rumah saya,Saya taak nak org yang   tak kahwen duduk rumah saya"

5 minit pastu kami dapat mesej dari budak tuh dengan penuh innocentnya die jawab " Kami dah kahwen cik, bari kahwen 3 bulan "...
Sejukk cket hati kami. Terselamat rumah kami dari jadi sarang maksiat.

Dua minggu lepas tu, seperti yg diorng janji tuk bayar deposit balance lagi 400 tuh...diorng masih blum bank in duit. Berkali-kali sy dan husband kol tapi diorng xjawab. Jangan kan jawab, mesej pun tak. Dari dua minggu, akhirnya jadi lah 4 minggu. Maksud nya dah sebulan diorng duduk ctu, tp janji nak bayar deposit hanya tinggal janji ! Saya dah geram! Geram sbb org pandai membuat janji tapi tak reti nak tunaikan. Bile kami kol diorng tak angkat.

Last skali husband saya mesej ugut! Kasi gegar cket otak diorng!! husband sy mesej if diorang tak bayar jugak, boleh kemas barang, kuar dari rumah kami ! Kami akan g kunci rumah tuh sbb kami masih ada kunci simpanan, Seperti yang dijangkakan 5 minit pastu si azuan ni kol dan bgtau dia blum dapat gaji. Bos die tak bayar gaji lagi. Die mintak tangguh sampai ujung bulan. Husband saya lak  tak sampai hati ! Kesian ! Mungkin dia tak der duit. So, husband sy ckp ok.

So, bile sampai ujung bulan...diorng masih x bayar. Masa ni dah hampir sebulan setengah. Tapi bile kami kol, masuk voicemail. Hati sape yang tak panas! Sbb takkan kami nak sara diorng. Rumah tu pun kami masih kena bayar dekat bank. Klo deposit diorng bayar penuh rm600, ok la jugak. Xder la kami marah sangat. Nie dah masuk sewa rumah skali. So total hutang diorng Rm400 + Rm 250 (sewa rumah) = Rm650.

Seminggu lepas tuh, kami g terjah rumah budak laki ni dalam jam 6 ptg. Kirenya after org habis kerja.  Kiranya die ni bernasib baik sbb dia xder kat rumah. Rumah kosong ! Tapi kami terjumpa makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang tinggal depan rumah sewa kami tuh. Kami tanya makcik-makcik tuh pasal si Azuan ni dan kami ceritakan psal kisah Azuan ni kat makcik tuh.
Makcik tuh mintak kami kesian kan dekat Azuan ni. Dan makcik tuh mintak kami bertimbang rasa dengan Azuan ni sbb Azuan ni baru tukar kerja! Bos lama dia kat stesyen minyak tuh tak bayar gaji dia. SO si Azuan ni mmg xder duit. Sampai lunch pun dia makan rumah makcik depan rumah sewa dia tuh. Kemudian ada sorang lagi makcik ni pula ckp ...." Kita sama-sama la tolong dia, azuan ni susah...bertimbang rasa ".... Bersungguh-sungguh diorng memuji azuan ni. Baik! Peramah! Berbudi bahasa!....macam-macam la....dan mintak kami bertimbang rasa, supaya kami tak mintak duit rumah dekat azuan. Sekrang Azuan baru kerja kat kilang proses ayam.Belum dpt gaji!

Dalam hati saya sangat marah dan tak boleh dipujuk walaupun makcik-makcik tuh puji si azuan ni setinggi langit. Tapi sbb menghormati makcik-makcik yg dah tua, saya dah husband tak ckp paper. Dengar je la apa makcik-makcik tuh ckp...masuk telinga kanan..kuar telinga kiri.
Sbbnye klo setakat bg dia makan tengahari, semua org boleh bukan banyak sangat si azuan ni makan. Tapi macam kami ni larat ker nak bg dia duduk free. Bulan-bulan kami still kena bayar duit kat bank. Bukan nya dia adikberadik kami.  Seblum balik, saya mintak makcik tuh supaya bgtau Azuan supaya menghubungi kami. Kami pun bukan kejam, klo dia tak mampu bayar sekaligus, dia boleh bayar ansur-ansur. No Hal punya. Kita sesama Islam. tak salah pun saling tolong menolong.

Tapi sampai ke sudah dia masih tak telefon kami ! Dah masuk dua bulan pun dia masih tak telefon ! Sekali lagi kami pergi terjah rumah tuh. Dan kami masuk rumah sewa tu walaupun dia takde. Mula-mula kami nampak rumah tu macam kosong dari luar. Kami ingat dia dah lari . Bile kami masuk...rupa-rupanya dia masih belum pindah. Dalam rumah tuh cuma ada....sebiji tilam bujang, dua biji bantal dan meggi. Yang lain sume takder ! Klo orng dh kahwen mesti at least ada almari !....
Saya yang agak sedikit kejam..suh husband sy kunci je rumah tuh. Tapi husband saya tak sampai hati. Lastly kami bagtau makcik depan tuh supaya bagitau azuan agar diaa boleh kosong kan rumah. Lagi seminggu kami akan datang amek kunci.

Seminggu lepas tu kami datang utk amek kunci. Dan kebetulan kami terjumpa makcik tuh. Makcik tuh bgtau azuan dah pindah kuar dari rumah kami. Alhamdulillah. Tapi saya nampak dari gaya makcik tuh ckp, dia seperti marah dengan azuan. Tiada lagi pujian mengenai azuan yang kuar dr mulut die. Sy dengan selamba tanya kenape ?
Makcik tu bagitau azuan tu dah tipu dia. Tilam dan bantal azuan, ada kat rumah makcik tu. Azuan tinggalkan dekat ctu. Makcik tu kata Azuan janji nak tumpang letak kejap je pastu nak amek balik. Tpi skrng dah berhari-hari masih si azuan tak datang amek. Rungut makcik tuh marah-marah. Yang makcik tuh marah bile dia kata Azuan dah tipu dia. Azuan dah tipu semua org kat cni. Minggu lepas mak azuan ada datang cni. Bile makcik tuth tanya mengenai isteri Azuan, mak azuan dengan sellamba kata " Anak saya belum kahwen !!" Jadi selama ni die menipu semua orang! Bukan setakat makcik tuh dan jiran-jiran ctu...dia dah tipu kami jugak... Geramnya hanya Allah je yg tau. Bukan geram sbb die tipu kami...geram sbb dia dh wat maksiat dlm rumah kami !!!

Mungkin silap kami sbb kami hanya minta salinan ic tapi tak minta salinan sijil nikah. Sepatutnya kami mintak bukti sijil nikah. Bukan setakat tanya dengan lisan! Azuan, semoga Allah bagi petunjuk kat dia.
Kisah ni berlaku 2 bulan lepas. Baru lagi. Tapi keterkilanan masih terasa lagi.
Dan sampai sekrang rumah sewa kami masih kosong. Blum disewakan. Bukan kami dah serik cuma kami lebih berhati-hati agar pisang tidak berbuah dua kali.

Dan kepada semua yang ada menyewakan rumah pada org-org luar...hati-hatilah dan siasat betul-betul kepada siapa anda nak sewakan rumah. Nasibbaik dia tak buat or letak dadah dalam rumah kami. Kalo tak, hanya Allah je tau. Nauzubillah.

Wednesday, April 06, 2011

MENGANTUK DAN PENAT


HUAGHHHHH
Arini sangat penat dan ngantuk...
huhuhu 
nak taip tuk blogging pun dah tak larat... nak baca blog org lagi laaa
tapi blog punye pasal...tetap nak post something gak
byk nk tulis n byk lak idea time penat nie...
huhuhuhu



Monday, April 04, 2011

AYAT-AYAT SHIFA

(sumber http://www.penawar.com) 
Imam Abu Qasim Qushairi rah. telah dilaporkan berkata: "seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir maut. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifa'? Mengapa tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah s.w.t.) disembuhkan?" Setelah jaga aku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Quran) maka aku temui ayat-ayat itu pada ENAM tempat. Ianya adalah seperti berikut:

Surah At-Taubah: ayat 14
 

Surah Yunus: ayat 57


Surah An-Nahl: ayat 69


 Surah Al-Isra' :ayat 82

Surah Asy-Syua'ara' : ayat 80
 


Surah Fushshilat: ayat 44


Berbakti pada siapa?

berbakti pada siapa? klo kite suami..berbakti pada mak..confirm syurga... tp klo kite perempuan.. Berbakti pada suami..confirm Allah ba...